Sunday, August 21, 2011

Lailatul Qadar


Last night, 21st Ramadhan, my mom wake me up for Tasbih prayers. Its too early. 2.30am. My eyes still asking me to sleep. Forcing myself, I woke on 3.50am. My mom prepared food for sahur at the kitchen. She has done her qiyamulail. Last year, we went to the mosque for qiyamulail. That time, Imam started at 3.30am. It is quite late and easier for me to wake up. hehehe..

I'm taking bath and wudu'. Then start Tasbih prayers 4 rakaat, following tahajjud 2 rakaat, taubat 2 rakaat, hajat 2 rakaat and not forgotten Istikharah 2 rakaat. Prayed alone, we can feel the aura of qiyamulail. And still we can do other solah. On 4.40am, I finished my qiyamulail. My mom took a rest a while. Me too.

After sahur, I watched outside, very calm and quite. On the way to the musolla for tarawih that night, I told my mom "Mom, may be tonight we can meet Lailatu Qadar." My mom just smile.

On 2.00pm, I returned hom after half day teaching at Sek Rendah Islam Darul Taqwa. Got some sadakah or maybe zakat from people, 5kg of rice, 1kg of sugar and 2 meters 'Kain Pasang' for baju raya. hahaha.. This month my family got 50kg of rice. This is sustenance(rezeki) work as a teacher. Back to my topic, my mom told me that our Ustazah shared that last night 21 ramadhan is Lailatul Qadar. She said on that evening 20 ramadhan, there is a different with sunlight. And on that night, she felt very calm difference likes always. My mom went outside before she prayed qiyamulail, and she told me she saw very beautiful, crystalline sky. Last year, we found a light very beautiful, glittering and spectrum on west.

Hopefully, my doa that night fulfilled by Allah. Especially during Istikharah and Hajat. hehehe.. Just kidding..



Friday, August 12, 2011

Cerita Haiqal Baik & Haiqal Jahat di Bulan Ramadhan.=)



Situasi 1: Qiyamulail

Haiqal Baik: Jom kita qiyamulail malam ni Haiqal.
Haiqal Jahat: Xyah la. Badan dah letih ni, Haiqal. Lain kali kita buat ok?
Haiqal Baik: Sekejap je. Kita bangun dan solat 2 rakaat cukup dah.
Haiqal Jahat: Ok jugak. Bangun sahur nanti kita solat.
Haiqal Baik: Kita bangun awal sket la.
Haiqal Jahat: Dekat2 sahur sempat lg. Bukan lama pun kita makan.
Haiqal Baik: Nanti kenyang susah pula nak solat.
Haiqal Jahat: Tak pe, boleh.

Haiqal bangun sahur dan akhirnya tertewas dek pujukan Haiqal Jahat. Dia kekenyangan lalu berehat sebelum masuk solat subuh.

Situasi 2: Bazar Ramadhan.

Haiqal Baik: Beli sikit dah la untuk berbuka nanti.
Haiqal Jahat: Wei, sedap kuih tu. Beli seringgit.

Haiqal pun bergerak ke gerai tersebut.

Haiqal Jahat: Malu lah beli seringgit, dua ringgit la.
Haiqal Baik: Banyak tu. Sape nak makan nanti? Mak kan dah buat makanan.
Haiqal Jahat: Ala, boleh buat untuk sahur nanti ataupun lepas terawih boleh makan lagi.

Haiqal beli kuih itu dgn harga RM2. Haiqal berjalan2 di bazar.

Haiqal Baik: Jom lah kita balik. Lagi lama duduk kat sini lagi kurus pahala puasa.
Haiqal Jahat: Jap2 nak cari kawan kita ni.
Haiqal Jahat: MasyaAllah, cantiknya perempuan tu.
Haiqal Baik: Astaghfirullah, maksiat tu. Jangan tengok lama2.
Haiqal Jahat: Eh, tengok tanpa berkelip takpe.
Haiqal Baik: Cukup la tu kita blah la dari sini.
Haiqal Jahat: Jap2 nak cari murtabak.
Haiqal Baik: Tadikan dah beli kuih?
Haiqal Jahat: Murtabak dekat gerai Man ni sedap orang cakap. Kita try sekali, jom?
Haiqal Baik: Nanti xlarat nak terawih pulak.
Haiqal Jahat: InsyaAllah larat. Malam ni kan Haiqal jadi Imam. Tak mengantuk nya.

Haiql membeli murtabak. Penuh kedua-dua tangan dengan juadah puasa. Sekali lagi tertewas oleh pujukan Haiqal Jahat.
Situasi 3: Time Berbuka.

Haiqal minta maknya menuangkan air.
Haiqal Baik: Zikir dulu Qal sebelum berbuka ni. Pahala banyak ni.
Haiqal Jahat: Eh, air teh ais je. Minta satu lagi. (Haiqal Jahat menghalang pujukan Haiqal Baik)
Haiqal Baik: Janganlah tamak. Nanti tak cukup kita tambah lagi.
Haiqal Jahat: Takkan nasi je. Kuih dan murtabak yang kita beli tadi mana?
Haiqal Baik: Kita makan lepas ni la. Nanti letih nak pergi terawih.
Haiqal Jahat: Lapar ni. Puasa hari ni kan. Dah la panas terik hari ni. Memang ujian Allah.

Azan Berkumandang.

Haiqal Baik: Doa dan makan kurma dulu.
Haiqal Jahat: Minum air cepat, dahaga ni!!

Haiqal mula berdoa dan menagmbil kurma untuk dimakan. Kali ni dia menang.

Haiqal Jahat: Tambahlah lagi nasi tu. Lauk best ni.
Haiqal Baik: Cukuplah nasi tu. Kita stop dulu. Nanti sambung balik lepas terawih.
Haiqal Jahat: Ok2. Try murtabak kita beli tadi. Orang kata best.

Haiqal makan murtabak sampai habis. "Aduh, letihnya nak solat maghrib." Haiqal mengeluh. Maknya berkata "Tu la, makan banyak sangat." Dia melengahkan solat maghrib.

Situasi 4: Terawih

Haiqal menjadi Imam terwih malam tu.

Haiqal Jahat: Bagi lagu Syeikh Basit sekali.
Haiqal Baik: Takyah berlagu la nanti timbul riya' pula.
Haiqal Jahat: Ok2 lagu biasa je.

Haiqal membaca al-fatihah dengan biasa.

Haiqal Jahat: Wah, sedap nya suara Haiqal. Memang mu la yang paling smart bacaan dalam ramai2 Imam di kampung ni.
Haiqal Baik: Istighfar Haiqal. Ujub tu. Kita kan dah belajar cara-cara menyucikan hati dari sifat mazmumah.
Haiqal Jahat: Ye, tau. Tapi lagu yang Haiqal buat ni memang sedap dari yang lain.

Haiqal tidak khusyuk dalam solatnya memandangkan jarum2 Haiqal Jahat telah menusuk hati Haiqal.

**Sekadar perkongsian di Bulan Ramadhan.




Thursday, August 4, 2011

(NOVEL):Aku SIASAH & Dia TARBIYYAH Part 3.

Tiba2 wanita itu melihat kearahnya. Cepat2 Haq mengalih pandangannya. Buat selamba. Wanita itu memerhatikan Haq.

"Ya Allah, kenapa dia tengok kat aku ni?" hati berbicara.

Haq menghabiskan makanan dengan cepat lalu beredar. Takut lebih bertambah dosanya.

“Aku gerak dulu la. Nak pergi masjid jap.” Haq meminta diri terlebih dahulu.

“La, lajunya kau makan.” Syah berbicara.

“Biarkan dia. Assignment banyak tu. Maklumlah orang busy. Hahaha.” usik Hanif lagi.

Bukunya dijinjing. Haq beredar ke masjid. Dalam masa yang sama, wanita tadi masih melihatnya.

“Parah!” hatinya Haq berbisik.

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia sempat singgah dikedai Waqec yang berada dibawah bangunan Admin. Dia memilih beberapa batang pen dan alat tulis yang lain. Usai membayar, masuk sepasang kekasih berpegang tangan. Haq menggeleng.

“Dah kahwin ke mereka ni?” Haq bersangka baik.

“U pilih je, I tunggu kat luar. Kalau ada apa-apa U panggil I.” Si lelaki bersuara.

“Ok. Sekejap ye.” Dengan manjanya kekasihnya menjawab.

Haq menjeling gelagat mereka hingga berasa kasihan kepada saudaranya itu.

Handphone nya bergetar. Ada SMS dari Ainal, penolongnya dalam alumni. Haq membaca dengan selamba.

“Assalamualaikum. Macam mana progress program baru2 ni?” mesej dari Ainal.

Haq membalas mesej tersebut sehingga dia sampai ke masjid. Haq pernah beberapa kali bertemu dengan Ainal. Dimata Haq, Ainal seorang yang lemah lembut dan kuat tarbiyyahnya. Dia sedia maklum bahawa Ainal merupakan salah seorang pimpinan dalam Majlis Nuqaba dan Tarbiyyah di UM. Pernah beberapa kali dia pergi ke UM atas urusan kerja alumni bersama kawannya juga Bendahari Alumni.

Beberapa kali dia membalas mesej tersebut sehingga lah, dapat satu call dari no yang tidak dikenali.

0132*****9

“Siapa pulak yang call ni.” Hatinya berbisik.

“assalamualaikum. Abang Ikhwan ke ni?” haq bertanya.

Ikhwan merupakan seniornya juga mentor atau ikon kepada Haq. Ikhwan menjawab jawatan sebagai Presiden Ma’ruf Club di UIA juga pernah menjadi Presiden Pelajar Engineering di Pusat Asasi dahulu. Haq memang berbangga dapat berkenalan dengan Ikhwan. Perwatakannya sangat menarik sehingga Haq sendiri meniru cara dia berjalan dan bercakap. Kemana Ikhwan pergi, dia mesti mengajak Haq.

“Waalaikumussalam.” Suara perempuan.

Terkejut Haq. “Siapa pulak ni.”

“Ya, ada apa?” Haq bertanya.

Senyap. Senyap. Senyap.

Haq bertambah pelik. Dia meng’off’kan handphonenya.

Lalu menunaikan solat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha. Dia mengaji sekejap. Menjadi rutin Haq apabila tiada kelas pada pukul 10pagi, dia akan singgah sebentar di masjid. Seperti Muslim lain, dia berdoa beberapa perkara yang dia inginkan dan teringat akan pesan ustaznya “Hakikatnya semua dah tertulis di Luh Mahfuz, segala kerja yang akan dan sedang kita lakukan sudah berada didalam ilmu Allah, tapi dari sudut syariatnya, kita kena tetap berdoa kepada Allah.” Dia teringat pesan ini tatkala dia mengaji kitab Hikam bersama dengan ustaz nya.

Usai beribadat, dia kembali membuat beberapa tugasan yang belum sempat dilakukannya.

Terasa bosan kerana bersendirian, dia cuba mencari kawan-kawannya yang biasa lepak di masjid bersamanya. Punyalah besar masjid UIA hanya beberapa orang sahaja yang iktikaf pada pagi tu. Mungkin pelajar lain sedang ke kelas. Haq cuba bersangka baik.

To be continued.

Tuesday, August 2, 2011

Muqaddimah Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya untuk Allah yang menciptakan makhluk dan Dialah Pemilik Agung kepada makhlukNya. Syukur dengan segala nikmat yang diberi termasuk nikmat menyambut bulan Ramadhan Mubarak.

Umat Islam perlu menunjukkan sifat syukur yang tak terhingga kepada nikmat terbesar ini iaitu berpuasa di bulan yang mulia lagi diberkati, Ramadhan Al-Mubarak. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183)

“Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil)” (Al-Baqarah :185)

Sesungguhnya, puasa dibulan Ramadhan merupakan satu tuntutan dalam Rukun Islam. Puasa dari zahirnya melaparkan manusia, namun disebalik zahir itu, nafsu manusia akan terkawal. Nafsu merupakan salah satu musuh bagi umat Islam selepas syaitan. Di bulan Ramadhan lah, kita dapat menjaga, mengawal dan mentarbiyyah nafsu kearah kebaikan. Nafsu akan menjadi-jadi bila kita mengisi perut kita dengan makan berlebihan. Apabila berpuasa, nafsu dapat dikawal, ibadat akan menjadi lebih baik dan bertambah.

Istimewa bulan ini, sirah-sirah Rasulullah menunjukkan betapa hebatnya puasa hingga dapat memberi kemenangan dalam beberapa peristiwa penting dalam Islam. Perang Badar, Fathul Makkah, Perang Ain Jalut, Pembukaan Andalus dan banyak lagi. Sama-sama kita mengambil pengajaran dari umat Islam terdahulu yang kuat apabila berpuasa. Umat Islam sekarang memperbanyakkan tidur dan berasa malas untuk membuat ibadat. Jauh bezanya dengan umat Islam di zaman dahulu. Kejayaan yang mereka kecapi adalah hasil dari taqwa yang tinggi dan semangat jihad dibulan Ramadhan.

Ramadhan juga memberi seribu nikmat kepada umat Muhammad S.A.W dengan pengurniaan Lailatul Qadr, turunnya Al-Quran, rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka. Subhanallah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Cintanya Allah kepada umat Muhammad lebih dari umat lain kerana Nabi Muhammad S.A.W adalah kekasih Allah.

Ibadat sunnah seperti solat Terawih, solat Tasbih, tadarus Quran, sedekah dan zikir perlu istiqamah dibulan ini dan berterusan selepas Ramadhan. Madrasah Ramadhan salah satu institusi pemntarbiyyahan rohani kita disamping sebagai medan muhasabah dan mujahadah pada diri kita. Sentiasa melatih dan mendidik diri kearah pembentukan sahsiah diri. Istiqamah dalam ibadat, tingkatkan ilmu agama dan jalankan dakwah dibulan Ramadhan ini, InsyaAllah, ganjaran besar akan diberikan dengan usaha yang ikhlas.

Wallahualam.

MUHAMAD HAIQAL BIN SAFIE

Pengerusi HADAF.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...