Sunday, May 22, 2011

Jom Jadi SEMUT...

[1]. Terlintas difikiran semalam ketika mendengar kuliah maghrib di Surau Kampung Ibai Kijal cerita ini sesuai untuk dijadikan entri kali ni. Saya memandang dipenjuru tiang tempat Imam mengajar. Telihat gelagat "Si Kecil" ini, yang sangat mencuit hati dan kagum atas apa yang di lakukannya.



[2]. Siapakah "Si Kecil" ini? Dialah SEMUT... Sejenis serangga yang sangat unik dan menjadi tajuk Surah dalam Al-Quran iaitu an-Naml.

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Lembah Semut, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.

Maka tersenyum Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau reda; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih.” (Ayat 18-19).


[3]. Kenapa SEMUT? Banyak lagi haiwan lain yang lagi lawa, besar dan gagah dari semut. Pertama, berdasarkan ayat diatas, Semut merupakan sejenis haiwan yang hidup secara kolektif, berjemaah, memimpin dan dipimpin. Sebagaimana ayat diatas, Ratu Semut merupakan ketua atau Presiden kepada rakyat semut. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh Ratu Semut sangat dipatuhi oleh rakyatnya. Inilah yang menjadi asas pentadbiran dalam organisasi atau persatuan. Arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan melalui mesyuarat atau syura, setiap pengikut wajib mematuhinya tanpa sebarang bantahan. Tatkala Ratu Semut memberi arahan, setiap semut akan menjalankan amanah dengan efektif. Hal berkaitan dengan TAAT KEPADA PIMPINAN, telah ditekankan dalam buku Harakah Islamiyyah Suatu Tuntutan dari Dr. Yusuf Qardawi.

[4]. Semut pandai berorganisasi dan menerapkan ciri-ciri Islam. Semut sentiasa menyebarkan Salam, Assalamualaikum, kepada sahabat2nya. Boleh dilihat dengan gelagat semut yang berjalan sambil menyentuh antena kawannya jika bertemu. Sunnatullah, mereka sedang menyebarkan salam. Hal ini telah disyarahkan oleh 2 orang guru saya, Ustaz Suhaimi dan Ustazah Che Ngah. Subhanallah, sekecil-kecil makhluk pandai menyebarkan salam. Bagaimana kalau kita sebarkan salam dipasar? Apakah masyarakat sekarang akan ucapkan? "Kesian, muda-muda dah jadi gila." Ungkapan sebegini lahir dari mulut orang yang tidak menyedari makna sebenar Islam. Sebab itu, perlunya kita sebagai dai'e memahamkan masyarakat terutamanya penduduk kampung yang masih keliru dan leka dalam kehidupan seharian. Cuba kita contohi Saidina Umar yang sanggup ke pasar untuk sebarkan salam. Indah bukan.



[5]. Sikap kerjasama dan rajin, memang ada dalam diri seekor semut. Mereka menggunakan kekuatannya yang kecil untuk mencari makanan dan mengangkut makanan tersebut. Satu lagi, mereka mempunyai CUTTING TOOL untuk memotong makanan seperti daun2. Sangat kreatif. Rujuk buku The Miracle in The Ant oleh Harun Yahya.

[6]. Justeru, marilah kita contohi SEMUT dengan mengaplikasikan dalam kehidupan kita seharian as a DAI'E as a MODEL.. Wallahualam.

Sunday, May 15, 2011

You and Me, We Got A Lot Of Work To Do......

[1]. You and Me.. Persoalan untuk aku dan para pendakwah2. Melihat keadaan masyarakat sekarang yang semakin tersasar dari landasan Islam. Perlu ada seseorang yang cuba mengubah persepsi masyarakat. Perlu ada seseorang yang membawa kerja Islam untuk menyedarkan masyarakat betapa indah dan sempurnanya Islam.



[2]. Kehadiran kita perlu menjadi cahaya kepada mereka. Melalui berbagai cara kita boleh membawa mereka ke arah Islam. Dan inilah yang aku katakan "WORK". Kerja untuk menyebarkan Fikrah dan Ilmu Islam, menyelamatkan saudara kita dari azabNya dan menyelamatkan kita dari soalan-soalanNya.

[3]. Disini bermula lah peranan seorang Dai'e. Dengan berfikiran secara rasional, aku gariskan apa yang patut DAI'E lakukan di kampung:

  1. Menzahirkan diri dan menghidupkan SURAU. Seorang dai'e perlu dilihat sebagai ikon untuk masyarakat. Memakmurkan Surau sangat penting untuk mengajak masyarakat berjemaah dalam solat dan juga merapatkan tali persaudaraan. Topik-topik atau isu-isu semasa dapat dikongsi disamping ilmu yang kita perolehi untuk membuka mata mereka berkenaan dengan keindahan Islam.
  2. Mewujudkan diri dalam ENTITI atau ORGANISASI yang mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar. Sangat penting kerana dakwah secara bersendirian sangat payah dan kurang efektif berbanding secara kolektif. Berorganisasi sangat membantu kita untuk mencambahkan idea sesama ahli seterusnya memberitahu masyarakat.
  3. Menjadikan diri kita sebagai seorang yang banyak manfaat pada masyarakat baik di kampung, sekolah dan bandar. Justeru, perlu diingat kepada dai'e, kehadiran kita bukan terhad di kampung semata-mata, dakwah kita untuk semua individu, semua lapisan masyarakat baik orang kampung, pekerja dan pelajar. Keperluan kita bergaul dengan mereka menampakkan keprihatinan kita dalam segenap isu yang memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan.
[4]. Namun, kerja ini tidak mudah untuk kita lakukan. Perlunya kita pada persiapan pelbagai sudut penting.
  • Persiapan Rohani: memperbanyakkan amalan sunat disamping wajib. Solat sunat rawatib, baca dan tadabbur Al-Quran, zikir, puasa sunat Isnin dan Khamis.
  • Persiapan Mental: memahami asas fardhu ain bagi membolehkan kita memahamkan masyarakat, menambah ilmu-ilmu haraki, motivasi, psikologi dan sirah.
  • Persiapan Fizikal: sentiasa menyihatkan badan.
[5]. Thus, for DAI'E, prepared ourselves. Show them WE are the BEST ICON OF MUSLIM.


Hari Guru..

[1]. Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru juga tidak lupa kepada Mak dan Ayah serta guru2 Sek Men Agama Al-Falah Kemaman.

[2]. Warkah ini akan saya huraikan untuk memberi penghargaan kepada semua yang telah mendidik saya menjadi sebegini. Tahniah juga kepada mereka kerana mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T yang tak akan putus.

[3]. Definisi guru perlu dijelaskan agar guru dan murid dapat mengerti tugas yang dibawanya. Disini, saya akan mengklasifikasikan guru kepada 2 golongan.
  1. Guru Spiritual: Beliau ditaklifkan untuk membentuk hati dan membersih hati pelajar supaya tidak terhijab antara pelajar dan Allah. Beliau merupakan guru yang membimbing kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai jenis ilmu agama seperti Ilmu Aqidah, Tasauf, Fiqh dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam. Guru sebegini perlu kita cari kerana ianya penting bagi kita sebagai orang awam yang penuh dengan cabaran duniawi. Hati kita akan menjadi HITAM jika setiap kali melakukan maksiat. Jika sudah banyak titik hitam dihati akan menyebabkan Nur dari Allah tidak dapat masuk kedalam hati hingga menyebabkan kita tidak khusyuk dalam setiap ibadah.
  2. Guru Intelektual: Beliau ditaklifkan untuk menjana IQ pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada komuniti. Pembelajaran seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sangat perlu kepada kita untuk menjadi seorang yang hanya bukan Mukmin bahkan Professional. Beliau sangat bertanggungjawab memberi ilmu duniawi ini kerana ianya juga memberi faeda kepada Islam secara amnya.
[4]. Justeru, seorang guru mestilah memenuhi dadanya dengan ILMU AGAMA dan ILMU PROFESSIONAL, agar pelajar menjadi seorang yang berguna kepada Islam. Sebagai contoh, hubungkaitkan fakta Sains dengan Kekuasaan Allah. Barulah pelajar menjadi Ulul Albab.

[5]. Juga untuk IBUBAPA, jangan hanya jadikan SEKOLAH sebagai TEMPAT MENDIDIK ANAK-ANAK. Sekolah yang pertama bagi anak-anak ialah RUMAH. Kerana rumah merupakan tempat pelaksanaan TARBIYYAH AULAD (Didikan Anak). Ibubapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai contoh, seorang ayah perlulah mengaji Al-Quran dirumah setiap hari agar si anak berasa Al-Quran itu penting kerana ayah merupakan MODEL yang terbaik buat anak.

[6]. Pesanan buat bakal ibu dan ayah, sama-sama jadikan RUMAH sebagai SEKOLAH. Bagaimana? Didiklah dirikita dengan pelbagai Ilmu Agama dan Professional. Wallahualam...

Saturday, May 14, 2011

(NOVEL):Aku SIASAH & Dia TARBIYYAH Part 1.

Hidup sebagai seorang pelajar lagi membimbangkan. Tatkala aku melihat pasangan berkapel, sedih dibuatnya. Mak ayah diorang tak ajar batas2 Islam ke?? Hati seorang pelajar Haq berbisik dengan dirinya.

"Haq, kenapa kau tak berkapel?" tanya seorang sahabatnya yang sangat feymes di UIA, Kai. Kai seorang mantan presiden Foundation Students Committee Council atau majlis perwakilan pelajar di Pusat Asasi di PJ dulu. Seorang yang digilai ramai kerana perwatakan yang hensem, petah berbicara dan pandai dalam mencari "AWEX". Tetapi akademik, sedikit low.

"Taknak aku. Dah 2 kali aku frust menonggeng. Hehehe. Nanti jumpa la kat sini." Haq menjawab soalan Kai tadi. "Bukan aku taknak berkapel, tapi aku takut something will make me and my family dissapointed." ujar Haq dalam hatinya.

Tiap kali Haq melihat "PEREMPUAN" dia sangat takut dan tiap kali dia lihat "MUSLIMAT" hatinya menjadi tenang.


"Ya Allah, aku memohon jodoh yang terbaik untuk ku. Aku mengaku diriku bukan sealim dan soleh yang dianggap orang lain. Diriku penuh dengan dosa dan maksiat yang aku buat." doa Haq dalam setiap kali solat hajat dan Istikharah.

"Haq, aku nak rekemen kan kat kau seorang perempuan, dia baik, cantik dan pandai. Kalau kau dapat, confirm jeles laki lain. Hahahahaha." Kai memang terkenal di kalangan pelajar laki dan perempuan.

"Never trust women. Hahaha" kata Haq.


Keesokan harinya, ketika lunch di cafe Human Science, Kai datang dengan kekasihnya, Siti dan kawan perempuan yang diceritakan nya semalam. Haq tak tahu menahu apa yang Kai lakukan.

"Haq, ni kawan yang aku ceritakan semalam, Linda."

Haq tersenyum lantas menarik tangan Kai dan pergi ke tempat yang agak jauh supaya perbualannya tidak didengari oleh Linda dan Siti.

"Apa yang kau buat ni?" Haq bersuara agak geram.

"Rilek lah, time nilah kita nak cari pasangan kau tahu?" Kai menjawab.

"Kau tahukan aku taknak lagi benda ni." Haq menolak tawaran Kai.

"Maaf, memang aku nak pasangan tapi bukan begini. I'll meet with her such in coincidence way. O.k?" Haq meluahkan apa yang diingini oleh nya.

Haq selalu berharap dapat wanita yang solehah dan penambat hati nya.



Jam menunjukkan pukul 8.30am. Haq berada dalam situasi mencemaskan. Dia telah terlewat untuk menghadiri kuliah pada pagi ini. Dia tidak pernah lewat sebegini. Cemas dan kelam kabut dibuatnya.

"Mati aku kali ni." hatinya berbisik ketakutan.

Lambakan buku ditangannya menyebabkan sukar untuknya berlari ditambah pula dengan penyakitnya.

Ketika sampai di Azman Hashim Complex, dia terlanggar seorang wanita.

"Allahuakbar." jerit wanita tersebut.

"Aduh, minta maaf. Minta maaf. Nak cepat ni." ujar Haq.

"Mata letak kat lutut ke?" kawan wanita tersebut meninggikan suara.

Buku Haq dan wanita tersebut berselerakan diatas lantai. Dengan cepat Haq mengambil bukunya dan membantu wanita itu mengambil bukunya, ditambah lagi dengan perencah leteran kawan wanita tersebut.

"Ni buku sis, saya minta maaf sekali lagi. Saya pergi dulu." Haq mengeluarkan kata-kata terakhir kepada wanita itu.

"Tak mengapa."balas wanita itu.

Bergegas Haq ke dewan kuliah, "Fuh, lega rasanya. Nasib baik tak start lagi kuiz." ujarnya. Ketika dia membelek buku-bukunya, dia tersedar bahawa buku notanya juga diarinya tertinggal atau mungkin terjatuh. Sejenak dia berfikir...


To be continued.

Author: HAIQAL SYAHID.


Monday, May 9, 2011

Yang Terindah!!!

Kring... Kring... Kring...

Ada satu mesej masuk.. Dari Che Lah "Bagitau mak, petang ni Tok Ku Pulau Manis nak melawat rumah Che Ngah. Kalau nak kenal marilah, rugi kalau tak tengok 'ulama"..




First Impression, Tok Ku Pulau Manis(
pengarang syarah Kitab Hikam Ibnu Athoillah) aku imagine macam Tok Guru Nik Aziz.



Selang beberapa minit kami tiba di rumah Ustazah Che Ngah yang juga merupakan tok guru aku. Alhamdulillah, sempat dan masih menuntut dengan beliau beberapa kitab seperti
Hikam, Minhajul Abidin, Risalah Tauhid, Muhimmah dan Siyarus Salikin. Tapi bukan itu yang ingin aku kongsikan kali ini.



Yang terindahnya, Tok Ku Ustaz Him dari keturunan Tok Ku Pulau Manis tiba.




MasyaAllah... Sedap tengok wajahnya. Lembut, bersih dan bergetar hati, bahkan jauh dari first impressionku, lagi muda. Sempat bersalaman dengan beliau. Satu lagi nikmat yang Terindah.




Beliau dijemput memberi tazkirah dan seperti yang diduga, ucapan yang power. Simple dan Mendalam. Sempat disini aku quote beberapa point yang harus kita ambil sebagai TURNING POINT kita kepada ciri-ciri seorang pendakwah.




[1]. Manusia sekarang menjadikan HARTA BENDA sebagai ukuran dalam hidup bermasyarakat. Tapi, hanya TAQWA sahaja yang dapat membezakan sesama kita. Sebagai mana kita WUQUF DI ARAFAH. Semua sama memakai kain Ihram yang berwarna PUTIH. Jika haji kita betul-betul diterima, pulang sahaja ke tanah air, hati kita tetap memandang bahawa sesama kita hanya orang BERTAQWA sahaja yang tinggi martabatnya disisi ALLAH.




[2]. "Jika Allah memberi, Dia akan menolong. Jangan meminta dengannya apa yang kita tidak mampu jika kita masih dalam keadaan yang mampu, nescaya kita tidak dapat menerima ujian yang diberikannya". Ungkapan ini pernah disebut oleh Ibnu Athoillah dalam kitabnya. Beliau menceritakan satu kisah:

"Seorang ahli abid mendapat makan makanan yang banyak dan dia sentiasa berdoa untuk hanya makan 2 keping roti. Suatu hari, seorang perompak meninggalkan barang rompakannya di rumah ahli abid itu. Dan ahli abid itu dituduh merompak dan dipenjarakan. Lalu dia bertanya kenapa dia berada dalam penjara, hati nuraninya menyatakan "Bukankah engkau mahu makan 2 keping roti sahaja, jadi sinilah tempatnya(penjara)". Dia menyesal kerana berdoa sedemikian."



Moralnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan jangan sesekali meminta sesuatu yang kita tidak dapat melakukannya.




[3]. Kisah Imam Al-Ghazali. Imam Ghazali mempunyai seorang adik bernama Husin. Suatu hari adiknya tidak mengikutnya solat ketika dia menjadi imam. Lalu beliau menegur dan adiknya mematuhi arahan abangnya. Suatu hari, Imam Ghazali mengadakan pengajaran mengenai bab Haid dan Nifas. Usai kuliah, dia mengimamkan solat tetapi adiknya tidak ikut. Selesai solat, makmum lain memberitahu Imam Ghazali mengenai adiknya, Husin yang tidak ikutnya sembahyang. Lalu beliau bertanyakan kepada adiknya kenapa dia tidak mengikutnya sembahyang. Adiknya menjawab "Bagaimana aku mahu ikut kamu sembahyang sedangkan aku nampak kamu dibasahi dengan DARAH pada seluruh tubuhmu." Imam Ghazali menjawab "benar kata mu, ketika aku mengangkat takbir tadi aku teringat akan pelajaran aku tadi (Haid dan Nifas)." Adiknya menyuruhnya membersihkan hati kerana beliau mengaku bahawa
dia hanya mempelajari Ilmu zahir bahkan Ilmu batin (pembersihan hati) dia kurang mendalami. Adiknya memberikannya sepasang kasut dan menyuruhnya berjumpa dengan gurunya. Imam Ghazali bertemu dengan guru adiknya dan memintanya untuk mengajarkannya ilmu pembersihan hati. Guru tersebut sanggup mengajarnya dan menyuruhnya membersihkan kandang kuda di rumah nya. Sehingga sebulan Imam Ghazali membersihkan kandang kuda dan membersihkan najisnya dan beliau hairan kerana guru tersebut tidak mengajarkan satu ilmu pun kepadanya. Imam Ghazali bertanya "Kenapa kamu tidak ajarkan aku ilmu pembersihan hati?". "Aku sudah ajarkan mu" jawab guru tersebut. "Bila?" tanya beliau. "Bagaimana kamu dapat membersihkan najis kuda dengan bersih sedangkan hati kamu penuh dengan najis?" jawab guru itu. Sedarlah Imam Ghazali akan hal itu.
Moralnya, walau tinggi menggunung ilmu fiqah dan duniawi tapi tiada pendedahan akan ilmu pembersihan hati dan mengenal Allah (TASAUF), tetap tidak dapat menikmati keindahan berada dalam kasih sayang Allah.


[4]. Anak murid Tok Kenali berkata "Bagi orang awam, banyakkan tidur untuk mengelakkan Iman berkurang dengan kehadiran maksiat."
Moralnya, tidur adalah satu nikmat kerana dapat menghindarkan diri kita dari melakukan dosa. Panjangkan tidur untuk kita menjaga Iman kita agar sentiasa terjaga. Tapi hendaklah bertepatan dengan niat hanya untuk menjaga Iman.


Itulah serba sedikit yang boleh aku kongsi untuk tatapan semua. Semoga kita sama2 mengambil apa yang baik. Dan HARUS untuk kita mendalami ilmu TASAUF kerana ianya dapat menambah kasih dan cinta kita kepada Allah dalam setiap perkara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...