Monday, May 14, 2012

i-FORSIS: Laporan Sidang Meja Bulat "BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia."



Sidang Meja Bulat berlangsung pada 12 MEI 2012, Sabtu yang lalu bermula pada pukul 8.30pm-12am.  Bertempat di Edu LR6 n LR7, UIAM. Beberapa perwakilan daripada front-front mahasiswa yang hadir seperti berikut.
PERWAKILAN:
  1. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh                  Pen. Setiausaha Agung PKPIM Pusat
  2. Khairul Azhar Khayun                                                Koresponden PKPIM UIAM
  3. Aiman Faudzi                                                  AJK Informasi Maklumat PEMBINA Pusat
  4. Mohd Eqwan Mohd Roslan                             Presiden PEMBINA UIAM
  5. Nur Aisyah bt. Mohamad Hijazi,                     Timb. Ketua Biro Media PEMBINA UIAM
  6. Akram Ikrami Taib Azamudin                         Presiden GAMIS
  7. Nur Syazwani                                                  Timb. Pengerusi SIGMA-GAMIS
  8. Marwan Abdullah                                            Mantan Pengerusi KARISMA Daerah Gombak
  9. Mohamed Mu’az Mohamed Ruslan                 AJK KARISMA Daerah Gombak
  10. Atikah Mohd Hatta                                          AJK KARISMA Daerah Gombak
  11. Raafiq Zakaria                                                 Timb. YDP GPMS UIAM
  12. Mohamad Akhmal b. Muhamed Supian                      Ketua Penerangan GPMS UIAM
  13. Nur Adiela Kamarizzaman                              Naib Presiden Ma’ruf Club UIAM
  14. Safiuddin Samsir                                             Bendahari Ma’ruf Club UIAM
  15. Nur Khairunnisaa’ Kamaruzzaman                  AJK Penerangan Ma’ruf Club UIAM
8.30pm: Ucapan Penerangan objektif persidangan dari Pengarah Program, Syahmi Syazeril.
  1. Menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman.
  2. Meningkatkan kesedaran dan partisipasi mahasiswa.
  3. Menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif.
8.40pm: Ucapan pembukaan oleh setiap perwakilan front mahasiswa.

PKPIM
PREMIS: Terdapat pro dan cons
HUJAH: Langkah untuk melakukan perubahan mestilah mengikut garis panduan Islam

GPMS
PREMIS: Menyokong IDEA BERSIH tetapi menolak method yang digunakan
HUJAH: BERSIH illegal dari awal lagi, penganjur perlu focus untuk terangkan 8 tuntutan terlebih dahulu.

MC
PREMIS: Tidak bersetuju dengan demonstrasi tapi perlu fahami factor pendesak
HUJAH: Perlu fahami tuntutan BERSIH

KARISMA
PREMIS: Bersetuju dengan IDEA dan METHOD BERSIH
HUJAH: Apabila tiada BERSIH kemungkinan revolusi akan tercetus, untuk mengelakkan mudarat lebih besar.

PEMBINA
PREMIS: Bersetuju dengan IDEA BERSIH tetapi menolak method yang digunakan.
HUJAH: Agenda Islam perlu dibawa bersama dalam perubahan, bukan sekadar hak asasi manusia.

GAMIS
PREMIS: Fokus kepada masa depan Malaysia
HUJAH:Pendidikan, kuasa bidang syariah, ekonomi, keharmonian sosial.

9.40pm: Sesi sumbang-saran oleh peserta yang hadir.

1)      PESERTA PERTAMA
Jangan pergi demo kalau tak mampu kawal emosi

2)      PESERTA KEDUA
Anak muda perlu menghidupkan kembali peranan mereka

3)      PESERTA KETIGA
Bertanyakan punca mahasiswa dilayan secara ganas

4)      PESERTA KEEMPAT
Bertanyakan tentang keperluan mengadakan BERSIH 4.0

5)      PESERTA KELIMA
IDEA BERSIH tidak dapat dilaksanakan melainkan melalui method demo

10pm: Sesi perbincangan oleh setiap perwakilan.


PKPIM
ISU: Arus perubahan modernisasi sukar disekat

PEMBINA
ISU: Pembinaan platform oleh kerajaan

KARISMA
ISU: Kematangan politik

GAMIS
ISU: Memperanankan kembali mahasiswa

PEMBINA
ISU: Hubungan antara polis dan masyarakat dan disiplin demonstrasi

GAMIS
ISU: Mahasiswa perlu menyediakan resolusi alternative bagi setiap isu

MC
ISU: Demonstrasi wajar kerana BERSIH sudah memberikan tempoh yang panjang kepada kerajaan dan cadangan resolusi daripada mahasiswa

KARISMA
ISU: Pentingnya kematangan mahasiswa.

PEMBINA
ISU: Keutamaan syariat lebih penting daripada kebebasan bersuara.

11pm: Sesi cadangan resolusi dari perwakilan.

PKPIM
3 resolusi

GPMS
Resolusi sama dengan PKPIM

MC
1 resolusi

KARISMA
5 resolusi

PEMBINA
4 resolusi

GAMIS
4 resolusi

11.45pm: 11 Resolusi yang dipersetujuia bersama.

  1. Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker Corner’, dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.
  2. Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
  3. Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.
  4. Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.
  5. Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
  6. Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.
  7. Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.
  8. Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
  9. Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syara’.
  10. Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.
  11. Mengadakan wacana terbuka diantara Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

*Anjuran: Institut Forum Siswa (i-FORSIS)





Saturday, May 12, 2012

RESOLUSI Sidang Meja Bulat: BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia

RESOLUSI
Sidang Meja Bulat
“BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia”

Menyedari dan menginsafi keperluan gerakan mahasiswa untuk mengadakan platform perkongsian dan membina persefahamandalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara, bagi meningkatan kesedaran dan partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan negara Malaysia serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku, kami, pimpinan gerakan mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, untuk :
  1. Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker Corner’, dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat.
  2. Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
  3. Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang terpelajar.
  4. Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.
  5. Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
  6. Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.
  7. Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian.
  8. Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
  9. Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan syara’.
  10. Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak.
  11. Mengadakan wacana terbuka diantara Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah s.w.t.

Wallahua’lam.

Resolusi ini dipersetujui sebulat suara oleh :
  1. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Pen. Setiausaha Agung PKPIM Pusat
  2. Khairul Azhar Khayun, Koresponden PKPIM UIAM
  3. Aiman Faudzi, JK Informasi & Maklumat PEMBINA Pusat
  4. Mohd Eqwan Mohd Roslan, Presiden PEMBINA UIAM
  5. Nur Aisyah bt. Mohamad Hijazi, Timb. Ketua Biro Media PEMBINA UIAM
  6. Akram Ikrami Taib Azamudin, Presiden GAMIS
  7. Nur Syazwani, Timb. Pengerusi SIGMA-GAMIS
  8. Marwan Abdullah, Mantan Pengerusi KARISMA Daerah Gombak
  9. Mohamed Mu’az Mohamed Ruslan, AJK KARISMA Daerah Gombak
  10. Atikah Mohd Hatta, AJK KARISMA Daerah Gombak
  11. Raafiq Zakaria, Timb. YDP GPMS UIAM
  12. Mohamad Akhmal b. Muhamed Supian, Ketua Penerangan GPMS UIAM
  13. Nur Adiela Kamarizzaman, Naib Presiden Ma’ruf Club UIAM
  14. Safiuddin Samsir, Bendahari Ma’ruf Club UIAM
  15. Nur Khairunnisaa’ Kamaruzzaman, AJK Penerangan Ma’ruf Club UIAM
Tarikh : 12 Mei 2012

*Institut Forum Siswa (i-FORSIS) adalah penganjur Sidang Meja Bulat “BERSIH 3.0 & Masa Depan Malaysia"

Sumber: engineermemali.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...