Sunday, July 12, 2009

TRAVELOG 5 DAI'E


assalamualaikum...

syukur Alhamdulillah kp Allah Tuhan sekalian alam, Raja di hari pembalasan dan Tuhan yang berkuasa keatas semua makhluk termasuk ana sendiri..
selawat salam keatas junjungan besar, kekasih Allah, nabi Muhammad S.A.W..

sudah sekian lama tidak menulis kerana kekosongan idea... hehehe.. tapi tidak mengapa kerana entry kali ni memang menceritakan bagaimana diri ana dan sahabat ana di tarbiyyah oleh situasi..

cerita ini berlaku pada tanggal 11 Julai 2009, hr sabtu baru ini... ana dan sahabat ana yang bernama syuk(persis), ashrafuddin(siraj), hafiz ibrahim(gate) dan asyraf(1st year), total 5 org..
pagi sabtu ana bertolak dari uia pergi ke KONGRES REJUVENASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA 2009(KO-SPIN 09) yang dianjurkan oleh GAMIS di Shah Alam..
dalam kongres tersebut ana mendapat penjelasan mengapa perlunya kita kepada sistem pendidikan Islam di negara kita.. dan bagaimana kita ingin membentuk sistem pendidikan Islam tersebut..
dlam kongres tersebut 6 kertas kerja telah di bentangkan oleh 5 org pakar akademik dan seorang pegawai polis.
Ini adalah senarai kertas kerja dan pembentang:

1)Tajuk: Pendidikan Masa Kini-Cabaran Membina Jiwa Merdeka
Pembentang: Dato' Dr Siddiq Fadzil
2)Tajuk: Pendidikan Berintegratif Asas Pendidikan Islami
Pembentang: Prof. Dr Sidek Baba
3)Tajuk: Pendidikan Islam Dan Halatuju Pembangunan Ummah-Kajian Indonesia
Pembentang: Prof. Dr Irwan Prayitno
4)Tajuk: Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Satu Penilaian
Pembentang: Dr Abd Halim Tamuri
5)Tajuk: Pensekularan Sistem Pendidikan Islam-Satu Kajian
Pembentang: Prof. Tajul Ariffin
6)Tajuk: Kes Juvana-Trend, Faktor dan Penyelesaiaannya
Pembentang: DSP Ghazali Daud

demikian lah senarai kertas kerja dan pembentang yang cukup mantap dalam penyampaian dan kajian mereka yang mendalam dalam usaha membentuk pendidikan Islam..
sebelum pembentangan dimulakan, majlis terlebih dahulu dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khalid Ibrahim.. sempat juga ana melihat MB Selangor, Presiden GAMIS Ustaz Mohd Dzul Khairi dan Ahli-Ahli GAMIS yang lain..
ini merypakan kongres yang pertama ana pergi..
selepas habis nya kongres pada pukul 6.30pm, ana dan sahabat2 ana pergi jalan2 ke kompleks shah alam. ana tak beli barang pun, just ikut sahabat2 ni.. dalam masa yang sama kami decided nak dengar Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Shah Alam, dekat je kat tempat kongres tadi. forum tersebut dihadiri ramai orang dan penceramah adalah alim ulama yang terkenal di Malaysia Datuk Hassan Ali, Datuk Hassan Al-Hafiz dan Datuk Kamaruddin(Imam masjid negara).. penyampaian mereka sangat bagus dan penuh dengan semangat menyebarkan ilmu kefahaman Islam yang diberi tajuk Wakaf dan tuntutan dalam Islam. byk input yang ana dapat tapi InsyaAllah ana akan post kemudian..
selepas itu, ana dan sahabat2 mengalami satu sesi pentarbiyyahan dimana kami bercadang untuk tidur di masjid tersebut tetapi dihalau oleh pak guard2 masjid. dalam pukul 12am lebih, kami pun meneruskan perjalanan pada malam yang sunyi tapi bising dengan bunyi kereta2 remaja.. kami pun jalan2 pergi ke sekolah syuk, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, untuk minta kebenaran tidur di dalam kelas atau dimana2 sekalipun tapi Allah ingin mentarbiyyah kami pada malam tu.. kami pergi ke kedai mamak untuk makan dari pkul 1am hingga pukul 3.30am.. kami berangkat kembali ke masjid. dalam perjalanan kami diganggu oleh seekor makhluk iaitu anjing.. hehehehe.. sebenarnya ana takut anjing tapi nasib baik siraj ada kat.(thanks siraj).. jasamu amat ku hargai.. hehehehe..
setibanya kami di masjid, pintu pagar masjid pulak x buka lagi.. kami pun bercadang untuk jalan2 kat kawasan tu.. ramai remaja dan pasangan ber'dating' kat situ.. hafiz ingin nasihat mereka tu, maklum lah DnT.. hehehehe.. ana hairan kenapa mereka sanggup tak tidur semata2 lepak, berdating, ber'drift' dan macam2 lagi la..
ana pernah diuji dengan gangguan yang sangat dahsyat.. ish333..
ana membuat keputusan untuk pergi dari tempat tersebut.. tak tahan lagipun tak baik cuci mata malam2 begini, baik tidur or buat benda lain ke..
dalam pukul 420am kami pun masuk ke dalam masjid. "subuh lambat lagi, tidur dulu" ujar ana..
ana pun tidur.. juga sahabat ana.. azan subuh berkumandang, kami semua pergi la sembahyang..
kami tidur balik kerana keletihan. bayangkan 1 malam x tidur, pergi jalan2 pulak tu.. ish333..
tidur kami diganggu oleh speaker yang dipasang oleh pihak masjid.. "cek cek, 1 2 3.." bunyi speaker.. kami tetap tidur.. then datang seorang lelaki, berbaju biru, bersampin iaitu pak guard.. kami dikejutkan dan meninggalkan masjid tadi dalam pukul 8.45am lebih kurang..
kami meneruskan perjalanan mencari teksi..
dalam perjalanan jumpa pulak org berjogging, senam robik dan melakukan penggambaran..(agak2 la kita masuk x dalam scene 2?? ha, hafiz??) hehehehe..
sampai je kat bus stop, syuk cari teksi.. dapat juga 1 teksi yang membenarkan 5org boleh tumpang kerana kebiasaannya 4 org je boleh tumpang..
ana tidur dalam teksi pulak, siraj dan syuk layan pak cik teksi tu bercerita.. hafiz dan ashraf x tahu buat apa... hehehe.. barangkali tidur juga kot..
kami pun tiba di uia pada pukul 9.50am lebih kurang...
begitulah kisah 5 orang dai'e..


RESOLUSI dari kisah kami ini nak jadi seorang dai'e perlu keluar tengok suasana kat luar dan fikir macam mana cara untuk mengembalikan sahabat2 kita yang lalai di sebabkan teknologi..
begitulah.. walaupun ana x dapat nak tegur, nasihat tapi ana harap kedatangan kami pada malam itu membuka mata hati salah seorang daripada mereka yang tengah seronok melepak dan dilamun cinta..
KESAN dari kisah ini, ana lebih mengenali perilaku sahabat2 baru seperti syuk, siraj dan asyraf..
juga ana telah merasakan bagaimana seorang berdikari dengan dugaan yang diurniakan ke atas diri mereka..

WAALLAHUALAM.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...