Friday, November 13, 2009

Politik Di Kampus.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada masa dan saat ini. Ingin ana memanjatkan kesyukuran kepada Rabbul 'Alamin dan juga selawat salam keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Ingin berkongsi sedikit pandangan dengan sahabat semua mengenai isu yang paling hangat di kampus masing2. Sekarang kita boleh lihat betapa kuatnya kebangkitan mahasiswa di dalam dan luar kampus.

Pertamanya, siapa mahasiswa? Mereka merupakan individu atau aset penting untuk negara. Penggerak perjalanan negara, pencetus pemikiran dan pemimpin masa depan.

Sebelum mengulas lebih lanjut, ingin ana perkatakan disini bahawa kehidupan seorang mahasiswa sangat 'seronok'. Kenapa? Ana juga bergelar seorang mahasiswa di UIA. Susah payah dalam mengharungi perjalanan hidup ini telah dirasai. Dengan kelas dari pagi sampai petang, berbeza dengan waktu sekolah menengah dahulu. Disini ana dapat merasakan bagaimana berjauhan dengan keluarga tersayang di Terengganu. Semua disana, ana disini.

Tapi jarang sekali merasa sedih kerana disinilah tempat yang sepatutnya ana menonjolkan diri. Disini lah tempat berlatih menjadi pemimpin, berdakwah, pentarbiyyahan dan menuntut ilmu agama dan ilmu alat (sains dan math).

Berbalik topik kita kali ini, terdapat ramai mahasiswa yang berani mengatakan yang benar. Mereka mengadakan demo dan macam2 lagi. Membantah keputusan kerajaan. Kenapa? Kerana mereka sedar akan masa depan dan mereka mempunyai pemikiran yang menjangkaui pemikiran golongan tua dan pemimpin.

Boleh dikatakan setiap kampus di Malaysia, mahasiswa berjuang untuk mengembalikan Islam. Kita dapat lihat bagaimana sinar Islam semakin berkembang di negara ini. Dasar kerajaan yang menggunakan sistem sekular, membuka mata dan minda mahasiswa yang celik dengan ilmu agama (Islam) untuk menghalang sistem ini. Bermacam2 pertubuhan dan NGO bergiat aktif di kampus seperti GAMIS, PKPIM, ABIM, ISMA, JIM dan lain2 lagi. Ada yang cenderung kepada dakwah, siyasah, tarbiyyah, kebajikan dan amar ma'ruf nahi munkar.

Ana lebih tertarik dengan GAMIS, kerana memperjuangkan siyasah. Matlamat yang inginkan negara Islam. Dipimpin oleh pemimpin adil, dan bertaqwa. Mereka berani berhadapan dengan kerajaan. Malah berusaha untuk menegakkan syiar Islam itu sendiri. Ana sangat suka untuk berpolitik kerana tuntutan Islam dan jihad. Beberapa tokoh terkenal GAMIS dan PAS menjadi idola dan role model masa kini.

Persoalannya, bolehkah kita berpolitik di kampus? Sesetengah individu takut untuk berpolitik kerana bimbang akan pembelajaran terganggu, biasiswa ditarikbalik, digantung dari belajar dan ada yang bimbang akan dibuang dari belajar. Disini ingin ana tekankan supaya berfikir banyak kali bagi yang penakut.

Bagi pendapat ana sendiri, mahasiswa perlu melibatkan diri dalam politik. Universiti merupakan medan untuk berjuang mengembalikan agama Islam. Bahkan pemuda adalah tonggak perjuangan agama Islam. Jangan takut untuk berjuang. Teguhkan hati dan jelaskan matlamat kita. Begitu besar balasan bagi orang menegakkan Hukum Allah.


Walaupun dihalang oleh pihak2 tertentu, sudah pasti itu merupakan ujian untuk seorang da'ie(pendakwah), mujahid dan orang yang bertaqwa. Mereka akan teguh dan utuh dalam pendirian mereka. Walaupun di ancam oleh ugutan yang keras seperti ditarikbalik biasiswa, tidak mendapat kerja, ingatlah pesan Ibu ana buat semua "Rezeki itu ditangan Allah. Manusia tiada hak memberi rezeki. Walaupun rezeki kamu dihalang, akan datang rezeki yang lebih besar dari Allah. Ingat, Allah ada dekat dengan kamu." Itulah pesan ibu ana bila ana menyatakan hasrat untuk bergiat dalam politik. Bahkan dia teringin sekali melihat ana menjadi ulama' dan pejuang agama Allah satu hari nanti. (Ibu, insyaAllah anakmu akan menjadi salah satu dari dua impianmu, samada ulama atau mujahid. Amin.)

Selepas PRU 12, kita boleh lihat gelombang suara mahasiswa dari kampus. Setiap mahasiswa Islam kampus bangun dengan aktif, bersuara lantang menentang kerajaan. Sampai sekarang, gelombang ini kedengaran. Menentang dasar sekular. Aktif dalam demo malah mengutuk pemimpin kerajaan dan memuliakan ulama. Ulama dijadikan ikon dan dijemput dalam setiap aktiviti.

Jelas sekarang mahasiswa telah bangkit menyatakan yang benar. Ana sarankan jangan takut untuk melibatkan diri dalam politik tetapi gunakan 'aqal kita untuk mengatur strategi dalam penglibatan ini. Kepada yang membaca entri ini yang menjadi penyokong kerajaan, maaf dan berhati-hati. Mungkin entri ini tidak membuka minda pro-kerajaan, tetapi ingat pesan Nabi "Akan ada segolongan umatku (tidak kira zaman dan tempat) yang memperjuangkan kebenaran (Hak)". Dan ingat firman Allah, "Allah tidak akan membenarkan orang kafir menghilangkan cahaya Allah (Islam) di muka bumi ini."

Konklusinya, berjuanglah mahasiswa Islam kerana kamu merupakan PENCETUS KEBANGKITAN ISLAM DI KAMPUS.

Wallahualam..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...