Assalamualaikum. Alhamdulillah lame rasenye tidak berkongsi ilmu dengan semua yang sudi membaca entri saya. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan selawat salam keatas junjungan Rasulullah S.A.W. Kali ini saya akan berkongsi mengenai tahlil arwah. Pertama sekali kita lihat dari sudut hukum dan adat. Di malaysia boleh dilihat bagaimana adat melayu dapat mengatasi hukum Allah. Perkara bid’ah bermaharajalela di negara kita. Sedangkan Nabi melarang perkara baru diadakan dalam Islam.
Tidak semua adat saya katakan salah, ada adat yang boleh digunakan dalam Islam dan ada adat yang bertentangan dengan syariat Allah. Sebagai contoh, tahlil. Tahlil arwah adalah perkara makruh lagi bid’ah. Saudara semua boleh merujuk kitab Sabilal Muhtadin karangan Imam Syafie dalam juzuk Jana’iz(Jenazah). Ini yang saya mahu sampaikan kepada pembaca semua.
Tahlil sebenarnya boleh diadakan tetapi bukan tuan rumah yang membuat makanan, tetapi SUNAT orang kampung membawa makanan untuk dijamu oleh tuan rumah. Tetapi di negara kita, tuan rumah yang menyediakan makanan sambil bersuka-ria, sedangkan mayat didalam kubur tidak kita mengetahui keadaannya. Ini yang dikatakan makruh. Tetapi umat Islam dimalaysia tidak peduli dengan hukum. Mereka diajar oleh nenek moyang mereka untuk menjaga adat. Pernah dengar pepatah melayu “biar mati anak, jangan mati adat.”. haiwan sendiri sayang kepada anak, tetapi orang melayu sanggup mempertahankan adat.
Oleh itu, cuba buka minda kita dan ubah persepsi kita mengenai hukum dan adat. Saya Cuma menyampaikan apa yang saya pelajari. Jangan kerana adat, hukum Allah ditinggalkan. Jika saudara tidak percaya buka kitab yang disebut tadi. Samada Imam Syafie salah atau kita salah?? Renungkan. Wallahualam.
Sunday, May 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[bismillahi walhamdulillah, allhumma solli 'ala muhammad]
ReplyDelete1. dalam kata-kata imam as-syafie, yang dimaksudkan dengan majlis yang makruh lagi bid'ah itu bukanlah tahlil. yang dimaksudkan oleh beliau adalah majlis ma'tam (bukan tahlil). dan menurut kamus ma'tam adalah majlis yang meratapi mayat dan bersedih-sedihan. ini sama sekali tidak boleh disamakan dengan tahlil yang sudah berkurun-kurun diadakan bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh dunia malah diketuai oleh 'alim 'ulama.. dan tidak adapun ulama ahlus sunnah yang membid'ahkan majlis tahlil yang sedia ada. dengan kehadiran orang ramai ke majlis tahlil seperti yang sedia ada sekarang sebenarnya boleh menghilangkan kesedihan yang ada pada ahli keluarga si mati dan sekaligus menjauhi ma'tam(majlis bersedih-sedihan) seperti yang dikatakan oleh imam as-syafie.
adapun imam-imam as-syafi'iyyah (ulama2 dibawah imam as- syafie) kesemuanya mmbenarkan majlis tahlil yang sedang diadakan sekarang.
2. berkenaan dengan tuan rumah menyediakan makanan, tidak ada apa-apa yang menunjukkan perbuatan itu menyalahi syara'... tuan rumah menyediakan makanan atas dasar hanya sebagai bersyukur dan berterima kasih kepada tetamu yang hadir kerana mendoakan kepada si mati, bukan untuk bersuka-ria semata-mata, adapun, jika ada tetamu yang bersuka-suka dan bergurau senda tidak menyalahi syara' pun. malah ia dapat mengurangkan kesedihan.
3. tidak salah mengikut adat orang melayu yang ada sekarang, selagi mana adat itu tidak membatasi syara'. malahan orang-orang terdahulu aqidahnya lebih mantap daripada kita pada zaman sekarang. jika diteliti, mana ada orang yang murtad ketika zaman penjajahan tanah melayu. iman mereka tidak dijajah, tetapi tanah yang dijajah. ditambah lagi dengan perjuangan ulama-ulama dan wali-wali Allah ditanah melayu, penduduk pada masa itu diketuai oleh sultan-sultan yang faham agama dan mantap aqidahnya dan didokong oleh para ulama termasuklah sultan zainal abidin.. berbanding dengan zaman sekarang. tanah tidak dijajah, tapi iman kita sekarang banyak dijajah dengan banyaknya perkara bid'ah dhalalah yang berlaku seperti (coupling, berpakaian-pakaian barat, liberalism dan lain-lain) malahan ramai yang murtad pada zaman sekarang ini, hanya kerana aqidah orang zaman sekarang tidak semantap sepertimana orang dahulu.
adapun adat-adat orang melayu yang mendekati kurafat, maka itu diharamkan. tidak perlu ditimbulkan perkara-perkara kecil sebegini untuk mmcahbelahkan umat (seperti tahlil) sedangkan ada perkara yang lagi besar yang perlu kita perjuangkan. wallahua'lam, akhir sekali. mohon maaf atas kefaqiran diri ini