PERWAKILAN:
- Mohammad Fazril bin Mohd Saleh Pen. Setiausaha Agung
PKPIM Pusat
- Khairul Azhar Khayun Koresponden
PKPIM UIAM
- Aiman Faudzi AJK
Informasi Maklumat PEMBINA Pusat
- Mohd Eqwan Mohd Roslan Presiden
PEMBINA UIAM
- Nur Aisyah bt. Mohamad Hijazi, Timb. Ketua Biro
Media PEMBINA UIAM
- Akram Ikrami Taib Azamudin Presiden GAMIS
- Nur Syazwani Timb.
Pengerusi SIGMA-GAMIS
- Marwan Abdullah Mantan
Pengerusi KARISMA Daerah Gombak
- Mohamed Mu’az Mohamed Ruslan AJK KARISMA Daerah
Gombak
- Atikah Mohd Hatta AJK
KARISMA Daerah Gombak
- Raafiq Zakaria Timb.
YDP GPMS UIAM
- Mohamad Akhmal b. Muhamed Supian Ketua Penerangan
GPMS UIAM
- Nur Adiela Kamarizzaman Naib
Presiden Ma’ruf Club UIAM
- Safiuddin Samsir Bendahari
Ma’ruf Club UIAM
- Nur Khairunnisaa’ Kamaruzzaman AJK Penerangan Ma’ruf
Club UIAM
8.30pm: Ucapan Penerangan objektif persidangan dari Pengarah Program, Syahmi Syazeril.
- Menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman.
- Meningkatkan kesedaran dan partisipasi mahasiswa.
- Menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif.
8.40pm: Ucapan pembukaan oleh setiap perwakilan front mahasiswa.
PKPIM
PREMIS: Terdapat pro dan cons
HUJAH: Langkah untuk melakukan perubahan mestilah mengikut garis
panduan Islam
GPMS
PREMIS: Menyokong IDEA BERSIH tetapi menolak method yang digunakan
HUJAH: BERSIH illegal dari awal lagi, penganjur perlu focus untuk
terangkan 8 tuntutan terlebih dahulu.
MC
PREMIS: Tidak bersetuju dengan demonstrasi tapi perlu fahami factor
pendesak
HUJAH: Perlu fahami tuntutan BERSIH
KARISMA
PREMIS: Bersetuju dengan IDEA dan METHOD BERSIH
HUJAH: Apabila tiada BERSIH kemungkinan revolusi akan tercetus,
untuk mengelakkan mudarat lebih besar.
PEMBINA
PREMIS: Bersetuju dengan IDEA BERSIH tetapi menolak method yang
digunakan.
HUJAH: Agenda Islam perlu dibawa bersama dalam perubahan, bukan
sekadar hak asasi manusia.
GAMIS
PREMIS: Fokus kepada masa depan Malaysia
HUJAH:Pendidikan, kuasa bidang syariah, ekonomi, keharmonian sosial.
9.40pm: Sesi sumbang-saran oleh peserta yang hadir.
1)
PESERTA PERTAMA
Jangan pergi demo kalau tak mampu kawal emosi
2)
PESERTA KEDUA
Anak muda perlu menghidupkan kembali peranan mereka
3)
PESERTA KETIGA
Bertanyakan punca mahasiswa dilayan secara ganas
4)
PESERTA KEEMPAT
Bertanyakan tentang keperluan mengadakan BERSIH 4.0
5)
PESERTA KELIMA
IDEA BERSIH tidak dapat dilaksanakan melainkan melalui method demo
10pm: Sesi perbincangan oleh setiap perwakilan.
PKPIM
ISU: Arus perubahan modernisasi sukar disekat
PEMBINA
ISU: Pembinaan platform oleh kerajaan
KARISMA
ISU: Kematangan politik
GAMIS
ISU: Memperanankan kembali mahasiswa
PEMBINA
ISU: Hubungan antara polis dan masyarakat dan disiplin demonstrasi
GAMIS
ISU: Mahasiswa perlu menyediakan resolusi alternative bagi setiap
isu
MC
ISU: Demonstrasi wajar kerana BERSIH sudah memberikan tempoh yang
panjang kepada kerajaan dan cadangan resolusi daripada mahasiswa
KARISMA
ISU: Pentingnya kematangan mahasiswa.
PEMBINA
ISU: Keutamaan syariat lebih penting daripada kebebasan bersuara.
11pm: Sesi cadangan resolusi dari perwakilan.
PKPIM
3 resolusi
GPMS
Resolusi sama dengan PKPIM
MC
1 resolusi
KARISMA
5 resolusi
PEMBINA
4 resolusi
GAMIS
4 resolusi
11.45pm: 11 Resolusi yang dipersetujuia bersama.
- Menghidupkan dan menyuburkan semula ‘Speaker Corner’,
dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan
aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab
terhadap masyarakat.
- Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan
perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap
pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam.
- Meningkatkan nilai kematangan dalam isu-isu semasa, masyarakat dan
ummah, selaras dengan tahap keintelektualan sebagai seorang yang
terpelajar.
- Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab
sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah.
- Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak
SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13.
- Menyeru ahli politik dalam negara meningkatkan kematangan
berpolitik dengan meningkatkan kewibawaan masing-masing pada kaca mata
rakyat dan tidak menggunakan politik kotor.
- Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen
politik kepartian.
- Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa.
- Menolak sebarang bentuk pemikiran dan tindakan yang di luar batasan
syara’.
- Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan
alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat
terhadap pelbagai pihak.
- Mengadakan wacana terbuka diantara Perdana Menteri Malaysia, YAB
Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri
Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13.
*Anjuran: Institut Forum Siswa (i-FORSIS)
No comments:
Post a Comment