Saturday, May 14, 2011

(NOVEL):Aku SIASAH & Dia TARBIYYAH Part 1.

Hidup sebagai seorang pelajar lagi membimbangkan. Tatkala aku melihat pasangan berkapel, sedih dibuatnya. Mak ayah diorang tak ajar batas2 Islam ke?? Hati seorang pelajar Haq berbisik dengan dirinya.

"Haq, kenapa kau tak berkapel?" tanya seorang sahabatnya yang sangat feymes di UIA, Kai. Kai seorang mantan presiden Foundation Students Committee Council atau majlis perwakilan pelajar di Pusat Asasi di PJ dulu. Seorang yang digilai ramai kerana perwatakan yang hensem, petah berbicara dan pandai dalam mencari "AWEX". Tetapi akademik, sedikit low.

"Taknak aku. Dah 2 kali aku frust menonggeng. Hehehe. Nanti jumpa la kat sini." Haq menjawab soalan Kai tadi. "Bukan aku taknak berkapel, tapi aku takut something will make me and my family dissapointed." ujar Haq dalam hatinya.

Tiap kali Haq melihat "PEREMPUAN" dia sangat takut dan tiap kali dia lihat "MUSLIMAT" hatinya menjadi tenang.


"Ya Allah, aku memohon jodoh yang terbaik untuk ku. Aku mengaku diriku bukan sealim dan soleh yang dianggap orang lain. Diriku penuh dengan dosa dan maksiat yang aku buat." doa Haq dalam setiap kali solat hajat dan Istikharah.

"Haq, aku nak rekemen kan kat kau seorang perempuan, dia baik, cantik dan pandai. Kalau kau dapat, confirm jeles laki lain. Hahahahaha." Kai memang terkenal di kalangan pelajar laki dan perempuan.

"Never trust women. Hahaha" kata Haq.


Keesokan harinya, ketika lunch di cafe Human Science, Kai datang dengan kekasihnya, Siti dan kawan perempuan yang diceritakan nya semalam. Haq tak tahu menahu apa yang Kai lakukan.

"Haq, ni kawan yang aku ceritakan semalam, Linda."

Haq tersenyum lantas menarik tangan Kai dan pergi ke tempat yang agak jauh supaya perbualannya tidak didengari oleh Linda dan Siti.

"Apa yang kau buat ni?" Haq bersuara agak geram.

"Rilek lah, time nilah kita nak cari pasangan kau tahu?" Kai menjawab.

"Kau tahukan aku taknak lagi benda ni." Haq menolak tawaran Kai.

"Maaf, memang aku nak pasangan tapi bukan begini. I'll meet with her such in coincidence way. O.k?" Haq meluahkan apa yang diingini oleh nya.

Haq selalu berharap dapat wanita yang solehah dan penambat hati nya.



Jam menunjukkan pukul 8.30am. Haq berada dalam situasi mencemaskan. Dia telah terlewat untuk menghadiri kuliah pada pagi ini. Dia tidak pernah lewat sebegini. Cemas dan kelam kabut dibuatnya.

"Mati aku kali ni." hatinya berbisik ketakutan.

Lambakan buku ditangannya menyebabkan sukar untuknya berlari ditambah pula dengan penyakitnya.

Ketika sampai di Azman Hashim Complex, dia terlanggar seorang wanita.

"Allahuakbar." jerit wanita tersebut.

"Aduh, minta maaf. Minta maaf. Nak cepat ni." ujar Haq.

"Mata letak kat lutut ke?" kawan wanita tersebut meninggikan suara.

Buku Haq dan wanita tersebut berselerakan diatas lantai. Dengan cepat Haq mengambil bukunya dan membantu wanita itu mengambil bukunya, ditambah lagi dengan perencah leteran kawan wanita tersebut.

"Ni buku sis, saya minta maaf sekali lagi. Saya pergi dulu." Haq mengeluarkan kata-kata terakhir kepada wanita itu.

"Tak mengapa."balas wanita itu.

Bergegas Haq ke dewan kuliah, "Fuh, lega rasanya. Nasib baik tak start lagi kuiz." ujarnya. Ketika dia membelek buku-bukunya, dia tersedar bahawa buku notanya juga diarinya tertinggal atau mungkin terjatuh. Sejenak dia berfikir...


To be continued.

Author: HAIQAL SYAHID.


Monday, May 9, 2011

Yang Terindah!!!

Kring... Kring... Kring...

Ada satu mesej masuk.. Dari Che Lah "Bagitau mak, petang ni Tok Ku Pulau Manis nak melawat rumah Che Ngah. Kalau nak kenal marilah, rugi kalau tak tengok 'ulama"..




First Impression, Tok Ku Pulau Manis(
pengarang syarah Kitab Hikam Ibnu Athoillah) aku imagine macam Tok Guru Nik Aziz.



Selang beberapa minit kami tiba di rumah Ustazah Che Ngah yang juga merupakan tok guru aku. Alhamdulillah, sempat dan masih menuntut dengan beliau beberapa kitab seperti
Hikam, Minhajul Abidin, Risalah Tauhid, Muhimmah dan Siyarus Salikin. Tapi bukan itu yang ingin aku kongsikan kali ini.



Yang terindahnya, Tok Ku Ustaz Him dari keturunan Tok Ku Pulau Manis tiba.




MasyaAllah... Sedap tengok wajahnya. Lembut, bersih dan bergetar hati, bahkan jauh dari first impressionku, lagi muda. Sempat bersalaman dengan beliau. Satu lagi nikmat yang Terindah.




Beliau dijemput memberi tazkirah dan seperti yang diduga, ucapan yang power. Simple dan Mendalam. Sempat disini aku quote beberapa point yang harus kita ambil sebagai TURNING POINT kita kepada ciri-ciri seorang pendakwah.




[1]. Manusia sekarang menjadikan HARTA BENDA sebagai ukuran dalam hidup bermasyarakat. Tapi, hanya TAQWA sahaja yang dapat membezakan sesama kita. Sebagai mana kita WUQUF DI ARAFAH. Semua sama memakai kain Ihram yang berwarna PUTIH. Jika haji kita betul-betul diterima, pulang sahaja ke tanah air, hati kita tetap memandang bahawa sesama kita hanya orang BERTAQWA sahaja yang tinggi martabatnya disisi ALLAH.




[2]. "Jika Allah memberi, Dia akan menolong. Jangan meminta dengannya apa yang kita tidak mampu jika kita masih dalam keadaan yang mampu, nescaya kita tidak dapat menerima ujian yang diberikannya". Ungkapan ini pernah disebut oleh Ibnu Athoillah dalam kitabnya. Beliau menceritakan satu kisah:

"Seorang ahli abid mendapat makan makanan yang banyak dan dia sentiasa berdoa untuk hanya makan 2 keping roti. Suatu hari, seorang perompak meninggalkan barang rompakannya di rumah ahli abid itu. Dan ahli abid itu dituduh merompak dan dipenjarakan. Lalu dia bertanya kenapa dia berada dalam penjara, hati nuraninya menyatakan "Bukankah engkau mahu makan 2 keping roti sahaja, jadi sinilah tempatnya(penjara)". Dia menyesal kerana berdoa sedemikian."



Moralnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan jangan sesekali meminta sesuatu yang kita tidak dapat melakukannya.




[3]. Kisah Imam Al-Ghazali. Imam Ghazali mempunyai seorang adik bernama Husin. Suatu hari adiknya tidak mengikutnya solat ketika dia menjadi imam. Lalu beliau menegur dan adiknya mematuhi arahan abangnya. Suatu hari, Imam Ghazali mengadakan pengajaran mengenai bab Haid dan Nifas. Usai kuliah, dia mengimamkan solat tetapi adiknya tidak ikut. Selesai solat, makmum lain memberitahu Imam Ghazali mengenai adiknya, Husin yang tidak ikutnya sembahyang. Lalu beliau bertanyakan kepada adiknya kenapa dia tidak mengikutnya sembahyang. Adiknya menjawab "Bagaimana aku mahu ikut kamu sembahyang sedangkan aku nampak kamu dibasahi dengan DARAH pada seluruh tubuhmu." Imam Ghazali menjawab "benar kata mu, ketika aku mengangkat takbir tadi aku teringat akan pelajaran aku tadi (Haid dan Nifas)." Adiknya menyuruhnya membersihkan hati kerana beliau mengaku bahawa
dia hanya mempelajari Ilmu zahir bahkan Ilmu batin (pembersihan hati) dia kurang mendalami. Adiknya memberikannya sepasang kasut dan menyuruhnya berjumpa dengan gurunya. Imam Ghazali bertemu dengan guru adiknya dan memintanya untuk mengajarkannya ilmu pembersihan hati. Guru tersebut sanggup mengajarnya dan menyuruhnya membersihkan kandang kuda di rumah nya. Sehingga sebulan Imam Ghazali membersihkan kandang kuda dan membersihkan najisnya dan beliau hairan kerana guru tersebut tidak mengajarkan satu ilmu pun kepadanya. Imam Ghazali bertanya "Kenapa kamu tidak ajarkan aku ilmu pembersihan hati?". "Aku sudah ajarkan mu" jawab guru tersebut. "Bila?" tanya beliau. "Bagaimana kamu dapat membersihkan najis kuda dengan bersih sedangkan hati kamu penuh dengan najis?" jawab guru itu. Sedarlah Imam Ghazali akan hal itu.
Moralnya, walau tinggi menggunung ilmu fiqah dan duniawi tapi tiada pendedahan akan ilmu pembersihan hati dan mengenal Allah (TASAUF), tetap tidak dapat menikmati keindahan berada dalam kasih sayang Allah.


[4]. Anak murid Tok Kenali berkata "Bagi orang awam, banyakkan tidur untuk mengelakkan Iman berkurang dengan kehadiran maksiat."
Moralnya, tidur adalah satu nikmat kerana dapat menghindarkan diri kita dari melakukan dosa. Panjangkan tidur untuk kita menjaga Iman kita agar sentiasa terjaga. Tapi hendaklah bertepatan dengan niat hanya untuk menjaga Iman.


Itulah serba sedikit yang boleh aku kongsi untuk tatapan semua. Semoga kita sama2 mengambil apa yang baik. Dan HARUS untuk kita mendalami ilmu TASAUF kerana ianya dapat menambah kasih dan cinta kita kepada Allah dalam setiap perkara.



Tuesday, February 15, 2011

Melestarikan Poltik Kampus : “How it is to be”.

1) Kampus merupakan satu medan untuk mahasiswa berpolitik. Medan untuk melahirkan kepimpinan mahasiswa dalam memimpin suatu organisasi yang besar. Penglibatan mahasiswa dalam politik kampus, memberi ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat kepimpinan seterusnya melahirkan tokoh-tokoh pimpinan yang hebat. Ketokohan mereka mendapat perhatian umum dengan menyebarkan dan menyuarakan idea-idea kontemporari. Seperti beberapa tokoh gerakan mahasiswa dahulu yang telah menjadi tokoh politik negara yang memperjuangkan hak rakyat seperti Anwar Ibrahim dan YB Saifuddin Abdullah.
2) Mahasiswa merupakan gambaran awal Negara dalam memimpin Negara suatu hari nanti. Mereka juga merupakan perintis kepada tranformasi struktur pentadbiran Negara seterusnya mencetus satu gerakan yang kukuh dalam segenap bidang seperti ekonomi dan perundangan. Tidak hairan jika sekarang kebangkitan mahasiswa semakin menjadi-jadi dalam memperjuangkan isu-isu penting dan kontroversi.
3) Kampus juga merupakan tempat percaturan politik dan memberi impak kepada mahasiswa dalam menilai dan menganalisis keadaan politik negara. Tempat latihan awal untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berintegriti ialah kampus. Suasana atau iklim sebenar poltik kampus perlu dipilih oleh mahasiswa sendiri kerana mereka lebih memahami situasi kampus mereka. Sepatutnya, pihak pentadbiran universiti tidak perlu masuk campur dan memberi ruang dan peluang untuk mahasiswa memimpin pelajar. Iklim kampus akan menjadi lebih panas dan meriah dengan kepelbagaian dalam mengutarakan, menyumbang dan membahaskan idea.
4) Gerakan mahasiswa merupakan golongan yang sedar dan peka akan isu-isu yang timbul didalam negara dan berusaha memperjuangkannya demi kepentingan masyarakat dan mereka. Sebagai contoh, ada gerakan yang memperjuangkan isu kebajikan, integriti kerajaan, ekonomi dan sosial. Mereka juga berani membantah apa yang mereka rasa kurang sesuai bahkan tidak sesuai langsung untuk rakyat negara.
5) Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi kawasan universiti adalah tempat yang subur untuk menyemai hikmah dan adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Kamal Hassan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



Tuesday, October 12, 2010

Membongkar Misteri Dajjal

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dan Selawat salam kpd Rasulullah S.A.W.
Jom kita analisis buku ni.
Buku yang dikarang oleh Muhammad Nurani. Satu perkongsian dan analisis yang sangat mengujakan, membuka minda para pembaca mengenai perancangan Dajjal Laknatullah. Buku ini membongkar rahsia tamadun2 lama seperti Mesir Purba, Mayan, China dan lain2 tamadun. Berbagai artifak lama turut ditemui yang mempunyai persamaan yang sama di setiap tamadun.

Buku ini diambil dari beberapa sumber penting seperti Nas-Nas Al-Quran dan Hadis, juga buku yang sangat popular dari Muhammad Isa Dawud, yang bertajuk "Dajjal muncul dari kerajaan jin di segi tiga bermuda." Saya telah membaca buku yang dikarang Muhammad Isa Dawud dan saya temui satu bukti penting mengenai Dajjal dan U.F.O.

Dajjal telah menggunakan beberapa teknologinya yang canggih untuk mereka piring terbang. Dajjal menurut Muhammad Isa Dawud, mempunyai satu tamadun yang luarbiasa di dasar laut di kawasan segitiga bermuda. Teknologi dia sangat "sophisticated" dan mengatasi teknologi manusia sekarang. Teknologinya berasaskan cahaya. Sahabat boleh baca buku Muhammad Isa Dawud. Cuma disini Muhammad Nurani mengambil dan menganalisis isi2 yang terdapat dalam buku Muhammad Isa Dawud.

Satu hadis yang sangat panjang dari Tamim Ad-Dari

"Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. "

Hadis yang cukup panjang dan lengkap menerangkan perihal Dajjal. Syeikh Imran Hossein pernah menyebut dalam kuliah nya juga dalam kajiannya, bahwa perjalanan sebulan Tamim Ad-Darri dari mekah memang akan sampai di satu tempat iaitu BRITAIN dan Britain juga merupakan satu pulau pada satu ketika dahulu dan kerajaan yang terkuat pada masa dahulu ialah kerajaan Britain dan seterusnya berpindah ke USA. Bukti2 ini saya nukilkan dari beberapa siri kuliah bersama Ustaz Syaari Abdul Rahman.

Didalam buku ini juga turut menyebutkan kebaikan 10 ayat terakhir Surah Kahfi. Kajian Muhammad Nurani juga cenderung mengatakan ada beberapa persamaan antara kisah Ashabul Kahfi dan lagu "The Black Parade" dari My chemical romance. sepertinya sejarah akan berulang lagi. Betul kata Almarhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi didalam tafsirnya Tafsir Syarawi, beliau menyebut kisah yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran pasti akan berulang pada akhir zaman.

Begitu juga beberapa penemuan yang melibatkan hero filem Hollywood seperti Harry Potter, Clark Kent, Bruce dr Batman, Lord of The ring, terdapat beberapa persamaan yang sangat ketara.

Superman

Merlin

Merlin The Shaman

Lord of The Ring

Harry Potter

Bruce Wayne

Juga penemuan artifak seperti Terracota, Piramid Mesir, Piramid Mayan, Tembok Besar China dan Stonehenge mempunyai satu "kod rahsia" yang berhubung antara satu sama lain.


Piramid Mayan



Piramid Mesir
Didalam buku ini juga dimuatkan kisah Merlin. Dajjal menurut pandangan Muhammad Nurani ialah Merlin yang mempunyai kuasa sihir yang sangat menakjubkan. Merlin a.k.a Dajjal pernah keluar dari tempat persembunyiannya dan mengembara hingga terjumpa satu tamadun di bawah pemerintahan King Athur yang merupakan kerajaan awal di Eropah.

Banyak lagi info yang boleh sahabat semua dapat dengan membaca buku ini. Ingatlah, cara kita "melihat" bentuk asal Dajjal membawa kepada bagaimana kita memikirkan cara menentangnya. Ilmu itu penting untuk kita mengetahui siapa musuh kita. Seperti kata Syeikh Muhammad Ali As-Sollabi dalam Fiqh Kemenangan dan Kejayaan Orang Mukmin "Jadilah kamu orang yang pakar dalam penjuru(bidang) kamu, jika musuh menyerang dari penjuru(bidang) kamu, kamu dapat menghalangnya"
Wallahualam..

Wednesday, August 4, 2010

Politik di masjid.

Assalamualaikum.
Disini sy ingin mengambil beberapa point yang telah disampaikan oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man di Surau Feri Kemasik, Kemaman, Terengganu..

Orang kristian terutama golongan sekular telah lama memisahkan agama dan politik. Sejarah pernah dinukil kan bagaimana golongan paderi memerintah di gereja sehingga timbul golongan sains yang menggunakan logik akal dalam menyangkal pendapat paderi. Sehingga golongan sains ini mengenepikan urusan agama dan pentadbiran.

Seorang kristian sangat kagum dengan politik umat Islam terutama di masjid. Bagaimana? Kita lihat bagaimana ketika muslimin bersembahyang secara berjemaah, imam berada didepan memimpin makmum yang ramai dibelakang.. kristian ini sangat kagum bagaimana imam memimpin makmum tanpa menoleh kebelakang dan hanya mengucapkan ALLAHUAKBAR utk makmum ikutinya. Inilah hebatnya Islam oleh Allah. Dan bertapa besarnya kalimah ALLAHUAKBAR sehingga manusia sanggup sujud merendahkan diri.

Teringat kata-kata ustazah sy, yang diberi jolokan nama Ust. Che Ngah di Kijal iaitu kg sy. Beliau sangat memahami tasauf dan aqidah dan pernah juga sy menadah kita dengan nya. Kitab2 yang pernah belajar ialah Hikam dr Ibnu Atho’illah, Minhajul ‘Abidin, Fiqh Solat, Risalah Tauhid dan juga kitab munakahat iaitu Kitab Muhimmah. Kata2 yang pernah dilontarkan olehnya dalam bab orang sombong “Sejauh mana kamu kaya, hidung tinggi, akhirnya bila SUJUD mengadap Allah, muka kamu berada ditanah dan punggung kamu yang mengeluarkan najis berada tinggi dari muka kamu. Adakah masih mahu meninggi diri dengan status kamu?” ayat ni sangat tajam dan lebih tajam lagi kalau ditulis dan didengar dalam dialek terengganu.


Begitu lah solat yang menjadi asas dalam politik Islam. Semuanya bermula dimasjid. Tetapi ramai pihak yang takut dan menyekat kebebasan utk berpolitik di masjid.. Wallahualam..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...