Monday, May 9, 2011

Yang Terindah!!!

Kring... Kring... Kring...

Ada satu mesej masuk.. Dari Che Lah "Bagitau mak, petang ni Tok Ku Pulau Manis nak melawat rumah Che Ngah. Kalau nak kenal marilah, rugi kalau tak tengok 'ulama"..




First Impression, Tok Ku Pulau Manis(
pengarang syarah Kitab Hikam Ibnu Athoillah) aku imagine macam Tok Guru Nik Aziz.



Selang beberapa minit kami tiba di rumah Ustazah Che Ngah yang juga merupakan tok guru aku. Alhamdulillah, sempat dan masih menuntut dengan beliau beberapa kitab seperti
Hikam, Minhajul Abidin, Risalah Tauhid, Muhimmah dan Siyarus Salikin. Tapi bukan itu yang ingin aku kongsikan kali ini.



Yang terindahnya, Tok Ku Ustaz Him dari keturunan Tok Ku Pulau Manis tiba.




MasyaAllah... Sedap tengok wajahnya. Lembut, bersih dan bergetar hati, bahkan jauh dari first impressionku, lagi muda. Sempat bersalaman dengan beliau. Satu lagi nikmat yang Terindah.




Beliau dijemput memberi tazkirah dan seperti yang diduga, ucapan yang power. Simple dan Mendalam. Sempat disini aku quote beberapa point yang harus kita ambil sebagai TURNING POINT kita kepada ciri-ciri seorang pendakwah.




[1]. Manusia sekarang menjadikan HARTA BENDA sebagai ukuran dalam hidup bermasyarakat. Tapi, hanya TAQWA sahaja yang dapat membezakan sesama kita. Sebagai mana kita WUQUF DI ARAFAH. Semua sama memakai kain Ihram yang berwarna PUTIH. Jika haji kita betul-betul diterima, pulang sahaja ke tanah air, hati kita tetap memandang bahawa sesama kita hanya orang BERTAQWA sahaja yang tinggi martabatnya disisi ALLAH.




[2]. "Jika Allah memberi, Dia akan menolong. Jangan meminta dengannya apa yang kita tidak mampu jika kita masih dalam keadaan yang mampu, nescaya kita tidak dapat menerima ujian yang diberikannya". Ungkapan ini pernah disebut oleh Ibnu Athoillah dalam kitabnya. Beliau menceritakan satu kisah:

"Seorang ahli abid mendapat makan makanan yang banyak dan dia sentiasa berdoa untuk hanya makan 2 keping roti. Suatu hari, seorang perompak meninggalkan barang rompakannya di rumah ahli abid itu. Dan ahli abid itu dituduh merompak dan dipenjarakan. Lalu dia bertanya kenapa dia berada dalam penjara, hati nuraninya menyatakan "Bukankah engkau mahu makan 2 keping roti sahaja, jadi sinilah tempatnya(penjara)". Dia menyesal kerana berdoa sedemikian."



Moralnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan jangan sesekali meminta sesuatu yang kita tidak dapat melakukannya.




[3]. Kisah Imam Al-Ghazali. Imam Ghazali mempunyai seorang adik bernama Husin. Suatu hari adiknya tidak mengikutnya solat ketika dia menjadi imam. Lalu beliau menegur dan adiknya mematuhi arahan abangnya. Suatu hari, Imam Ghazali mengadakan pengajaran mengenai bab Haid dan Nifas. Usai kuliah, dia mengimamkan solat tetapi adiknya tidak ikut. Selesai solat, makmum lain memberitahu Imam Ghazali mengenai adiknya, Husin yang tidak ikutnya sembahyang. Lalu beliau bertanyakan kepada adiknya kenapa dia tidak mengikutnya sembahyang. Adiknya menjawab "Bagaimana aku mahu ikut kamu sembahyang sedangkan aku nampak kamu dibasahi dengan DARAH pada seluruh tubuhmu." Imam Ghazali menjawab "benar kata mu, ketika aku mengangkat takbir tadi aku teringat akan pelajaran aku tadi (Haid dan Nifas)." Adiknya menyuruhnya membersihkan hati kerana beliau mengaku bahawa
dia hanya mempelajari Ilmu zahir bahkan Ilmu batin (pembersihan hati) dia kurang mendalami. Adiknya memberikannya sepasang kasut dan menyuruhnya berjumpa dengan gurunya. Imam Ghazali bertemu dengan guru adiknya dan memintanya untuk mengajarkannya ilmu pembersihan hati. Guru tersebut sanggup mengajarnya dan menyuruhnya membersihkan kandang kuda di rumah nya. Sehingga sebulan Imam Ghazali membersihkan kandang kuda dan membersihkan najisnya dan beliau hairan kerana guru tersebut tidak mengajarkan satu ilmu pun kepadanya. Imam Ghazali bertanya "Kenapa kamu tidak ajarkan aku ilmu pembersihan hati?". "Aku sudah ajarkan mu" jawab guru tersebut. "Bila?" tanya beliau. "Bagaimana kamu dapat membersihkan najis kuda dengan bersih sedangkan hati kamu penuh dengan najis?" jawab guru itu. Sedarlah Imam Ghazali akan hal itu.
Moralnya, walau tinggi menggunung ilmu fiqah dan duniawi tapi tiada pendedahan akan ilmu pembersihan hati dan mengenal Allah (TASAUF), tetap tidak dapat menikmati keindahan berada dalam kasih sayang Allah.


[4]. Anak murid Tok Kenali berkata "Bagi orang awam, banyakkan tidur untuk mengelakkan Iman berkurang dengan kehadiran maksiat."
Moralnya, tidur adalah satu nikmat kerana dapat menghindarkan diri kita dari melakukan dosa. Panjangkan tidur untuk kita menjaga Iman kita agar sentiasa terjaga. Tapi hendaklah bertepatan dengan niat hanya untuk menjaga Iman.


Itulah serba sedikit yang boleh aku kongsi untuk tatapan semua. Semoga kita sama2 mengambil apa yang baik. Dan HARUS untuk kita mendalami ilmu TASAUF kerana ianya dapat menambah kasih dan cinta kita kepada Allah dalam setiap perkara.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...