Assalamualaikum..
Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi ana hidup dan menikmati pelbagai nikmat yang dikurniakan walaupun hidup ini hanya sementara. Semoga kita sama2 mendapat rahmatNya dan syafaat Rasulullah S.A.W.. Baiklah, post kali ini ana ingin menimbulkan persoalan kepada diri sahabat semua kenapa kita dihidupkan di muka bumi ini? Jawapannya ada dalam Al-Quran.
1. Untuk sujud menyembah Allah.
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah Al-Bayyinah 98:5)
2. Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi.
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-An’am 6:165)
3. Untuk aku menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan.
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.” (Ali Imran 3:104)
4. Allah tidak menjadikan aku sia-sia.
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak dikembalikan kepada Kami.” (Al-Mu’minun 115)
Jadi, bertaqwalah kitakepada Allah agar mendapat petunjuk dan inayahNya dan menunjukkan kita jalan yang lurus agar dapat kita bertemu denganNya. Al-Khaliq.. Wallahualam..
Saturday, October 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment