Thursday, October 1, 2009

Mati...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat lagi diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu bersama sahabat semua..

kali ini, ana nak kemukakan satu topik yang sering kali dilupai oleh setiap manusia..

Mati merupakan "jodoh" kita.. dimana kita berada malaikat maut pasti menjemput kita. hakikatnya kita lebih mengutamakan menyambut kelahiran bayi.. beli baju bayi, lampin susu... tapi kita lupa yang kita perlu menyiapkan juga diri kita untuk mati...
menyiapkan?? menyiapkan kain kafan ke?? bukan, menyiapkan bekalan untuk mati.. perlu kita ingat bahawa mati itu satu kemestian bagi setiap manusia..
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati."

Cuba kita imbas kembali bagaimana seronok nya GENERASI CINTA MATI mahukan mati..
Siapa Generaci Cinta Mati ni?? mereka lah Para Sahabat. Kenapa mereka cinta mati? Kerana mereka cintakan Allah dan teringin bertemu dengan-Nya. Alangkah indah hidup dengan Rasulullah.
Nabi S.A.W bersabda"Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah nescaya Allah cinta untuk menemuinya."
Persoalannya adakah benar kita mencintai Allah. Jangan hanya mulut mengaku hakikatnya hati lebih mencintai manusia.
Ada satu kisah dimana Nabi S.A.W diberi pilihan antara menemui Tuhannya atau tinggal di dunia, baginda memilih "Teman Daerah Tinggi" iaitu Allah, yakni dengan melalui proses kematian." Justeru tidak hairanlah Rasulullah bersabda "Hadiah orang mukmin itu ialah mati".

Ana ingin menceritakan kisah para sahabat yang cinta untuk menemui Allah. ketika Saidina Ali r.a ditikam, beliau berkata "Aku beruntung demi Tuhan Kaabah." Jika kita ditempat Ali, adakah kita akan mengeluarkan kata-kata seperti itu? Sewaktu Bilal menghadapi kematian, isterinya berkata "Alangkah sedihnya...", sebaliknya Bilal berkata "Tidak melainkan aku gembira kerana aku akan menemui orang2 yang aku cintai Muhammad S.A.W dan sahabat." Khalid al Walid ketika menulis surat kepada panglima perang Rom dan Parsi akan mengakiri suratnya (sesudah mengajak kepada pendamaian dan Islam) dengan ucapan "Dan kalau tidak, aku akan memanah bersama tentera yang sangat cinta kepada mati sebagaimana kamu cinta kepada dunia."

Sangat mulia perwatakan Rasulullah dan Sahabat.. Adakah kita telah sampai ditahap cinta akan mati? Padahal kita sangat takutkan akan mati. Dan ingatlah sabda Rasulullah "Orang yang cerdik itu ialah orang yang mengingati mati". kenapa? kerana orang yang mengingati mati akan memenuhi sisa hidup mereka dengan amal soleh kepada Allah.

Disini ana ingin kongsi sedikit tips untuk mencapai Husnul Khatimah(kesudahan yang baik):
1.banyakkan sedekah jariah.
2.rajin menghadiri majlis ilmu.
3.berusaha mendidik diri dan anak2 menjadi soleh.
4.meluangkan 20jam sehari untuk beribadat kepada Allah.
5.menjaga anggota daripada melakukan maksiat.
6.tidak menggunakan ilmu untuk menderhakai Allah.
7.pastikan punca pendapatan halal.
8.amalkan doa:
Allahummakhtim lana bi husnil khotimah, wala takhtim 'alaina bis su'il khotimah.

Konklusinya, kita tetap akan mati cuma kita tidak tahu samada bila, dimana dan bagaimana kita akan mati. Dan beruntunglah orang yang mati syahid, kerana mereka tidak mati disisi Allah bahkan bergembira menikmati nikmat yang telah dijanjikan kepada mereka atas apa yang telah dikorbankan; harta dan nyawa mereka- demi menegakkan Islam dimuka bumi ini.. Semoga apa yang ana sampaikan dapat memberi kesedaran kepada diri ana sendiri dan sahabat semua. dan semoga cita-cita kita menjadi Syuhada' tercapai..
AMIN........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...