Sunday, July 3, 2011

Kisah Barshisha (Barsiso)

Barsiso merupakan seorang hamba Allah yang saleh. Dia mempunyai 60 000 anak murid dan semua anak muridnya itu menjadi ulama dan aulia Allah, sehingga mereka dapat terbang ke udara dengan berkat ajaran gurunya. Syeikh Barsiso ibadatnya kepada Allah sampai mengagumkan malaikat2 Tuhan sehingga bertanya Allah kepada malaikat: “Mengapa kamu kagum dengan Barsiso? Padahal Aku lebih tahu.” Allah menambahkan: “Dalam ilmuKu Barsiso itu akan kafir dan masuk neraka Jahannam selama-lamanya.” Kata Tuhanitu didengari Iblis laknatullah dan Iblis yakin bahawa Barsiso pasti akan binasa dalam perangkapnya. Iblis dating ke tempat ibadat Barsiso menyeludup sebagai hamba Allah yang saleh dan taat. Ia meminta bertemu dengan Barsiso. Kemudian Barsiso memperkenalkan diri dan bertanya pada tamunya: “Engkau ini siapa dan apa maksud mu?” iblis menjawab: “Aku ini hamba Allah yang beribadat kepadaNya dan aku ingin pula membantu tuan dalam hal2 ibadat.” Kemudian Barsiso berkata kepadanya; “Barangsiapa bermaksud beribadat kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan mencukupinya sebagai teman baik.” Keuletan Iblis laknatullah melakukan ibadat yang berterusan selama tiga hari tiga malam tanpa tidur , tanpa makan dan minum. Barsiso berkata kepadanya: “Aku ini pernah tidur dan aku ini makan dan minum, sedangkan engkau tidak makan sama sekali, padahal aku beribadat kepada Allah 220 tahun di mana aku tidak sanggup meninggalkan makan minum. Oleh itu, apakah dayaku sehingga aku ini boleh menjadi seperti engkau?” Iblis menjawab: “Pergilah engkau dari tempat ini dan kerjakan larangan Allah, kemudian setelah itu taubatlah kepada Allah kerana Dia Maha Pengasih, maka engkau akan mendapat kemanisan bertaubat kepada Nya.” Barsiso bertanya: “Bagaimana aku akan menderhakai Allah setelah aku menyembah Tuhan sekian lama?” Iblis menjawab: “Manusia apabila berdosa memerlukan keampunan atas segala dosa-dosanya.” Barsiso bertanya: “Apakah dosa yang baik saya kerjakan?” Iblis menjawab: “Zina.” Barsiso berkata: “Kalu begitu pasti aku tidak melakukannya.” Iblis menjawab: “Engkau bunuh seorang hamba Allah yang mukmin.” Barsiso berkata: “Aku tidak akan lakukannya.” Iblis berkata lagi: “Kalau begitu minum sajalah air yang memabukkan, ini adalah yang lebih gampang dan ini adalah tidak ada hubungan dengan orang lain.” Barsiso bertanya: “Dimanakah aku akan mendapatkan minuman ini?” Iblis berkata: “Engkau pergi ke kampung anu dan kedai anu.” Dengan serta-merta Barsiso pun pergi ke tempat yang ditunjukkan Iblis itu. Setelah ke tempat itu, Barsiso pun menemui seorang wanita cantik lagi cakap yang pekerjaannya menjual minuman keras. barsiso membeli dari perempuan itu sebotol khamar, kemudia meminum nya dan akhirnya ia pun mabuk. Dengan mabuknya itu ia lantas menzinai perempuan itu. Kemudian dengan tiba-tiba dating suami perempuan itu dan lantas dibunuh pula oleh Barsiso. Setelah kejadian itu Iblis kembali menyamar sebagai manusia biasa. Lantas Iblis membawa Barsiso kepada penguasa dizaman itu. Penguasa menjatuhkan hukuman bahawa Barsiso harus dipukul 80kali kerana meminum khamar; maka ditambah 100kali kerana berzina. Hukuman terakhir menurut penguasa, bahwa Barsiso mesti disalib kerana dosa membunuh. Tatkala Barsiso dinaikkan ke tiang gantungan salib, Iblis dating ketempat Barsiso menyamar seorang lelaki yang baik. Iblis bertanya: “Bagaimanakah pendapatmu tentang keadaan mu sekarang?” Barsiso menjawab: “Malang bagi orang yang percaya kepada teman yang jahat, tentulah orangnya akan binasa.” Iblis menjawab: “Aku telah beribadat bersama mu sekian tahun lamanya, aku lah yang menyebabkan engkau disalib. Jika engkau menghendaki turun dari tiang salib, maka aku akan menurunkan engkau.” Barsiso menjawab: “Itulah yang aku maksudkan. Turunkanlah aku. Aku akan berikan apa yang kau pinta dari ku.” Berkatalah Iblis: “Nah sujudlah kepadaku.” Barsiso menjawab: “Bagaimana aku bersujud padahal aku terikat ditiang ini?” Iblis menjawab: “Sujudlah dengan menganggukkan kepalamu.” Maka Barsiso pun mengisyaratkan kepalanya dengan maksud sujud kepada Iblis. Dengan sujud Barsiso, maka kafirlah ia kepada Allah dan pada agamanya. Akhirnya Iblis berkata “Aku melepas diri dari engkau(Barsiso), aku takut kepada Allah, Tuhan yang Maha Besar serta sekalian alam.” (Al-Hasyr: 16)

Dipetik dari Kitab Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasauf, karangan Prof. Dr. K.H. Muhibbudin Waly.

Respon Buku "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh"


[1]. Alhamdulillah, dah beberapa bulan menghabiskan buku ni, Kuasa Kepimpinan Al-Fateh karangan Ustaz Shari Abdul Rahman yang juga merupakan mahasiswa UIAM.

[2]. Sangat kagum dengan pendedahan yang dilakukan oleh pengarang mengenai sejarah pembukaan Konstantinople dan sejarah hidup Sultan Mehmed Al-Fateh. Isi yang cukup bermanfaat utk sama2 kita aplikasikan dalam diri kita selaku mahasiswa dan pemimpin. Disini diperlihatkan kepada pembaca kuasa yang ada dalam diri Sultan Al-Fateh iaitu:

  1. Kuasa Pemuda
  2. Kuasa Pemikiran Strategik
  3. Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif
  4. Kuasa Kerja Berpasukan
  5. Kuasa Contoh
  6. Kuasa Pidato Berpengaruh
  7. Kuasa Iman dan Tawakkal
  8. Kuasa Jihad dan Pengorbanan
  9. Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
  10. Kuasa Bahasa
  11. Kuasa Sentuhan Ulama
  12. Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif
[3]. Tidak perlu bagi saya menerangkan satu persatu isi dalam buku ini. Cuma apa yang sangat menarik minat saya kepada Sultan Al-Fateh ialah PEMUDA. Baru berusia 21 tahun, telah menakluk 19 buah negara (kalau salah tolong betulkan). Beliaulah yang merupakan orang yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis nya:
"Kota Konstantinople akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera"
[4]. Sekadar pesanan kepada bergelar PEMUDA, tunjukkan kuasa anda selaku Leader Of Changes. Pemuda perlu sedar bahawa mereka lah yang pakar dalam sesuatu bidang, gunakan kepakaran anda ditempat yang betul.. Wallahualam.

Sunday, May 22, 2011

Jom Jadi SEMUT...

[1]. Terlintas difikiran semalam ketika mendengar kuliah maghrib di Surau Kampung Ibai Kijal cerita ini sesuai untuk dijadikan entri kali ni. Saya memandang dipenjuru tiang tempat Imam mengajar. Telihat gelagat "Si Kecil" ini, yang sangat mencuit hati dan kagum atas apa yang di lakukannya.



[2]. Siapakah "Si Kecil" ini? Dialah SEMUT... Sejenis serangga yang sangat unik dan menjadi tajuk Surah dalam Al-Quran iaitu an-Naml.

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Lembah Semut, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.

Maka tersenyum Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau reda; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih.” (Ayat 18-19).


[3]. Kenapa SEMUT? Banyak lagi haiwan lain yang lagi lawa, besar dan gagah dari semut. Pertama, berdasarkan ayat diatas, Semut merupakan sejenis haiwan yang hidup secara kolektif, berjemaah, memimpin dan dipimpin. Sebagaimana ayat diatas, Ratu Semut merupakan ketua atau Presiden kepada rakyat semut. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh Ratu Semut sangat dipatuhi oleh rakyatnya. Inilah yang menjadi asas pentadbiran dalam organisasi atau persatuan. Arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan melalui mesyuarat atau syura, setiap pengikut wajib mematuhinya tanpa sebarang bantahan. Tatkala Ratu Semut memberi arahan, setiap semut akan menjalankan amanah dengan efektif. Hal berkaitan dengan TAAT KEPADA PIMPINAN, telah ditekankan dalam buku Harakah Islamiyyah Suatu Tuntutan dari Dr. Yusuf Qardawi.

[4]. Semut pandai berorganisasi dan menerapkan ciri-ciri Islam. Semut sentiasa menyebarkan Salam, Assalamualaikum, kepada sahabat2nya. Boleh dilihat dengan gelagat semut yang berjalan sambil menyentuh antena kawannya jika bertemu. Sunnatullah, mereka sedang menyebarkan salam. Hal ini telah disyarahkan oleh 2 orang guru saya, Ustaz Suhaimi dan Ustazah Che Ngah. Subhanallah, sekecil-kecil makhluk pandai menyebarkan salam. Bagaimana kalau kita sebarkan salam dipasar? Apakah masyarakat sekarang akan ucapkan? "Kesian, muda-muda dah jadi gila." Ungkapan sebegini lahir dari mulut orang yang tidak menyedari makna sebenar Islam. Sebab itu, perlunya kita sebagai dai'e memahamkan masyarakat terutamanya penduduk kampung yang masih keliru dan leka dalam kehidupan seharian. Cuba kita contohi Saidina Umar yang sanggup ke pasar untuk sebarkan salam. Indah bukan.



[5]. Sikap kerjasama dan rajin, memang ada dalam diri seekor semut. Mereka menggunakan kekuatannya yang kecil untuk mencari makanan dan mengangkut makanan tersebut. Satu lagi, mereka mempunyai CUTTING TOOL untuk memotong makanan seperti daun2. Sangat kreatif. Rujuk buku The Miracle in The Ant oleh Harun Yahya.

[6]. Justeru, marilah kita contohi SEMUT dengan mengaplikasikan dalam kehidupan kita seharian as a DAI'E as a MODEL.. Wallahualam.

Sunday, May 15, 2011

You and Me, We Got A Lot Of Work To Do......

[1]. You and Me.. Persoalan untuk aku dan para pendakwah2. Melihat keadaan masyarakat sekarang yang semakin tersasar dari landasan Islam. Perlu ada seseorang yang cuba mengubah persepsi masyarakat. Perlu ada seseorang yang membawa kerja Islam untuk menyedarkan masyarakat betapa indah dan sempurnanya Islam.



[2]. Kehadiran kita perlu menjadi cahaya kepada mereka. Melalui berbagai cara kita boleh membawa mereka ke arah Islam. Dan inilah yang aku katakan "WORK". Kerja untuk menyebarkan Fikrah dan Ilmu Islam, menyelamatkan saudara kita dari azabNya dan menyelamatkan kita dari soalan-soalanNya.

[3]. Disini bermula lah peranan seorang Dai'e. Dengan berfikiran secara rasional, aku gariskan apa yang patut DAI'E lakukan di kampung:

  1. Menzahirkan diri dan menghidupkan SURAU. Seorang dai'e perlu dilihat sebagai ikon untuk masyarakat. Memakmurkan Surau sangat penting untuk mengajak masyarakat berjemaah dalam solat dan juga merapatkan tali persaudaraan. Topik-topik atau isu-isu semasa dapat dikongsi disamping ilmu yang kita perolehi untuk membuka mata mereka berkenaan dengan keindahan Islam.
  2. Mewujudkan diri dalam ENTITI atau ORGANISASI yang mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar. Sangat penting kerana dakwah secara bersendirian sangat payah dan kurang efektif berbanding secara kolektif. Berorganisasi sangat membantu kita untuk mencambahkan idea sesama ahli seterusnya memberitahu masyarakat.
  3. Menjadikan diri kita sebagai seorang yang banyak manfaat pada masyarakat baik di kampung, sekolah dan bandar. Justeru, perlu diingat kepada dai'e, kehadiran kita bukan terhad di kampung semata-mata, dakwah kita untuk semua individu, semua lapisan masyarakat baik orang kampung, pekerja dan pelajar. Keperluan kita bergaul dengan mereka menampakkan keprihatinan kita dalam segenap isu yang memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan.
[4]. Namun, kerja ini tidak mudah untuk kita lakukan. Perlunya kita pada persiapan pelbagai sudut penting.
  • Persiapan Rohani: memperbanyakkan amalan sunat disamping wajib. Solat sunat rawatib, baca dan tadabbur Al-Quran, zikir, puasa sunat Isnin dan Khamis.
  • Persiapan Mental: memahami asas fardhu ain bagi membolehkan kita memahamkan masyarakat, menambah ilmu-ilmu haraki, motivasi, psikologi dan sirah.
  • Persiapan Fizikal: sentiasa menyihatkan badan.
[5]. Thus, for DAI'E, prepared ourselves. Show them WE are the BEST ICON OF MUSLIM.


Hari Guru..

[1]. Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru juga tidak lupa kepada Mak dan Ayah serta guru2 Sek Men Agama Al-Falah Kemaman.

[2]. Warkah ini akan saya huraikan untuk memberi penghargaan kepada semua yang telah mendidik saya menjadi sebegini. Tahniah juga kepada mereka kerana mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T yang tak akan putus.

[3]. Definisi guru perlu dijelaskan agar guru dan murid dapat mengerti tugas yang dibawanya. Disini, saya akan mengklasifikasikan guru kepada 2 golongan.
  1. Guru Spiritual: Beliau ditaklifkan untuk membentuk hati dan membersih hati pelajar supaya tidak terhijab antara pelajar dan Allah. Beliau merupakan guru yang membimbing kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai jenis ilmu agama seperti Ilmu Aqidah, Tasauf, Fiqh dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam. Guru sebegini perlu kita cari kerana ianya penting bagi kita sebagai orang awam yang penuh dengan cabaran duniawi. Hati kita akan menjadi HITAM jika setiap kali melakukan maksiat. Jika sudah banyak titik hitam dihati akan menyebabkan Nur dari Allah tidak dapat masuk kedalam hati hingga menyebabkan kita tidak khusyuk dalam setiap ibadah.
  2. Guru Intelektual: Beliau ditaklifkan untuk menjana IQ pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada komuniti. Pembelajaran seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sangat perlu kepada kita untuk menjadi seorang yang hanya bukan Mukmin bahkan Professional. Beliau sangat bertanggungjawab memberi ilmu duniawi ini kerana ianya juga memberi faeda kepada Islam secara amnya.
[4]. Justeru, seorang guru mestilah memenuhi dadanya dengan ILMU AGAMA dan ILMU PROFESSIONAL, agar pelajar menjadi seorang yang berguna kepada Islam. Sebagai contoh, hubungkaitkan fakta Sains dengan Kekuasaan Allah. Barulah pelajar menjadi Ulul Albab.

[5]. Juga untuk IBUBAPA, jangan hanya jadikan SEKOLAH sebagai TEMPAT MENDIDIK ANAK-ANAK. Sekolah yang pertama bagi anak-anak ialah RUMAH. Kerana rumah merupakan tempat pelaksanaan TARBIYYAH AULAD (Didikan Anak). Ibubapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai contoh, seorang ayah perlulah mengaji Al-Quran dirumah setiap hari agar si anak berasa Al-Quran itu penting kerana ayah merupakan MODEL yang terbaik buat anak.

[6]. Pesanan buat bakal ibu dan ayah, sama-sama jadikan RUMAH sebagai SEKOLAH. Bagaimana? Didiklah dirikita dengan pelbagai Ilmu Agama dan Professional. Wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...