[2]. Kehadiran kita perlu menjadi cahaya kepada mereka. Melalui berbagai cara kita boleh membawa mereka ke arah Islam. Dan inilah yang aku katakan "WORK". Kerja untuk menyebarkan Fikrah dan Ilmu Islam, menyelamatkan saudara kita dari azabNya dan menyelamatkan kita dari soalan-soalanNya.
[3]. Disini bermula lah peranan seorang Dai'e. Dengan berfikiran secara rasional, aku gariskan apa yang patut DAI'E lakukan di kampung:
- Menzahirkan diri dan menghidupkan SURAU. Seorang dai'e perlu dilihat sebagai ikon untuk masyarakat. Memakmurkan Surau sangat penting untuk mengajak masyarakat berjemaah dalam solat dan juga merapatkan tali persaudaraan. Topik-topik atau isu-isu semasa dapat dikongsi disamping ilmu yang kita perolehi untuk membuka mata mereka berkenaan dengan keindahan Islam.
- Mewujudkan diri dalam ENTITI atau ORGANISASI yang mengerjakan amar ma'ruf nahi mungkar. Sangat penting kerana dakwah secara bersendirian sangat payah dan kurang efektif berbanding secara kolektif. Berorganisasi sangat membantu kita untuk mencambahkan idea sesama ahli seterusnya memberitahu masyarakat.
- Menjadikan diri kita sebagai seorang yang banyak manfaat pada masyarakat baik di kampung, sekolah dan bandar. Justeru, perlu diingat kepada dai'e, kehadiran kita bukan terhad di kampung semata-mata, dakwah kita untuk semua individu, semua lapisan masyarakat baik orang kampung, pekerja dan pelajar. Keperluan kita bergaul dengan mereka menampakkan keprihatinan kita dalam segenap isu yang memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan.
- Persiapan Rohani: memperbanyakkan amalan sunat disamping wajib. Solat sunat rawatib, baca dan tadabbur Al-Quran, zikir, puasa sunat Isnin dan Khamis.
- Persiapan Mental: memahami asas fardhu ain bagi membolehkan kita memahamkan masyarakat, menambah ilmu-ilmu haraki, motivasi, psikologi dan sirah.
- Persiapan Fizikal: sentiasa menyihatkan badan.
No comments:
Post a Comment