Sunday, May 15, 2011

Hari Guru..

[1]. Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar guru juga tidak lupa kepada Mak dan Ayah serta guru2 Sek Men Agama Al-Falah Kemaman.

[2]. Warkah ini akan saya huraikan untuk memberi penghargaan kepada semua yang telah mendidik saya menjadi sebegini. Tahniah juga kepada mereka kerana mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T yang tak akan putus.

[3]. Definisi guru perlu dijelaskan agar guru dan murid dapat mengerti tugas yang dibawanya. Disini, saya akan mengklasifikasikan guru kepada 2 golongan.
  1. Guru Spiritual: Beliau ditaklifkan untuk membentuk hati dan membersih hati pelajar supaya tidak terhijab antara pelajar dan Allah. Beliau merupakan guru yang membimbing kita untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan pelbagai jenis ilmu agama seperti Ilmu Aqidah, Tasauf, Fiqh dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam. Guru sebegini perlu kita cari kerana ianya penting bagi kita sebagai orang awam yang penuh dengan cabaran duniawi. Hati kita akan menjadi HITAM jika setiap kali melakukan maksiat. Jika sudah banyak titik hitam dihati akan menyebabkan Nur dari Allah tidak dapat masuk kedalam hati hingga menyebabkan kita tidak khusyuk dalam setiap ibadah.
  2. Guru Intelektual: Beliau ditaklifkan untuk menjana IQ pelajar untuk menjadi seorang yang berjaya dan berguna kepada komuniti. Pembelajaran seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sangat perlu kepada kita untuk menjadi seorang yang hanya bukan Mukmin bahkan Professional. Beliau sangat bertanggungjawab memberi ilmu duniawi ini kerana ianya juga memberi faeda kepada Islam secara amnya.
[4]. Justeru, seorang guru mestilah memenuhi dadanya dengan ILMU AGAMA dan ILMU PROFESSIONAL, agar pelajar menjadi seorang yang berguna kepada Islam. Sebagai contoh, hubungkaitkan fakta Sains dengan Kekuasaan Allah. Barulah pelajar menjadi Ulul Albab.

[5]. Juga untuk IBUBAPA, jangan hanya jadikan SEKOLAH sebagai TEMPAT MENDIDIK ANAK-ANAK. Sekolah yang pertama bagi anak-anak ialah RUMAH. Kerana rumah merupakan tempat pelaksanaan TARBIYYAH AULAD (Didikan Anak). Ibubapa perlu menjadi contoh kepada anak-anak. Sebagai contoh, seorang ayah perlulah mengaji Al-Quran dirumah setiap hari agar si anak berasa Al-Quran itu penting kerana ayah merupakan MODEL yang terbaik buat anak.

[6]. Pesanan buat bakal ibu dan ayah, sama-sama jadikan RUMAH sebagai SEKOLAH. Bagaimana? Didiklah dirikita dengan pelbagai Ilmu Agama dan Professional. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...