Sunday, May 22, 2011

Jom Jadi SEMUT...

[1]. Terlintas difikiran semalam ketika mendengar kuliah maghrib di Surau Kampung Ibai Kijal cerita ini sesuai untuk dijadikan entri kali ni. Saya memandang dipenjuru tiang tempat Imam mengajar. Telihat gelagat "Si Kecil" ini, yang sangat mencuit hati dan kagum atas apa yang di lakukannya.



[2]. Siapakah "Si Kecil" ini? Dialah SEMUT... Sejenis serangga yang sangat unik dan menjadi tajuk Surah dalam Al-Quran iaitu an-Naml.

“(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke Lembah Semut, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.

Maka tersenyum Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu-bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau reda; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih.” (Ayat 18-19).


[3]. Kenapa SEMUT? Banyak lagi haiwan lain yang lagi lawa, besar dan gagah dari semut. Pertama, berdasarkan ayat diatas, Semut merupakan sejenis haiwan yang hidup secara kolektif, berjemaah, memimpin dan dipimpin. Sebagaimana ayat diatas, Ratu Semut merupakan ketua atau Presiden kepada rakyat semut. Setiap arahan yang dikeluarkan oleh Ratu Semut sangat dipatuhi oleh rakyatnya. Inilah yang menjadi asas pentadbiran dalam organisasi atau persatuan. Arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan melalui mesyuarat atau syura, setiap pengikut wajib mematuhinya tanpa sebarang bantahan. Tatkala Ratu Semut memberi arahan, setiap semut akan menjalankan amanah dengan efektif. Hal berkaitan dengan TAAT KEPADA PIMPINAN, telah ditekankan dalam buku Harakah Islamiyyah Suatu Tuntutan dari Dr. Yusuf Qardawi.

[4]. Semut pandai berorganisasi dan menerapkan ciri-ciri Islam. Semut sentiasa menyebarkan Salam, Assalamualaikum, kepada sahabat2nya. Boleh dilihat dengan gelagat semut yang berjalan sambil menyentuh antena kawannya jika bertemu. Sunnatullah, mereka sedang menyebarkan salam. Hal ini telah disyarahkan oleh 2 orang guru saya, Ustaz Suhaimi dan Ustazah Che Ngah. Subhanallah, sekecil-kecil makhluk pandai menyebarkan salam. Bagaimana kalau kita sebarkan salam dipasar? Apakah masyarakat sekarang akan ucapkan? "Kesian, muda-muda dah jadi gila." Ungkapan sebegini lahir dari mulut orang yang tidak menyedari makna sebenar Islam. Sebab itu, perlunya kita sebagai dai'e memahamkan masyarakat terutamanya penduduk kampung yang masih keliru dan leka dalam kehidupan seharian. Cuba kita contohi Saidina Umar yang sanggup ke pasar untuk sebarkan salam. Indah bukan.



[5]. Sikap kerjasama dan rajin, memang ada dalam diri seekor semut. Mereka menggunakan kekuatannya yang kecil untuk mencari makanan dan mengangkut makanan tersebut. Satu lagi, mereka mempunyai CUTTING TOOL untuk memotong makanan seperti daun2. Sangat kreatif. Rujuk buku The Miracle in The Ant oleh Harun Yahya.

[6]. Justeru, marilah kita contohi SEMUT dengan mengaplikasikan dalam kehidupan kita seharian as a DAI'E as a MODEL.. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...