Sunday, May 9, 2010

Tahlil????

Assalamualaikum. Alhamdulillah lame rasenye tidak berkongsi ilmu dengan semua yang sudi membaca entri saya. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dan selawat salam keatas junjungan Rasulullah S.A.W. Kali ini saya akan berkongsi mengenai tahlil arwah. Pertama sekali kita lihat dari sudut hukum dan adat. Di malaysia boleh dilihat bagaimana adat melayu dapat mengatasi hukum Allah. Perkara bid’ah bermaharajalela di negara kita. Sedangkan Nabi melarang perkara baru diadakan dalam Islam.
Tidak semua adat saya katakan salah, ada adat yang boleh digunakan dalam Islam dan ada adat yang bertentangan dengan syariat Allah. Sebagai contoh, tahlil. Tahlil arwah adalah perkara makruh lagi bid’ah. Saudara semua boleh merujuk kitab Sabilal Muhtadin karangan Imam Syafie dalam juzuk Jana’iz(Jenazah). Ini yang saya mahu sampaikan kepada pembaca semua.
Tahlil sebenarnya boleh diadakan tetapi bukan tuan rumah yang membuat makanan, tetapi SUNAT orang kampung membawa makanan untuk dijamu oleh tuan rumah. Tetapi di negara kita, tuan rumah yang menyediakan makanan sambil bersuka-ria, sedangkan mayat didalam kubur tidak kita mengetahui keadaannya. Ini yang dikatakan makruh. Tetapi umat Islam dimalaysia tidak peduli dengan hukum. Mereka diajar oleh nenek moyang mereka untuk menjaga adat. Pernah dengar pepatah melayu “biar mati anak, jangan mati adat.”. haiwan sendiri sayang kepada anak, tetapi orang melayu sanggup mempertahankan adat.
Oleh itu, cuba buka minda kita dan ubah persepsi kita mengenai hukum dan adat. Saya Cuma menyampaikan apa yang saya pelajari. Jangan kerana adat, hukum Allah ditinggalkan. Jika saudara tidak percaya buka kitab yang disebut tadi. Samada Imam Syafie salah atau kita salah?? Renungkan. Wallahualam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...