Sunday, June 28, 2009

Jemaah Islam

Ciri-ciri Jemaah Islam

1. Dasar perjuangan tersebut ialah Islam

2. Perlembagaan, rujukan dan panduan hidup yang utama adlah Al Quran dan As-Sunnah (Rabbaniah)

3. Jemaah yang mempunyai sifat-sifat hizbullah

4. Terbina jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendirikerana tuntutan al-Quran dan sunnah

5. Jemaah yang memperjuankan Islam secara menyeluruh (Syumuliah) dan menjadikan Islam sebagai ad-deen

6. Melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar secara serentak

7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.

8. Jemaah yang menjadikan ulama' sebagai pemimpin atau rujukan utama.

9. Jemaah yang terawal dan tertua (jemaah yang petama) di dalam satu-satu daulah, dan mengamalkan Islam secara menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al-Quran sebagai perlembagaan.

10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya dan bersifat universal. (Alamiyah)

11. Asas perjuangan tersebut ke arah penyempurnaan umat Islam.

12. Matlamat utma jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam. (Khilafah Islamiyah)

13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala') hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.

Tuesday, June 23, 2009

pengumuman dan cadangan

assalamualaikum...
sy, muhamad haiqal bin safie ingin mengemukakan cdgn juga pengumuman, bhwa thn dpn anda semua bleh mkn nc myk sy.... huahahahaha.. gurau je..

sebenarnye ni bt sume ex-alfalah, sy ingin bantuan anda semua, sy bercadang utk mengadakan 1 program kt sekolah kite SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH KEMAMAN,TERENGGANU. program ini sebenarnya utk memberi pendedahan kpd pljar tntg ISLAM, membentuk motivasi dan sahsiah dr. dlm program ni akan diadakan xtvt spt talk oleh pelajar2 alfalah yg cemerlang, modul ukhuwah dan muhasabah dan xtvt yg membentuk jati dr..
target kite ialah form4, fasilitator adalah kite sendr, di anjurkan ats name kite sendr.. dan akan di manage kan oleh sy sndr.. tarikh kite akan bgtau.. cume hrp kpd pertolongan anda semua xkire ex-alfalah atau x.. cume harap pada pandangan dan pendapat anda semua..

tujuannya krn akhlak sesetgh pelajar makin teruk dan pencapaian akademik smakin merosot..
ini yg menyebabkan sy nk bt kem ni.. lupe nk bgtau name program ni "KEM KEMBARA HIDUP SEORANG MUSLIM"

paperwork, rundingan dgn pihak sek akan sy bt.. badget kite akan mtk sponsor..

Wallahu'alam....

apakah kunci syurga?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.

Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.

Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar.

Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"

"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"

"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"

"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"

"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.

Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

www.iluvislam.com
dihantar oleh: aaaeye
Editor: deynarashid

Sunday, June 21, 2009

wahai bakal zaujah ku.



cinta fitrah manusia.
manusia x dpt menolak cinta..
cinta kpd Allah dan Rasul adalah kekal.
cinta kpd manusia adalah sementara.
aku mencintai sahabatku krn Allah.
benci krn Allah.
semua krn Allah.
aku x memilih sahabat..
wahai nisa'..
x bermakna hidup seorg adam tanpa hawa.
hawa dcipta dr tulang rusuk adam.
begitu juga engkau wahai nisa'.
kita dicipta utk hidup bersama.
berjuang bersama.
tugas kita sebagai mujahid perlu disemaikan dlm hidup kita..
wahai nisa'.
aku tau masih terlalu awal utk ku mencr mu..
aku tau jodoh d tgn Allah.
cuma aku harapkan engkau yang terbaik bt ku.
aku x memilih kau krn harta yg byk..
aku x memilih kau krn keturunan mu y mulia.
aku cuma mahu kau mulia dgn Iman dan Islam.
kecantikan mu hanya membantu ku menjauhi pandangan ku kpd wanita lain.
harta mu mungkin membantu ku dlm perjuangan Islam..
keturunan mu y mulia membantu kite dlm rmh tge..
MEMANG!
memang terlalu awal utk aku menulis warkah ini..
tp itulah y tersurat dlm hati seorg rijal..
bila sampai masa kita bersama.
bimbing lah aku kembali pd Allah.
bantulah aku dlm menegakkan Islam.
jd lah penyokong d sisi ku.
hulurkan tgn mu tatkala aku memerlukan mu..
penuhilah janji mu dgn Allah, Rasul juga aku.
sirami tangisan mu d bahu ku tatkala mengenang y lalu.
basahi pipi mu dgn air mata tahajjud.
kenyangkan perut mu dgn zikir kpd-Nya.
aku hanya ingin kau menemani ku d syurga walau kita x bersama d dunia.......

pengembaraan sang mujahid


Assalamualaikum..
Kali ni nk cite pasal seorg hamba Allah ni..

cite nye pasal seorg pelajar sek agama kt trganu.. dr sek rndh hingga men dye d br pembelajaran pasal agama oleh mak ayah dye. kt sek rndh mak dye hantar pegi fardhu ain, sek men plak dpat msuk sek agama.. mungkin takdir yg menetapkan perjalanan hidup dye.. mse kecil dye d br pendedahan eksklusif pasal syurga oleh mak ayah dye.. dye teringin nk masuk syurga.. hingga mcm2 dye bt.. tp hidup dye penuh dgn dosa, kesalahan, maksiat.. dye cube bertahan dan mengahalang perkara ni berlaku tp iman nya x kuat.. hingga la satu hari dye terdgar cite pasal golongan syuhada. pd mse tu, hati nye terdetik.. "sedap nye kalu aku mati syahid.." hatinya berbisik. hanya Allah je yg tahu.. kemudian dye memasang cite2 nk mati syahid.. walaupun ilmu, pemahaman nya teng Islam, dye ade matlamat tertinggi.. bile habis spm, dye isi borg masuk u.. dye xnk plh uia sebab org kate uia akhlak teruk(wallahu'alam). dye pun berharap xdpt msuk uia. dye doa nk msuk utp.. last2 takdir Allah mengatasi kehendak dye.. dye msuk uia.. smpai kt uia dye xde kwn pun.. dye sorg je yg dpt uia dlm byk2 pljar sek lme dye.. so, dye agak terpinggir la..
kemudian, dye jupe kwn dye.. penuh dgn ilmu dan pemahaman tentang Islam.. mse tu kwn dye ajak dye ke arah kebaikan.. pd mse tu tmbul rase Islam tu ade dlm dr dye.. dye bersyukur la.. mse tu jgak dye g tgok movie pasal palestin, saidina hasan.. rase jihad dye lg tgi.. dan skrg ni dye tgah mendakwah, mengajak kwn2 dye ke arah kebaikan. jgak sekrg ni, dye x tkut utk mati.. dan dlm doanye ade ucapan "Ya Allah, matikan aku dlm keadaan syahid, darahku mengalir d muka bumi sebagai saksi, matikan aku spt Syeikh Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz Rantisi, Imam Hassan Al-Banna juga Sahabat Rasulullah, biarlah dr ku hancur demi Islam." itu lah doa nye dlm berjuang d muka bumi.. sekarang bru dye tau erti perjuangan Islam y sebenar..

p/s: "DYE" itu adalah hamba Allah y penuh dgn rasa bersalah kpd penciptanya Muhamad Haiqal bin Safie......

Thursday, June 18, 2009

Pengalaman.....

Assalamualaikum.....
pergh, langsung xde idea nk post ape.. tp semlm bru teringat ape yg bleh ana muatkan dlm blog ni... hehehehehehe..(mcm jahat je bunyi nye eqal?) hahaha.. xde jahat sgt.. sje nk kongsi pengalaman.. dlu mse mula2 msk uia, dpt sorg kwn ni... memg baek r.. hr2 mkn sme, tgok movie pun sme, maen CS pun sme(ade sape2 brani challenge? hahaha), sume kitorg bt same r.. trmsuk la stdy.. cume dye ade kelebihan yg ana xde.. dye sorg tabligh.. g masjid sokmo(loghat ganung).. ana pun ikut dye. then tibe 1 ketika di mane dye ajak ana msk tabligh.. 2 3 4 kali je ana g kalu xsilp r.. pastu trus xg.. tabligh kn, tau2 jela.. lgpun ana msih dlm jahil lg ketika 2... sume ana g bayan, takrir, kuar lpas mghrb g kt seksyen 11 nk ajak org g msjd n mcm2 r.. tp lame kelamaan rase mcm something wrong.. tabligh ni xmenyeluruh dlm mendakwah org.. hnye sekadar mengajak ke msjd dan beriman.. dye(tabligh) mcm xsurh org bt baek sesame kite, menegakkan Islam n perkare2 yg pntng dlm Islam spt ekonomi, sosial, politik n so on.. tp ape yg bgs nye dye mengamalkan sunnah Rasulullah.. yg ni memg ana tabik r.. cume sunnah y laen xbt spt berjuang menegakkan Islam.. 2 yg xde.. tp dr tabligh ni la ana dpt juga ilmu, amalkan sunnah.. 2je.. kdg2 tu dye akan bg bayan(tazkirah lps Isyak) kt sume supye beriman kpd Allah.. tiap2 kali bayan mesti tjuk tu... dye surh beriman kpd Allah sdgkn dye tlh beriman ke x? ini persoalan nye.. hye dgn kalimah LAILAHAILLALLAH dye surh org g msjd sedgkn kalimah tersebut sgt luas mknenye(bkn sekadar menyeru ke msjd).. mse tu memg ana xtau.. slps bce je bku2 yg berkaitan pasal agama ana cube bce.. n thats why ana fikir(bkn nk mengutuk), tabligh ni x syumul.. spt mane yg Rasulullah smpaikn.. Islam kn syumul... jd pk2 la mane yg baek mane yg kurg baek... Wallahu'alam..

Wednesday, June 17, 2009

Baitulmuqaddis


Sabda Rasulullah S.A.W.
"Akan sentiasa ada dikalangan umatku yang berterusan memperjuangkan kebenaran, mereka bersikap keras pada musuh dan tidak dapat dikalahkan oleh sesiapa yang menentang mereka" Lantas Sahabat bertanya,"Dimanakah wahai Rasulullah?" Baginda menjawab," Di Baitulmuqaddis dan sekitar Baitulmuqaddis."

Alhamdulillah dan InsyaAllah kamu akan mendapat kemenangan wahai pejuang Hamas, saudara mu disini akan terus berdoa dan terus berjuang demi Islam tercinta walaupun tempat ku di Malaysia. Tiada siapa yang akan mengugatkan kita jika fikrah perjuangan kita adalah Islam.
Usah gentar dengan dugaan musuh kerana musuh juga makhluk ALlah. Cuma kita akan mendapat kelebihan berbanding mereka... Amin..

Sunday, June 14, 2009

Tanda Diriku Sedang Dicintai


Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.

  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

copied from www.iluvislam.com
oleh : zulkamal
Editor : doraemong13

Thursday, June 11, 2009

Cinta ku utk???


Cinta merupakan fitrah manusia,
Perasaan kasih dan sayang kita,
Kasih dan sayang tidak terhingga,
Betapa kasih dan sayang nya kita terhadap seseorg,
Sanggup berkorban,
Harta, maruah juga agama,
Cinta melalaikan manusia,
Cinta merosakkan manusia,
Cinta memusnahkan manusia,
Memusnahkan manusia,
Aqidah, akal juga iman,
Ini cinta kita terhadap manusia,
Tapi cinta yang sempurna sangat lah dekat,
Sangat mudah,
Tapi lupa,
Lupa akan fitrah dan pencipta,
Cinta yang sempurna hanya la untuk???
ALLAH dan RASULULLAH,
Tak ternilai harganya,
Tak ternilai balasanNya,
Tapi,
Aku tak mengenal cinta kepada-Mu Ya Allah,
Berkali-kali aku ingin kasih dan sayang kepada-Mu,
Tapi godaan mereka terlalu kuat,
Sukar untuk ku melawan,
Tatkala diri melawan,
Godaannya membuak-buak,
Iman ku lemah Ya Allah,
Aku telah mencuba untuk cinta kepada-Mu,
Tapi segumpal darah ini masih menghalang untuk cinta pada-Mu,
Ia menyuruh cinta kepada manusia yang juga hamba-Mu,
Apakan daya diriku ini Ya Allah,
Tolonglah aku Ya Allah,
Biarkan cintaku kepada-Mu menyemat didalam hati,
Bukan sekadar lafaz yang tersimpan....
YA RABBUL 'ALAMIN...

Manisnya....


Manisnya Islam,
Jika hati cintakan Allah.
Manisnya Islam,
Jika hati cintakan Rasulullah,
Manisnya Islam,
Jika hati terpaut pada Al-Qur'an dan As-Sunnah,
Manisnya Islam,
Jika hati berada dalam jalan-Mu Ya Allah,
Manisnya Islam,
Jika matlamat kita syurga,
Manisnya Islam,
Jika amar ma'ruf nahi mungkar dilaksanakan,
Manisnya Islam,
Jika dakwah tersebar,
Manisnya Islam,
Jika hidup untuk syahid,
Manisnya Islam,
Jika dunia dipimpin oleh Khilafah,
Manisnya Islam,
Jika manusia menyedari tanggungjawab mereka kpd Allah,
Manisnya Islam,
Jika silaturrahim kita ibarat rantai,
Manisnya Islam,
Jika semua manusia menuju matlamat yang sebenarnya,
Manisnya Islam,
Jika Islam dapat dikembalikan,
Manisnya Islam,
Jika Empire Of Faith memerintah,
Manisnya Islam,
Jika syahid matlamat tertinggi,
Berjuang demi-Mu Ya Allah,
Ingin bersama Rasulullah, Sahabat dan Para Syuhada..

KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM YANG TELAH TERBENTUK 1400 TAHUN DAHULU..
DIMANA WARIS UMAR AL KHATTAB?
DIMANA ANAK2 SALAHUDIN AYUBI?
DIMANA PEMUDA2 SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH?
DIMANA ATFAL HIJARAH HAMAS?
DIMANA MURID2 SYEIKH AHMAD YASSIN?
??????

Tuesday, June 9, 2009

Karamah Mujahideen di Perang Gaza

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut.

Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. "
(Fussilat:52)



copied from www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : nailofarz*
Editor : naadherah

Wednesday, June 3, 2009

syuhada palestin

Aku amat mencemburuimu
Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH
mempertahan tanah suci

Kamu terpilih mempertahan masjid suci
Bau syurga dapat kalian rasa
Zahirnya mati
tapi sebenarnya rohmu hidup
Bertuah dilahirkan di bumi pilihan,
Bumi penuh pancaroba dan pertelingkahan hidup
dalam pelbagai keperitan dan kesusahan

Namun, janji tuhan, bumi bermandi darah
Dan kemusnahan ini
landasanmu untuk berjuang
syahid cita-cita tertinggi
umat beraqidah suci menghadap Tuhan
dengan iringan bidadari
tersenyum bernikmat leluhur dan memberkati.
Membersih noda dan dosa

Oh!
Betapa nikmat dan berbahagia,
jika kami juga berada di sana
Apakan daya kami nan jauh,
hanya mampu berdoa

Hanya mampu menghulur derma
Sekadar mampu
mempulaukan hasil barangan zionis
Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu
Islam dan Al Quran
akan tetap terpelihara
Itu janjiMu ya Allah

Untuk kita,
siapa yang menentukan Baik atau buruk,
yang Allah ilhamkan
Ketaqwaan dan kefasikan
Terserah pilihan
Jalan ke syurga atau ke neraka




copy from naadherah www.iluvislam.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...