Sunday, July 17, 2011

BERSIH 2.0: Pengajaran darinya.

[1]. Jumaat baru ni, 15hb July, dpt juga pergi ke Rusila mendengar ceramah pasca BERSIH yg disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi, Mat Sabu, Salahudin Ayub, Husam Musa dan Mahfudz Omar. Ucapan yang sangat menusuk kalbu dan menaikkan semangat seorang pejuang agama Allah. Merupakan salah satu motivasi jugak apabila beberapa orang pemimpin HAMAS dari Palestin berkunjung ke Rusila bagi menziarahi para2 saudara rapat mereka. Dianggarkan berpuluh ribu orang yang datang pada malam tu, sehingga penuh dataran Tok Guru hingga ke jalan raya. Dengan kutipan derma mencecah RM 43k, sangat bermakna kali ni. Inilah nilai pengorbanan masa dan wang ringgit utk menlaksanakan kerja2 Islam.



[2]. Bukan itu yang saya ingin berkongsi kan pada entri ni, tapi apa yang TERSIRAT di sebalik himpunan BERSIH 2.0 dan Ceramah Pasca BERSIH perlu dikeluarkan utk mendapat perhatian umum.

[3]. Beberapa moral atau pengajaran perlu diambil oleh semua pihak dalam perhimpunan BERSIH baru2 ni. Saya memetik beberapa point dari YB Mahfudz Omar pada malam tu.
  1. PENGLIBATAN ANAK MUDA: dijangkakan hampir 70% dari peserta BERSIH adalah dari kalangan anak muda. Siapakah golongan ini? Mereka lah yang mentransformasikan struktur pentadbiran negara. Merekalah yang menjadi tunggak utama kepada perubahan negara dari sudut politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan perundangan. Mereka juga merupakan intelektual yang mempelajari baik buruk sesuatu keadaan. Boleh dikatakan anak muda terdiri daripada Mahasiswa dan Graduan. Mahasiswa berjuang atas dasar ilmu yang dimilikinya. Jika baik untuk umum, maka mereka akan bersetuju, jika mudarat untuk umum, mereka akan membantah. Itulah mahasiswa, berjuang dengan Ilmu bukan atas dasar semangat. Ini juga menunjukkan bahwa ANAK MUDA sudah menemui siapa yang layak untuk memimpin negara. Penglibatan seramai 70% sangat membimbang beberapa pihak terutama kerajaan. Dan kerajaan harus mengambil inisiatif untuk mendapatkan kembali sokongan dari orang muda.
  2. KEBANGKITAN RAKYAT: sudah tiba masanya rakyat bersuara demi kebaikan umum dan negara. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, perlu mengambil berat soal suara rakyat kerana mereka yang berkuasa dalam menentukan siapa pemimpin mereka dan pemimpin merupakan wakil untuk memimpin rakyat. Baik pemimpin, baik lah rakyat. Internet menjadi sumber utama rakyat mengetahui isu sebenar dalam negara. Media massa dan elektronik semakin tidak dipercayai kerana melebihkan kerajaan, walhal media perlu adil untuk kerajaan dan pembangkang. Dengan internet lah, masyarkat sedar bahwa mereka telah diperkotak-katikkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Justeru, menyebabkan rakyat bangkit untuk menyatakan kebenaran dan melawan kezaliman yang mereka alami.
  3. KEMARAHAN RAKYAT: rakyat telah muak dengan propaganda kerajaan yang semakin menyebabkan hidup mereka terdesak. Kenaikan harga petrol dan barang, pemborosan para pemimpin, rasuah dan jenayah. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, merupakan satu slogan yang mengongkong rakyat untuk mengikut telunjuk pemimpin.
  4. KETAKUTAN KERAJAAN: BERSIH baru2 ni menunjukkan bahawa kerajaan semakin takut dengan kerajaan dengan sanggup menggunakan polis sebagai BODYGUARD PEMIMPIN, penangkapan mereka yang memakai baju BERSIH, road-block, penggunaan Ordinan Darurat dan banyak lagi. Beberapa video boleh dilihat untuk membuktikan bahawa kerajaan sangat takut. Diluar negara juga turut diadakan perhimpunan BERSIH, seperti LA, Melbourne, Tokyo dan banyak lagi.


  5. EKONOMI PENIAGA: secara tidak langsung, para peniaga sekitar ibu negara bakal memperoleh hasil yang sungguh lumayan. Kerana pada hari tersebut beribu2 orang membanjiri KL. Kenapa ramai yang tutup? Adakah takut pihak berkuasa mengambil tindakan kepada peniaga? Atau peniaga diupah? Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu. Peniaga dimomokkan dengan berita kerugian yang berjuta2. Salah siapa? Siapa yang menyuruh agar kedai ditutup?
  6. PAKATAN RAKYAT: PR mendapat sambutan yang tinggi buat masa sekarang, walaupun dibebankan dengan berbagai isu seperti kes DSAI, isu PAS menuru DAP, keagamaan, soal matlamat perjuangan, keluar parti dan penghinaan kepada pimpinan PR. PR masih mendapat sambutan dari golongan anak muda terutamanya, kerana, PR memperjuangkan suara rakyat. Didalam kemelut pergolakan politik dan ancaman isu2 sensitif, PR masih berjalan dan bergerak dengan gah membawa matlamatnya ke Putrajaya. Lumrah dalam satu organisasi atau jemaah bila berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman dari musuh. Tahniah buat PR.
  7. 1 MALAYSIA: BERSIH merupakan satu perhimpunan yang berjaya dan mencapai slogan yang dilaungkan kerajaan 1 Malaysia. Soal perkauman tidak menjadi masalah kerana orang melayu, cina dan india semua turun dalam menyatakan yang benar. Inilah baru 1 Malaysia.
[4]. Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan dengan penilaian saya ini. BERSIH tetap BERSIH, LAWAN tetap LAWAN, MENANG dan KALAH adab PERJUANGAN! ALLAHUAKBAR, WALLAHUALAM..


Tuesday, July 12, 2011

sedih tak ke BERSIH..




[1]. Perancangan manusia memang terhad dalam ilmu manusia. Rancangan hendak ke BERSIH 2.0 yg telah dirancang 3minggu sebelum tu, hancur berkecai. Bas yang bakal dinaiki dilaporkan kemalangan pada petang 8 Julai 2011. Walaupun begitu, doaku dari rumah mengiringi penegak kebenaran.

[2]. Coretan kali ni sekadar pandangan kepada BERSIH yang baru dilangsungkan baru2 ni. Ada pro dan contra nya. Jika kita melihat tv dan akhbar, berbagai kutukan dilemparkan kpd BERSIH. Selaku org yang berilmu adalah lebih baik mencari sumber yang banyak mengenai BERSIH ini. Abil sumber dari pihak kerajaan dan pembangkang, and then justify with rational.



[3]. Memang saya menyokong tindakan BERSIH yang menganjurkan perhimpunan tersebut. Tapi kenapa? Jawapan yang relevan dan ilmiah membantu kita berfikir secara terbuka.
  1. SPR merupakan orang tengah kepada kerajaan dan pembangkang. Dialah hakim dalam menentukan siapa yang memerintah negara. Hakim terbahagi kepada 3 golongan, 2 dalam neraka, 1 ke syurga. Jadi, pembangkang mahu SPR lebih adil dalam mengurus sistem pilihanraya di Malaysia. Secara ikhlasnya, umat Islam di Malaysia sangat menyayangi saudara2 mereka yang berada dalam kesesatan. Kami dengan sedaya upaya membantu anda untuk mencari kebenaran.
  2. Tindakan media tidak wajar sama sekali dalam memberi ruang kepada pembangkang untuk menyuarakan pandangan. Setiap kali disiarkan, hanya berita baik oleh kerajaan. In the other words, they owned everything.
  3. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tetapi kenapa apabila rakyat ingin bersuara disekat oleh pihak berkuasa? Demonstrasi merupakan sebahagian daripada demokrasi. Adakah bersalah rakyat menyalurkan maklumat melalui demonstrasi jalanan? Untuk golongan yang benci akan demokrasi, saya tak menyalahkan anda kerana kita mempunyai pendirian masing2, cumanya, PAS memasuki pilihanraya @ demokrasi adalah hanya satu wadah atau method kerana Malaysia merupakan negara demokrasi sebagaimana termaktub dalam perlembagaan. Jadi tidak perlu extrem dalam menetapkan DEMOKRASI ini HARAM dan KUFUR. Kita hanya menggunakan JALAN @ WADAH untuk mencapai matlamat. Bacaan yang ilmiah dari pelbagai sumber sangat perlu untuk kita memahami keadaan sebenar permasalahan kita.
  4. Soal FRU dan POLIS, mereka sebenarnya merupakan BODYGUARD kepada RAKYAT bukan kerajaan. Perisai FRU adalah untuk melindungi rakyat bukan untuk meyerang rakyat. Sepatutnya, mereka menyokong apa yang rakyat mahu lakukan, kerana yang BERKUASA adalah RAKYAT manakala PEMIMPIN hanya MENOLONG RAKYAT dalam mentadbir negara.
  5. Kebangkitan suara mahasiswa sangat bermakna pada kali ini. Mereka berhak bersuara. AUKU merupakan satu halangan buat mahasiswa utk berpolitik. Tapi ada mahasiswa yang berpolitik dibenarkan jika mereka menyokong kerajaan. Adakah wajar perkara demikian? Dengan penyertaan kaum Muslimat, menunjukkan bahawa mereka bukan hanya pandai menuntut ilmu bahkan memperjuangkan dan cakna dengan rakyat. Tidak salah bagi mereka. Justeru, mungkin kerajaan sedang berada dalam trauma dengan kebangkitan mahasiswa sebagaimana revolusi semenanjung Arab dan kebangkitan mahasiswa pada 1971-1975. Sunnatullah pasti berulang. Inilah yang dikatakan oleh ulama' dahulu. Sejarah bakal berulang jika kita mengetahui akan hukum alam.
  6. Penglibatan peserta BERSIH sangat membanggakan. Cuma segelintir peserta yang sepatutnya tidak diwajibkan hadir seperti pelajar sekolah. Pelajar dan mahasiswa merupakan 2 individu yang berlainan. Bila bergelar seorang mahasiswa, mereka dah dibenarkan untuk bersuara. Pemikiran dan struktur penglibatan mahasiswa dalam keadaan negara berlainan sama sekali dengan prinsip seorang pelajar sekolah. Terutama mereka yang bakal menjalani SPM. Risiko yang dihadapi sangat besar dan memungkinkan mereka dibuang sekolah. Bukan kita tidak mahu pelajar berjuang dalam sistem demokrasi, tapi haruslah menggunakan method yang sewajarnya.



[4]. Alhamdulillah dan Innalillah kepada Allahyarham Pak cik Baharudin yang meninggal masa perhimpunan tersebut. Ya Allah, engkau telah memilihnya sebagai seorang yang mati dalam keadaan yang mulia disisi Mu. Mati dalam keadaan menegakkan kebenaran kepada pemimpin. Semoga rohnya bersama para syuhada.



[5]. Aku sempat mengakses internet mencari maklumat yang berkaitan dengan BERSIH. Aku mencari dari pelbagai sumber. Juga sempat menganalisis keadaan mengikut ilmu yang ada. Coretan ini hanya sekadar pendapat orang awam. Semoga bermanfaat... InsyaALlah.. Wallahualam..




Wednesday, July 6, 2011

(NOVEL):Aku SIASAH & Dia TARBIYYAH Part 2

Bergegas Haq ke dewan kuliah, "Fuh, lega rasanya. Nasib baik tak start lagi kuiz." ujarnya. Ketika dia membelek buku-bukunya, dia tersedar bahawa buku notanya juga diarinya tertinggal atau mungkin terjatuh. Sejenak dia berfikir. Mungkinkah dia tertinggal di bilik? Atau ada orang yang meminjam nya?

"Aku tak tertinggal kot." hatinya menyedapkan lagi perasaan gelisahnya.

Dari awal hingga akhir kuiz Calculus, dia terkenangkan buku kesayangannya itu. Maklumlah segala ringkasan buku2 ilmiah dan pelajaran kitab diselitkan didalam buku itu. Tambah lagi, maklumat persatuan.

Agrhhh.. Parah kali ni..

Bukan sulit maklumat tersebut, tapi Haq ni jenis yang pelupa. Asyik lupa je tugasan yang diberikan oleh abang2 seniornya.

Haq berjalan menuju kearah masjid, dia singgah sebentar di mesin ATM Bank Islam yang terletak di Azman Hashim Complex. Sambil beratur menunggu giliran, matanya melilau mencari bukunya, manalah tau, entah2 bukunya masih lagi disitu.

Perasaan kecewa muncul lagi, kehadiran buku nya di bangunan itu tidak menampakkan identitinya.

Dia berjalan sehingga telefon nya berbunyi.

Lagu dari Can Atilla tajuk 1453, merupakan lagu favorite nya, dinyanikan oleh handphonenya.

0132******9

Nombor yang tidak dikenali tertera diskrin handphonenya.

"Siapa ni? Mungkin abg2 dari Maruf Club kot. Mesti ada usrah ni." bisiknya bersendirian lalu diangkatnya.

"Assalamualaikum. Siapa ni?" Haq mendahului sapaan nya.

Tidak kedengaran. Membisu. Tapi dari persekitaran yang didengarinya dalam telefon tu seperti berada di cafe.

"Sekali lagi aku cuba." hatinya menyuruh kembali.

"Assalamualaikum. Siapa disana? Haq disini." ujarnya.

Maklumlah, Haq ni gila-gila kepalanya. Dia hanya nakal dengan kawan2 nya sahaja. Tapi bila berada dikhalayak ramai, dia cuba untuk tidak menonjolkan sikap nakal nya. Kawan2nya sedia maklum dengannya. Ramai yang mengatakan Haq ni peramah, boleh dibawa berbincang, thiqah dalam kepimpinan dan selamba. Senyuman nya tidak pernah pudar bila berhadapan dengan orang ramai.

Masih tidak kedengaran suara.

Kali ketiga dia mahu menyapa, dah disconnected.

"Sape lah yang nak bergurau ni. Salah nombor kot." dia cuba bersangka baik.

Hanif dan Shah, teman setianya apabila makan, memanggilnya ditengah-tengah kekalutan orang membeli makanan untuk lunch.

Dia tersenyum. Seperti biasa cafe fakulti Education menjadi port lunch mereka. Mana tidaknya, makanan ala-ala ketimuran disediakan disitu, tambah pula, cafe yang paling murah harganya. Haq memang selera ketimuran maklumlah orang Terengganu yang asli.

Menunya simple. Nasi, kuah, ulam dan ayam goreng. Itulah makanan untuk lunch dan dinner Haq.

"Semua sekali, RM3." makcik cafe bersuara.

Dikeluarkan duit kertas RM10 lalu dibayarnya. Dia duduk semeja dengan Hanif dan Shah.

Memang perangai Haq, ketika makan, mata akan melilau, melihat gelagat mahasiswa sedang makan. Ada yang berseorangan, berkumpulan juga berpasangan. Itulah suasana UIA. Nama je Islamik. Tapi mujur ada badan dakwah disana boleh Haq terlibat sama dengan kerja dakwah.

Semasa melihat gelagat pelajar2 sedang makan, dia terpandang seorang wanita dihujung cafe makan bersama kawan2nya termasuklah yang wanita yang berleter kepadanya pagi tadi.

"Aku kenal sangat 2 orang tu." Haq memulakan perbualan.

"Mana?" Shah bertanya.

"Yang berada dihujung sana tu. Berjilbab hijau muda dan kuning susu." Haq membalas.

"Ooo.. Yang tu, kenapa kau suka ke? Hahahaha" Hanif mengusik.

"Agak la. Aku mana kenal. Aku kenal pagi tadi masa terlanggar nak masuk kelas. Yang pakai jibab hijau muda tu yang marah kat aku tadi. Kawan dia tu yang jadi mangsa perlanggaran tadi. Panas telinga aku kena marah. Hehehehe." Haq menambah.

"Macam mana kau boleh berlanggar dengan dia? Takde orang lain ke?" Hanif mengusik lagi.

"Mana lah aku nak tau ni akan terjadi. Kau ni pun." Haq membalas.

"Entah, kau ni Nep, lain kali kalau nak cakap, cakap lah macam seorang mahasiswa, ni macam orang kampung gayanya. Hahaha." penambah perisa dari Shah.

"Ye, aku tau. Saje je aku nak usik mamat ni." Hanif membalas.

"Tapi, aku rasa something la kat dia tu." hatinya berbisik.

Cepat2 dia beristighfar. Astaghfirullah.

Tiba2 wanita itu melihat kearahnya. Cepat2 Haq mengalih pandangannya. Buat selamba. Wanita itu memerhatikan Haq.

"Ya Allah, kenapa dia tengok kat aku ni?" hati berbicara.

Haq menghabiskan makanan dengan cepat lalu beredar. Takut lebih bertambah dosanya.


To be continued.

Author: HAIQAL SYAHID.

Tuesday, July 5, 2011

pesanan IBUKU..

[1]. Keluarga aku bukan lah dari keturunan yang banyak harta, tapi kami dikenali dikampung kami sebagai keturunan yang sentiasa peramah dan baik hati. Dari dulu lagi kami dah merasai nikmat hidup susah. Dan ada dari keluarga kami yang hidup senang dahulu, susah kemudian. Kami bersyukur dengan apa kurniaan Allah.

[2]. Ibuku seorang yang cintakan Ilmu agama. Selalu membawa kitab, dan membuat kuih untuk berniaga. Inilah yang dapat membesarkan aku dari sekecil tapak tangan hingga ke sebesar tong sampah.. hahahaha.. Apa2 pun terima kasih IBUBAPA ku..



[3]. Mereka selalu berpesan terutamanya ibuku. Inilah antara pesanannya:
  1. Jangan memilih kerja, cari kerja yang bersesuaian dengan sijil jika ada. Kalau tiada, carilah kerja apa2 pun asalkan HALAL.
  2. Jaga permakanan. Jangan perbanyakkan makan makanan di gerai2. Kerana takut dengan syubhah kecuali terpaksa.
  3. Jaga solat. Jangan lewatkan nya. Kalau boleh, mak lagi suka kamu ke masjid.
  4. Walaupun kamu bakal bergelar engineer, belajar lah ilmu agama, kalau boleh sekurang2nya jadilah Imam di kampung.
  5. Jaga keluarga kita, kerana kita bersikap baik kepada orang ramai tapi kita sering dikhianat oleh mereka. Jadi bersabarlah.
  6. Jangan sibuk nak kumpul duit byk2. Daftar dan belajar haji dulu, agar kelak tidak disoal Allah.
  7. Jangan gatal nak berkahwin. Belajar ilmu agama biar cukup dulu, tanggung mak ayah dulu baru tanggung anak orang. (nilah isu yang sentiasa dikeluarkan kat umah.. hehehe)
  8. Banyakkan mengaji Al-Quran dan Zikir, jangan asyik dengar lagu yang mengarut je.
  9. Terlibatlah dalam kerja dakwah kepada orang kampung.
  10. Latihlah diri untuk sentiasa berqiyamulail..
[4]. Nilah nasihat ibuku. Sentiasa ku ingat. Kerana, hidup akan jadi lebih berkat kalu kita sentiasa patuh dengan nasihat ibu. Allah juga lebih sayang. I LOVE U, MOM!!!!!!! Wallahualam..

merasai nikmat bakal bergelar BAPA!!!

[1]. Hari ni, masih lagi menjadi tenaga pengajar di sek ren Islam Darul Taqwa. Mengajar pelajar tahun 1, 2 dan 3. Kadang2 hari sabtu, ajar tahun 5 dan 6. Dan hari ni, merupakan pengalaman yang sungguh bermakna bagi aku yang bakal mendirikan rumah tangga.. (ecece.. lambat lagi, tp ni dah kira training la.. hahaha)

[2]. Hari ni, seorang murid kesayanganku jatuh dalam tandas tengah mengqada' hajat. Habis satu badan kena najis. Kesian tengok.. Aku pun pergilah cuci seluar dia yang still diselimuti dan berbau najis. Kadang2 timbul perasaan jijik dan kotor.. "Ya Allah, dulu aku pun begini. Mak aku selamba je cuci taik aku masa kecik." Pintasan dari Allah. Aku cube berfikiran positif. Ini mungkin satu latihan awal buat aku untuk masuk ke alam yang sangat diingini oleh orang ramai. Alam perkahwinan. hahahaha.. Sakit dan geli hati bila timbulkan isu ni.



[3]. Apa2 pun, tarbiyyah langsung dari ALlah sangat membantu aku. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Sebagaimana, Rasulullah mendapat tarbiyyah dari Allah sejak dari kecil lagi. Aku pun terharu dan berbangga dengan tarbiyyah sekecil ni. Andai kata, Allah tidak mentarbiyyah kita direct, kita akan jadi lebih jauh darinya.



[4]. Coretan kali ni, aku ingin kongsikan kepada semua. Untuk sama2 kita ambil iktibar atas apa yang menimpa kita. Always being positive. Remember Him in every circumstances. Wallahualam.. Syukran ya Rabb...

anak buah baru....

[1]. Syukur Alhamdulillah kpd my cousin Syed Mohd Syafiq n isterinya Naimah kerana beroleh cahaya mata yang pertama 2 hari lepas. Terdetik hati ingin berkongsi dgn semua mengenai pengalaman sebegini.

[2]. Beberapa soalan ditujukan kpd ku perihal beroleh anak buah yang baru. "Haiqal bile lagi?".. hahaha.. That is a point for me.. Setiap kali masuk kelas mengajar budak2, dari sek rendah ke sek menengah, soalan sebegini mesti diajukan. "Abg Haiqal bile lagi nk kahwin? Kami dah bau2 nasi minyak ni." "Umur ustaz berape? Dah kahwin ke?" Ya Allah, budak umur 7 tahun pun pandai menanyakan soalan sebegini apatah lg bdk U.


[3]. Kadang2 gembira kalau ada yang bertanya, dan kadang2 takut bila ditanya soal ni. Kali ni, berkaitan dengan kahwin. Kawan2 sume dah ramai yang kahwin. Satu perbincangan khusus dengan sahabat terdekat baru2 ni. Mula2 berbincang mengenai organisasi kemudian seleweng kpd soal kahwin. Apa rasional kahwin awal dan lambat? Itu yang kami bincangkan tatkala melihat ramai seangkatan dah menunaikan tuntutan agama yang digalakkan.

[4]. Isu kahwin telah menjadi satu TREND zaman sekarang, even di kampus dan sek. Kahwin bukan benda yang main2. Ia melibatkan soal tanggungjawab dan perasaan. Seorang lelaki bila dah diijab kabulkan, bermakna segala dosa isteri akan ditanggungnya. Berat rasenye. Dosa kita selaku lelaki dah banyak ni kan pula kena tanggung dosa isteri. Baru isteri, lepas ni, anak pula. Ustazah saya pernah menyarankan kepada SAYA, "Haiqal, sebelum kahwin, mengaji kitab MUHIMMAH dahulu. Biar tahu hak suami dan isteri."


[5]. Baru2 ni kuliah maghrib di surau, membincangkan soal peranan ibubapa kpd anak2. Kalau inginkan anak2 yang soleh dan solehah, si lelaki kena lah seorang yang dididik dengan agama. Bermaksud, untuk melahirkan anak2 yang soleh dan solehah, pentarbiyyahan perlu bermula SEBELUM mereka bergelar suami isteri. Itulah yang disarankan oleh Islam.

[6]. Bergelar seorang bapa, lagi berat tanggungan nya. Kalau bapa pakai seluar pendek dari bujang sampai dah dapat anak, anak akan ikut apa yang ayah dia buat. Sebab itu, Rasulullah menyarankan anak2 diajak sembahyang ketika berumur 7 tahun. Suruh je dahulu. Pendidikan kena bermula dari awal. Mengaji, menghormati orang tua, menutup aurat, ini penting dalam proses pentarbiyyah anak2.


[7]. Rumah merupakan tempat PERSEKOLAHAN yang pertama sebelum tadika. Ibu bapa perlu menjadi USTAZ dan USTAZAH dirumah, selain menjadi ENGINEER dan DOKTOR. Luangkan masa dengan baik. Kepada isteri yang berkerjaya, disarankan berhenti kerja, berkhidmat untuk suami dan anak2. MasyaAllah, bahagia keluarga. Barulah dinamakan:

Zaujati Habibati, Usrati Jannati

[8]. Inilah sekadar perkongsian yang dapat disampaikan oleh saya yang masih mendalami ilmu agama. Segala kesalahan, harap dimaklumkan. Wallahualam..

Sunday, July 3, 2011

Kisah Barshisha (Barsiso)

Barsiso merupakan seorang hamba Allah yang saleh. Dia mempunyai 60 000 anak murid dan semua anak muridnya itu menjadi ulama dan aulia Allah, sehingga mereka dapat terbang ke udara dengan berkat ajaran gurunya. Syeikh Barsiso ibadatnya kepada Allah sampai mengagumkan malaikat2 Tuhan sehingga bertanya Allah kepada malaikat: “Mengapa kamu kagum dengan Barsiso? Padahal Aku lebih tahu.” Allah menambahkan: “Dalam ilmuKu Barsiso itu akan kafir dan masuk neraka Jahannam selama-lamanya.” Kata Tuhanitu didengari Iblis laknatullah dan Iblis yakin bahawa Barsiso pasti akan binasa dalam perangkapnya. Iblis dating ke tempat ibadat Barsiso menyeludup sebagai hamba Allah yang saleh dan taat. Ia meminta bertemu dengan Barsiso. Kemudian Barsiso memperkenalkan diri dan bertanya pada tamunya: “Engkau ini siapa dan apa maksud mu?” iblis menjawab: “Aku ini hamba Allah yang beribadat kepadaNya dan aku ingin pula membantu tuan dalam hal2 ibadat.” Kemudian Barsiso berkata kepadanya; “Barangsiapa bermaksud beribadat kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan mencukupinya sebagai teman baik.” Keuletan Iblis laknatullah melakukan ibadat yang berterusan selama tiga hari tiga malam tanpa tidur , tanpa makan dan minum. Barsiso berkata kepadanya: “Aku ini pernah tidur dan aku ini makan dan minum, sedangkan engkau tidak makan sama sekali, padahal aku beribadat kepada Allah 220 tahun di mana aku tidak sanggup meninggalkan makan minum. Oleh itu, apakah dayaku sehingga aku ini boleh menjadi seperti engkau?” Iblis menjawab: “Pergilah engkau dari tempat ini dan kerjakan larangan Allah, kemudian setelah itu taubatlah kepada Allah kerana Dia Maha Pengasih, maka engkau akan mendapat kemanisan bertaubat kepada Nya.” Barsiso bertanya: “Bagaimana aku akan menderhakai Allah setelah aku menyembah Tuhan sekian lama?” Iblis menjawab: “Manusia apabila berdosa memerlukan keampunan atas segala dosa-dosanya.” Barsiso bertanya: “Apakah dosa yang baik saya kerjakan?” Iblis menjawab: “Zina.” Barsiso berkata: “Kalu begitu pasti aku tidak melakukannya.” Iblis menjawab: “Engkau bunuh seorang hamba Allah yang mukmin.” Barsiso berkata: “Aku tidak akan lakukannya.” Iblis berkata lagi: “Kalau begitu minum sajalah air yang memabukkan, ini adalah yang lebih gampang dan ini adalah tidak ada hubungan dengan orang lain.” Barsiso bertanya: “Dimanakah aku akan mendapatkan minuman ini?” Iblis berkata: “Engkau pergi ke kampung anu dan kedai anu.” Dengan serta-merta Barsiso pun pergi ke tempat yang ditunjukkan Iblis itu. Setelah ke tempat itu, Barsiso pun menemui seorang wanita cantik lagi cakap yang pekerjaannya menjual minuman keras. barsiso membeli dari perempuan itu sebotol khamar, kemudia meminum nya dan akhirnya ia pun mabuk. Dengan mabuknya itu ia lantas menzinai perempuan itu. Kemudian dengan tiba-tiba dating suami perempuan itu dan lantas dibunuh pula oleh Barsiso. Setelah kejadian itu Iblis kembali menyamar sebagai manusia biasa. Lantas Iblis membawa Barsiso kepada penguasa dizaman itu. Penguasa menjatuhkan hukuman bahawa Barsiso harus dipukul 80kali kerana meminum khamar; maka ditambah 100kali kerana berzina. Hukuman terakhir menurut penguasa, bahwa Barsiso mesti disalib kerana dosa membunuh. Tatkala Barsiso dinaikkan ke tiang gantungan salib, Iblis dating ketempat Barsiso menyamar seorang lelaki yang baik. Iblis bertanya: “Bagaimanakah pendapatmu tentang keadaan mu sekarang?” Barsiso menjawab: “Malang bagi orang yang percaya kepada teman yang jahat, tentulah orangnya akan binasa.” Iblis menjawab: “Aku telah beribadat bersama mu sekian tahun lamanya, aku lah yang menyebabkan engkau disalib. Jika engkau menghendaki turun dari tiang salib, maka aku akan menurunkan engkau.” Barsiso menjawab: “Itulah yang aku maksudkan. Turunkanlah aku. Aku akan berikan apa yang kau pinta dari ku.” Berkatalah Iblis: “Nah sujudlah kepadaku.” Barsiso menjawab: “Bagaimana aku bersujud padahal aku terikat ditiang ini?” Iblis menjawab: “Sujudlah dengan menganggukkan kepalamu.” Maka Barsiso pun mengisyaratkan kepalanya dengan maksud sujud kepada Iblis. Dengan sujud Barsiso, maka kafirlah ia kepada Allah dan pada agamanya. Akhirnya Iblis berkata “Aku melepas diri dari engkau(Barsiso), aku takut kepada Allah, Tuhan yang Maha Besar serta sekalian alam.” (Al-Hasyr: 16)

Dipetik dari Kitab Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasauf, karangan Prof. Dr. K.H. Muhibbudin Waly.

Respon Buku "Kuasa Kepimpinan Al-Fateh"


[1]. Alhamdulillah, dah beberapa bulan menghabiskan buku ni, Kuasa Kepimpinan Al-Fateh karangan Ustaz Shari Abdul Rahman yang juga merupakan mahasiswa UIAM.

[2]. Sangat kagum dengan pendedahan yang dilakukan oleh pengarang mengenai sejarah pembukaan Konstantinople dan sejarah hidup Sultan Mehmed Al-Fateh. Isi yang cukup bermanfaat utk sama2 kita aplikasikan dalam diri kita selaku mahasiswa dan pemimpin. Disini diperlihatkan kepada pembaca kuasa yang ada dalam diri Sultan Al-Fateh iaitu:

  1. Kuasa Pemuda
  2. Kuasa Pemikiran Strategik
  3. Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif
  4. Kuasa Kerja Berpasukan
  5. Kuasa Contoh
  6. Kuasa Pidato Berpengaruh
  7. Kuasa Iman dan Tawakkal
  8. Kuasa Jihad dan Pengorbanan
  9. Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
  10. Kuasa Bahasa
  11. Kuasa Sentuhan Ulama
  12. Kuasa Sistem Pendidikan Komprehensif
[3]. Tidak perlu bagi saya menerangkan satu persatu isi dalam buku ini. Cuma apa yang sangat menarik minat saya kepada Sultan Al-Fateh ialah PEMUDA. Baru berusia 21 tahun, telah menakluk 19 buah negara (kalau salah tolong betulkan). Beliaulah yang merupakan orang yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis nya:
"Kota Konstantinople akan dibuka oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera"
[4]. Sekadar pesanan kepada bergelar PEMUDA, tunjukkan kuasa anda selaku Leader Of Changes. Pemuda perlu sedar bahawa mereka lah yang pakar dalam sesuatu bidang, gunakan kepakaran anda ditempat yang betul.. Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...