Tuesday, February 15, 2011

Melestarikan Poltik Kampus : “How it is to be”.

1) Kampus merupakan satu medan untuk mahasiswa berpolitik. Medan untuk melahirkan kepimpinan mahasiswa dalam memimpin suatu organisasi yang besar. Penglibatan mahasiswa dalam politik kampus, memberi ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat kepimpinan seterusnya melahirkan tokoh-tokoh pimpinan yang hebat. Ketokohan mereka mendapat perhatian umum dengan menyebarkan dan menyuarakan idea-idea kontemporari. Seperti beberapa tokoh gerakan mahasiswa dahulu yang telah menjadi tokoh politik negara yang memperjuangkan hak rakyat seperti Anwar Ibrahim dan YB Saifuddin Abdullah.
2) Mahasiswa merupakan gambaran awal Negara dalam memimpin Negara suatu hari nanti. Mereka juga merupakan perintis kepada tranformasi struktur pentadbiran Negara seterusnya mencetus satu gerakan yang kukuh dalam segenap bidang seperti ekonomi dan perundangan. Tidak hairan jika sekarang kebangkitan mahasiswa semakin menjadi-jadi dalam memperjuangkan isu-isu penting dan kontroversi.
3) Kampus juga merupakan tempat percaturan politik dan memberi impak kepada mahasiswa dalam menilai dan menganalisis keadaan politik negara. Tempat latihan awal untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber dan berintegriti ialah kampus. Suasana atau iklim sebenar poltik kampus perlu dipilih oleh mahasiswa sendiri kerana mereka lebih memahami situasi kampus mereka. Sepatutnya, pihak pentadbiran universiti tidak perlu masuk campur dan memberi ruang dan peluang untuk mahasiswa memimpin pelajar. Iklim kampus akan menjadi lebih panas dan meriah dengan kepelbagaian dalam mengutarakan, menyumbang dan membahaskan idea.
4) Gerakan mahasiswa merupakan golongan yang sedar dan peka akan isu-isu yang timbul didalam negara dan berusaha memperjuangkannya demi kepentingan masyarakat dan mereka. Sebagai contoh, ada gerakan yang memperjuangkan isu kebajikan, integriti kerajaan, ekonomi dan sosial. Mereka juga berani membantah apa yang mereka rasa kurang sesuai bahkan tidak sesuai langsung untuk rakyat negara.
5) Pilihanraya peringkat mahasiswa bukan medan merebut kuasa seperti mendapatkan kerusi dewan undangan negeri atau parlimen. Pemilihan peringkat kampus bukannya medan membalas dendam atau menunjuk siapa yang lebih gagah dan lebih kuat. Tetapi kawasan universiti adalah tempat yang subur untuk menyemai hikmah dan adab sebagai mana yang tergambar melalui tema Taman Ilmu dan Budi yang diperkenalkan oleh Prof. Dr. Kamal Hassan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...