Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidir Rasul.

Assalamualaikum.
Salam Maulidur Rasul buat semua Ahli HADAF.
Selawat salam keatas junjungan besar Baginda S.A.W.
Jadikan tarikh peristiwa ini sebagai satu peringatan dan tazkirah utk kita mendalami Sirah dan Sunnah Rasulullah S.A.W bermula dari sebelum kelahiran Nabi sehingga wafatnya Baginda. Jangan kita menganggap Maulidur Rasul ni sebagai sebuah Ibadah didalam Islam. 

Tarikh 12 Rabiulawal, merupakan satu turning point(titik pusingan) bagi kita untuk sama2 mengkaji Sirah dan Sunnah Rasulullah. Bukan sekadar mengkaji, bahkan mengAMALkan dalam kehidupan kita seharian. "Sesungguhnya Muhammad itu merupakan suri teladan kepada manusia." Allah memberi pakej yang sempurna kepada Umat manusia akan seorang ikon, idola, model, engineer, panglima perang, perdana menteri, doktor, ahli sufi, iaitu Muhammad bin Abdullah (S.A.W). Inilah idola kita yang mengaku sebagai Umat Islam akhir zaman.

Semoga Maulidur Rasul dapat menambahkan Ilmu kita dalam memahami Sirah perjuangan yang dibawa oleh Nabi kita S.A.W. Justeru, saya berpesan supaya kita sentiasa mengamalkan Sunnah Baginda walaupun yang paling kecil. Wallahualam.

Muhamad Haiqal Bin Safie
Pengerusi HADAF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...