Thursday, December 10, 2009

Halaqah Al-Falah

Assalamualaikum.
Alhamdulillah bertemu kembali, syukur di panjangkan umur dapat lagi menikmati nikmat yang tidak terhitung. selawat salam keatas Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah sempurna juga halaqah Al-Falah minggu lepas 5hb Disember 09. Lebih dari 10 orang juga yang hadir. Syukur atas pertolongan Allah dan terima kasih kepada sahabat yang dapat hadir. Halaqah ini disertai sahabat2 batch 07 & 08.

Pada waktu yang sama juga kami mengadakan reunion untuk sahabat yang telah lama tidak bertemu.

Ana memulakan halaqah dengan sesi taaruf kemudian pengisian. Tajuk2 yang dibincangkan pada hari tersebut Islam sebagai Ad-Deen, Tasawwur Tarbiyyah dan Da'wah dan Uslub da'wah. Setelah diteliti, ramai dikalangan sahabat dan sahabiah belum memahami erti sebenar Islam, tarbiyyah dan Da'wah.

Pembentangan mengambil masa yang panjang yang disampaikan oleh ana sendiri. Selepas sesi pembentangan, kami berbincang pasal isu2 semasa berkaitan isu DOA TOK GURU. Isu ni ana bahaskan dengan begitu jelas. Juga soalan berkenaan ta'addud jemaah di malaysia.

Selepas habis sesi soal jawab, ana menayangkan beberapa video yang boleh menyentuh perasaan(bukan Nur Kasih, hehehe). Dan akhirnya, jamuan yang tidak seberapa.

Alhamdulillah, ana berasa puas memberi sedikit sebanyak ilmu yang ana pelajari dari buku, sahabat dan guru2. Memang sedih pada malam sebelum hari halaqah, apabila ramai sahabat tidak dapat datang kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.. Sahabat seperjuangan ana memberi kata2 semangat.
"Wahai orang2 yang beriman, tolonglah agama Allah dan Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu."
Ayat al-Quran yang ana ingat demi menegakkan kalimah Allah ana sanggup buat apa sekadar yang mampu.

Semoga balasan yang baik diberi kepada orang yang berusaha dalam memperjuangkan agama.
Wallahualam..


Friday, November 13, 2009

Politik Di Kampus.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah bertemu lagi kita pada masa dan saat ini. Ingin ana memanjatkan kesyukuran kepada Rabbul 'Alamin dan juga selawat salam keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Ingin berkongsi sedikit pandangan dengan sahabat semua mengenai isu yang paling hangat di kampus masing2. Sekarang kita boleh lihat betapa kuatnya kebangkitan mahasiswa di dalam dan luar kampus.

Pertamanya, siapa mahasiswa? Mereka merupakan individu atau aset penting untuk negara. Penggerak perjalanan negara, pencetus pemikiran dan pemimpin masa depan.

Sebelum mengulas lebih lanjut, ingin ana perkatakan disini bahawa kehidupan seorang mahasiswa sangat 'seronok'. Kenapa? Ana juga bergelar seorang mahasiswa di UIA. Susah payah dalam mengharungi perjalanan hidup ini telah dirasai. Dengan kelas dari pagi sampai petang, berbeza dengan waktu sekolah menengah dahulu. Disini ana dapat merasakan bagaimana berjauhan dengan keluarga tersayang di Terengganu. Semua disana, ana disini.

Tapi jarang sekali merasa sedih kerana disinilah tempat yang sepatutnya ana menonjolkan diri. Disini lah tempat berlatih menjadi pemimpin, berdakwah, pentarbiyyahan dan menuntut ilmu agama dan ilmu alat (sains dan math).

Berbalik topik kita kali ini, terdapat ramai mahasiswa yang berani mengatakan yang benar. Mereka mengadakan demo dan macam2 lagi. Membantah keputusan kerajaan. Kenapa? Kerana mereka sedar akan masa depan dan mereka mempunyai pemikiran yang menjangkaui pemikiran golongan tua dan pemimpin.

Boleh dikatakan setiap kampus di Malaysia, mahasiswa berjuang untuk mengembalikan Islam. Kita dapat lihat bagaimana sinar Islam semakin berkembang di negara ini. Dasar kerajaan yang menggunakan sistem sekular, membuka mata dan minda mahasiswa yang celik dengan ilmu agama (Islam) untuk menghalang sistem ini. Bermacam2 pertubuhan dan NGO bergiat aktif di kampus seperti GAMIS, PKPIM, ABIM, ISMA, JIM dan lain2 lagi. Ada yang cenderung kepada dakwah, siyasah, tarbiyyah, kebajikan dan amar ma'ruf nahi munkar.

Ana lebih tertarik dengan GAMIS, kerana memperjuangkan siyasah. Matlamat yang inginkan negara Islam. Dipimpin oleh pemimpin adil, dan bertaqwa. Mereka berani berhadapan dengan kerajaan. Malah berusaha untuk menegakkan syiar Islam itu sendiri. Ana sangat suka untuk berpolitik kerana tuntutan Islam dan jihad. Beberapa tokoh terkenal GAMIS dan PAS menjadi idola dan role model masa kini.

Persoalannya, bolehkah kita berpolitik di kampus? Sesetengah individu takut untuk berpolitik kerana bimbang akan pembelajaran terganggu, biasiswa ditarikbalik, digantung dari belajar dan ada yang bimbang akan dibuang dari belajar. Disini ingin ana tekankan supaya berfikir banyak kali bagi yang penakut.

Bagi pendapat ana sendiri, mahasiswa perlu melibatkan diri dalam politik. Universiti merupakan medan untuk berjuang mengembalikan agama Islam. Bahkan pemuda adalah tonggak perjuangan agama Islam. Jangan takut untuk berjuang. Teguhkan hati dan jelaskan matlamat kita. Begitu besar balasan bagi orang menegakkan Hukum Allah.


Walaupun dihalang oleh pihak2 tertentu, sudah pasti itu merupakan ujian untuk seorang da'ie(pendakwah), mujahid dan orang yang bertaqwa. Mereka akan teguh dan utuh dalam pendirian mereka. Walaupun di ancam oleh ugutan yang keras seperti ditarikbalik biasiswa, tidak mendapat kerja, ingatlah pesan Ibu ana buat semua "Rezeki itu ditangan Allah. Manusia tiada hak memberi rezeki. Walaupun rezeki kamu dihalang, akan datang rezeki yang lebih besar dari Allah. Ingat, Allah ada dekat dengan kamu." Itulah pesan ibu ana bila ana menyatakan hasrat untuk bergiat dalam politik. Bahkan dia teringin sekali melihat ana menjadi ulama' dan pejuang agama Allah satu hari nanti. (Ibu, insyaAllah anakmu akan menjadi salah satu dari dua impianmu, samada ulama atau mujahid. Amin.)

Selepas PRU 12, kita boleh lihat gelombang suara mahasiswa dari kampus. Setiap mahasiswa Islam kampus bangun dengan aktif, bersuara lantang menentang kerajaan. Sampai sekarang, gelombang ini kedengaran. Menentang dasar sekular. Aktif dalam demo malah mengutuk pemimpin kerajaan dan memuliakan ulama. Ulama dijadikan ikon dan dijemput dalam setiap aktiviti.

Jelas sekarang mahasiswa telah bangkit menyatakan yang benar. Ana sarankan jangan takut untuk melibatkan diri dalam politik tetapi gunakan 'aqal kita untuk mengatur strategi dalam penglibatan ini. Kepada yang membaca entri ini yang menjadi penyokong kerajaan, maaf dan berhati-hati. Mungkin entri ini tidak membuka minda pro-kerajaan, tetapi ingat pesan Nabi "Akan ada segolongan umatku (tidak kira zaman dan tempat) yang memperjuangkan kebenaran (Hak)". Dan ingat firman Allah, "Allah tidak akan membenarkan orang kafir menghilangkan cahaya Allah (Islam) di muka bumi ini."

Konklusinya, berjuanglah mahasiswa Islam kerana kamu merupakan PENCETUS KEBANGKITAN ISLAM DI KAMPUS.

Wallahualam..


Tuesday, November 3, 2009

Qiyamah 2012

Assalamualaikum.
Alhamdulillah kepada Tuhan Rabbul 'Alamin diatas kurniaanNya memberi peluang kepada ana memberi nasihat dan pandangan kepada semua. Selawat dan salam keatas Rasul kita, Muhammad S.A.W. Juga salam perkenalan kepada semua pembaca.

Perkongsian kali ini mengenai Kiamat. Bila kah kiamat? Andai kata kita tahu sudah pasti ramai orang akan beriman kepada rukun iman. Tetapi, kenapa Allah merahsiakan tarikh berlakunya kiamat ini? Ana ada terfikir tetapi entah betul atau tidak sangkaan ana ini. Jika manusia mengetahui, tidak akan ada kejahatan di muka bumi ini.

Rasulullah pernah ditanya oleh Jibril A.S "Bilakah datangnya kiamat?" Nabi menjawab "Tidakkah yang bertanya lebih mengetahui dari yang ditanya." Nabi sendiri tidak mengetahui bila kiamat apatah lagi kaum Mayan yang mengatakan kiamat pada 21 Disember 2012. Ana terfikir kenapa 21.12.2012? Tidakkah pelik hanya nombor 0,1 dan 2 sahaja yang ada. Seperti ada makna tersirat disebalik nombor itu. Lagipun, siapakah kaum Mayan ini? Kaum Mayan ialah penganut agama Pagan, yang menyembah tuhan matahari, Horrus? Mereka mengorbankan manusia dengan mengambil jantung dan memenggal kepala mangsa yang ditawan. Berbalik kepada Horrus, tuhan matahari. Didalam simbol illuminati, terdapat satu piramid yang tidak sempurna dibina dan kelihatan satu mata diatas piramid tersebut.. Mata tersebut bukanlah sebarang mata tapi itu merupakan simbol tuhan matahari, Horrus.. Anda boleh lihat dan kaji sendiri gambar ini.
Illuminati

dan adakah JPA pun dipengaruhi oleh Illuminati? Ana hanya bertanya.

Banyak lagi bukti yang menunjukkan pengaruh Illuminati sangat kuat di dunia ini.. Mungkin ada dikalangan anda yang tidak tahu apakah Illuminati itu. Illuminati merupakan sebuah badan pertubuhan rahsia yang diasaskan oleh golongan Yahudi dan mendapat ilham dari DAJJAL. Mungkin anda tidak percaya bahawa pengaruh Illuminati telah sampai ke dalam RUMAH KITA. Bukti nya? Buktinya ialah BUMBUNG rumah, terutama nya rumah kayu dan batu. Disitu terdapat satu bentuk atau mungkin lebih segitiga pada bumbung. SEGITIGA merupakan satu punca kuasa untuk membangkitkan satu kuasa jahat seperti segitiga bermuda juga membangkitkan DAJJAL. Segitiga adalah satu lambang kaum purbakala di mana mereka menggunakannya untuk menyembah kuasa jahat. Ia juga merupakan simbol kepada API. Anda fikrlah sendiri..

Apa kaitan Illuminati dengan 2012? Disini ana ingin senaraikan beberapa agenda Illuminati yang telah dirancang dan telah dilaksanakan.
  1. Runtuhnya WTC
  2. Virus H1N1
  3. MUsnahnya Pentagon
Semua ini telah dirancang dan telah pun dan bakal dilaksanakan.

Juga mereka(YAHUDI) bercadang untuk mebina kembali Haikal Sulaiman @ temple of solomon.
Pembinaan ini bertujuan menyambut penyelamat mereka iaitu DAJJAL.
Ada tak persamaan di antara 2 gambar ni?


Temple of Solomon



KLCC
Oleh itu sama2 lah kita fikirkan. Tetapi yang pasti kiamat pasti akan berlaku... Seperti kata Sayyidina Umar Al-Khattab "Hisablah diri kamu, sebelum kamu dihisab dihadapan Allah." Sama2 kita beramal dan berjuang kerana Allah. Yang pasti satu hari nanti ISLAM AKAN MENANG!!!! ALLAHUAKBAR!!








Sunday, October 18, 2009

DEMOKRASI PENCETUS PEPERANGAN!!!!

Assalamualaikum
Alhamdulillah dapat lagi merasai nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Juga selawat salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kali ni ana ingin berkongsi dengan sahabat semua bahawa kemungkinan besar peperangan akan berlaku di Malaysia. Ini adalah hasil penyelidikan yang ana buat. Semua ini berbalik kepada zaman Rasulullah.

Adakah benar demokrasi akan mencetuskan peperangan? Bila? Kenapa?

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita mengamalkan sistem demokrasi dimana suara rakyat menjadi penetu untuk memilih pemimpin.

Faktor pertama, pengaruh sistem kafir diamalkan di dalam negara. Kita boleh lihat sekarang bahawa semua aspek kehidupan kita bergantung dengan apa yang ditentukan oleh kerajaan dari pemakaian, pemakanan, pemerintahan, sosial dan ekonomi. Untuk memudahkan ayat, kita sekarang ini berada di zaman jahiliyyah pada zaman Rasulullah dahulu. Zina, jenayah, buang bayi berleluasa. Akan tetapi, dunia akan memperlihatkan kedatangan seoramg mujaddid yang ingin menegakkan hukum Allah, seterusnya akan memusnahkan sistem jahiliyyah. Siapakah mujaddid ini? Ana tidak tahu, mungkin ana, mungkin sahabat semua. Kebangkitan mujaddid ini bakal menggoncangkan dunia denga reformasi Islam. Dan ramai akan menyokong beliau juga ramai yang menentang beliau.

Faktor yang kedua, pemilihan pemimpin. Pemilihan pemimpin dinegara kita bergantung kepada suara rakyat. Majoriti akan mengatasi minoriti. Begitulah demokrasi dijalankan. Suara rakyat yang berbeza menimbulkan ketidaksefahaman dalam memilih pemimpin. Rakyat cenderung untuk memilih pemimpin yang berhukum dengan hukum sendiri (mengikut nafsu). Kebangkitan segolongan individu untuk membentuk negara Islam ditentang hebat malah sehingga terjadi perbalahan contoh di Bagan Pinang baru2 ini. Hanya untuk mengundi pemimpin Islam, pergaduhan dicetuskan oleh pihak lawan. Kita boleh lihat dimana dengan jelas rakyat masih menyokong dan memilih yang batil daripada yang hak. Oleh itu, kemenangan dalam menegakkan yang hak memang memerlukan pengorbanan yang besar. Penyokong hak dan penentang tidak akan sesekali sebulu. Akan berlaku perbezaan matlamat dan mendorong untuk merebut pemerintahan secara kasar dan menggunakan kekerasan.

Anda boleh mengkaji sendiri dan boleh mengemukakan kritikan atau pendapat dalam hujah ana ini. Ana akan menerima secara terbuka. Dan jika ada pendapt lain, ana akan post kemudian. Juga nantikan post 1Malaysia. Wallahualam.

Sunday, October 11, 2009

Jihad Qital Atau Jihad Nafsu? Mana Lebih Diutamakan?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi kita semua hidup dan menikmati semua nikmat kurniaan-Nya dan dapat lagi kita merasa keamanan dan kesejahteraan hidup dalam agama Allah ini. Selawat salam keatas Rasul-Nya Nabi Muhammad S.A.W kerana menjadi utusan Allah dalam menyampaikan wahyu Allah kepada sekalian alam.

Alhamdulillah dan Astaghfirullah. Semoga apa yang ana sampaikan ini dapat menjadi pengajaran dan suntikan semangat kepada kawan2 ana dan saudara seakidah yang sedang berusaha memperjuangkan agama Allah.

"Islam itu asing,dan ia akan kembali asing. Dan beruntunglah orang2 yang asing."
Hadis ini menjadi sebati dengan ana. Hadis yang disampaikan Rasulullah kepada Para Sahabat ini memberi impak yang sangat besar kepada pendokong agama Allah bukan penyokong agama Allah.

Adakah kita sekarang ini berada dalam keadaan asing? Jawapan berada di hadapan mata anda semua. Kita mesti menunaikan amanat yang diberi oleh Allah kepada kita sebagai Khalifah dimuka bumi dan Pejuang agama Islam. Bagaimanakah caranya? Adakah melalui peperangan? Adakah melalui undi? Semuanya mengikut waqi'@ situasi sekarang. Ana ada terfikir bahawa tak mustahil satu masa nanti Malaysia turut berperang kerana DEMOKRASI. Ingat, persediaan awal perlu dilakukan. Tapi kita hanya menumpu kepada pembentukan rohani. Itu perlu. Tarbiyyah perlu ada pada setiap pendokong Islam. Tarbiyyah Askariah penting kepada pejuang Islam di Malaysia (baca post tarbiyah ana sebelum ni). Jika tarbiyyah dah ada dalam diri kita semua, adakah semangat jihad telah tersemai dalam diri kita? Jihad tidak akan menjadi jika tarbiyyah tidak mencukupi dan semangat tidak ada.

Di Malaysia kita dapat tengok bahawa masing2 berusaha melawan nafsu. Di negara bergolak, mereka sibuk melawan musuh2 mereka yang jelas kelihatan di depan mata mereka. Berbalik kepada topik yang ana ingin sampaikan (tadi tu baru muqaddimah, panjangkan?) jihad nafsu dan jihad qital, mana lebih diutamakan. Ana sangat suka berbincang dengan sahabat2 dan saudara mara ana berkenaan isu politik dan jihad. Topik ini telah ana bincang bersama sahabat ana. Dalam perbincangan tersebut kami berpendapat bahawa jihad qital lebih diutamakan berbanding jihad nafsu. Apakah jihad qital? Jihad qital adalah jihad dalam peperangan menentang musuh. Kenapa jihad qital lebih diutamakan? Sedangkan jihad terhadap diri sendiri atau jihad nafsu lebih penting.

Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah menggariskan jihad yang paling rendah martabatnya ialah jihad kepada diri sendiri dengan mengingkari dengan hati (menolak nafsu) dan yang paling tinggi ialah berperang di jalan Allah.

Ibnu Qayyum menggariskan 3 peringkat jihad:
1.Jihad melawan nafsu.
2.Jihad dengan amal yang diketahui.
3.Jihad menahan bebanan amal.

Kami berpendapat dengan pendapat sedemikian kerana jihad nafsu adalah untuk mempertahankan diri sendiri manakala jihad qital adalah untuk mempertahankan agama Islam seluruhnya dan menyelamatkan sekalian umat. Ini bermakna jika seseorang itu diajak untuk berperang tetapi dia perlu menahan dirinya daripada melakukan maksiat, sewajarnya dia kena pergi berperang. Kepentingan Islam dan saudara seakidah itu lebih penting daripada diri sendiri.

Kedua, dalam melakukan jihad qital, seseorang itu dapat menahan dirinya dan melatih dirinya daripada melakukan maksiat. Dua pendapat kami ini mungkin ada kesilapan dalam berijtihad mengeluarkan pendapat. Tetapi itulah yang kami fikir, imbas sejarah Rsulullah.

Segala pendapat boleh dikemukakan.
Dan ingat, peperangan seperti zaman Rasulullah,Sahabat dan Tabi'in akan berlaku di negara kita, Malaysia. Jangan ingat DEMOKRASI menjamin keamanan. Fikirkanlah..
Wallahualam...

Wednesday, October 7, 2009

Abu Ubaidah .:Pemegang Amanah Umat Islam:.

Abu Ubaidah, nama yang tidak asing dalam sejarah kegemilangan Islam.. Seorang sahabat yang sangat pemurah, baik akhlaknya dan peramah dengan masyarakat. Beliau disenangi oleh setiap lapisan masyarakat Mekah samada yang tua mahupun kanak2. Satu hari beliau pergi berniaga di pasar berhampiran dengan Kaabah. Semua barang jualan beliau habis dijual, dan beliau singgah bertemu dengan sekelompok kecil kanak-kanak. Bila muncul wajah Abu Ubaidah, kanak2 semua berlari kearah nya. kanak2 bertanya "Pakcik bawa apa untuk kami hari ni?" Macam biasa, sesudah berniaga beliau pergi berjumpa dengan kanak2 untuk memberi sedikit makanan. "Pakcik bawa sedikit buah kurma untuk kamu semua." kata Abu Ubaidah. Kanak2 tersebut gembira dan berebut untuk mendapatkannya. "Jangan berebut, semua akan dapat." ujar Abu Ubaidah. Lihat betapa pemurah dan ramahnya beliau terhadap kanak2. Beliau merupakan sahabat baik Abu Bakar.

sebelum memeluk Islam, dia terdengar Abu Bakar bergaduh dengan isterinya. Ini kerana Abu Bakar telah memeluk agama Islam, sebab itu lah isteri Abu Bakar marah kepadanya. Hingga lah satu hari, dimana dia bertemu dengan Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, sahabat ku, sudah lama kita tak bertemu." kata Abu Ubaidah. "Ya Abu Ubaidah, sudah tentu kita lama tak bertemu, engkau sibuk dengan perniagaan engkau." jawab Abu Bakar. Akhirnya perbualan mereka melarat hingga mengenai Islamnya Abu Bakar. "Boleh kah aku bertemu dengan Muhammad?", tanya Abu Ubaidah. "Sudah tentu, esok kita akan berjumpa dengan nya tapi pada waktu malam." jawab Abu Bakar dengan gembira. Setelah bertemu dengan Rasulullah, Abu Ubaidah tertarik untuk memeluk Islam. Maka Islam lah Abu Ubaidah. Setiap malam dia pulang ke rumah secara sembunyi takut diketahui ayahnya yang seorang penentang kuat Rasulullah.

Sampai satu ketika, ayahnya tahu hingga memulaukan Abu Ubaidah, termasuk ibu dan isterinya. Lalu dia pergi kerumah Rasulullah. Ketika dalam peperangan BADAR, Abu Ubaidah berdepan dengan ayahnya sendiri, hingga dia tidak sanggup untuk menentang ayahnya. "Abu Ubaidah! Aku akan bunuh kamu!!" teriak ayahnya. Abu Ubaidah sembunyikan diri kerana tidak tergamak membunuh ayahnya. Hinggalah ayahnya mati ditangannya sendiri. Dia begitu sedih hingga turun ayat Al-Quran.

"Engkau tidak akan dapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang yang menetang (perintah) Allah dan rasulNya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa2 mereka atau anak2 mereka atau saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia itu) Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan ia akan memasukkan kedalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka pun redha(bersyukur) akan ni'mat pemberianNya. Mereka lah penyokong agama Allah(Hizbullah) Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah itu ialah orang2 yang berjaya." (Al-Mujadalah: 22)

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah dilantik menjadi Gabenor di satu jajahan takluk Khalifah Umar Al-Khattab. Khalifah Umar Al-Khattab teringin untuk pergi kerumah Abu Ubaidah, tetapi Abu Ubaidah merasa berat untuk membenarkan Amirul Mu'minin untuk pergi kerumahnya. "Jangan lah tuan datang kerumah saya kerana tuan akan menangis bila melihatnya." kata Abu Ubaidah. Tetapi, Umar tetap mahu melawatnya. Sebaik Umar sampai kerumah Abu Ubaidah, Umar menangis dan bertanya "Adakah ini rumah kamu wahai Abu Ubaidah?". Abu Ubaidah menjawab "Inilah rumah ku wahai Amirul Mu'minin.". Alangkah sedihnya Umar kerana rumah Abu Ubaidah sangat usang, hanya perlatan perang dan kuda sahaja yang ada. "Kenapa kamu tidak mengambil ghanimah ketika perang? kata Umar. Lalu Abu Ubaidah menjawab "Cukuplah ini untuk aku."



Lihat sahabat betapa zuhud dan sederhananya seorang Gabenor dan Sahabat Rasulullah. Walaupun harta rampasan perang boleh diambil nya tetapi dia lebih suka hidup sederhana. Contohilah sifat dan sikap Abu Ubaidah yang zuhud dan pemurah.
"Setiap umat ada pemegang amanah, dan pemegang amanah umatku adlah Abu Ubaidah." Sabda Rasulullah.

Tuesday, October 6, 2009

Exam...

Alhamdulillah.. dapat lagi hidup pada hari ni.. juga dapat ana menghabiskan exam muet speaking dan exam lain spt English leve 6, EPT, RIM, math 3, chem lab 1, chem 2. memang seronok giler la, sebab petang baru bleh balik rumah.. orang lain dah 5 hari balik, kami baru je nak balik.. huhuhuhu.. sedihnya.. dah la raya ke3 kena datang uia.. x cukup nak beraya.. duit raya x kutip habis lagi dengan family... hahahaha.. jahat sungguh.. walau macam mana pun, kali ni ana nak sambung beraya lagi. biar lah sahabat nak cakap ape pun. ana terima je. hehehe. so, 25hb ni masuk sem baru, harapnya dapat lah ana perbaiki azam ana yang lepas dan berusaha dalam hidup ana. kalau sem ni ada english, ana jadi xde mood nak study, xtau kenape.. tapi sem depan ade subjek feberet ana iaitu physic 3, math 4 dan lab.. wah.. memang seronok la sem depan.. oleh itu, ana menyeru diri ana juga diri sahabat semua tak kira bila masuk sem baru, tahun baru, yang penting azam kita sentiasa di perbaiki.. akhir kalam, tingkatkan usaha dalam pelajaran dan perbaiki hubungan dengan Allah. Wallahualam..

Pejuang Islam

"Allah matlamat hidup, Rasul contoh teladan dan ikutan, Al-Quran sebagai perlembagaan, jihad adalahcara hidup dan mati di jalan Allah cita2 yang paling tinggi." Ini merupakan prinsip dan falsafah bagi seorang pejuang agama Allah. Prinsip ini menjadi pendorong kepada mereka dalam menegakkan apa yang telah di tegakkan Rasulullah. Kehidupan mereka akan bergantung kepada prinsip ini samada muamalat, ibadat dan semua aspek hidup mereka. Prinsip ini jelas menunjukkan betapa setiap pejuang Islam ingin mendapatkan keredaan Allah.

Disini ana ingin menekankan bahawa seorang pejuang Islam perlu melatih dan menjalani tarbiyyah sebagai jalan untuk menjadi Jundullah yang kuat dan bertaqwa. Sebagai contoh, ahli gerakan HAMAS mendapat latihan pentarbiyyahan dari pemimpin mereka samada Tarbiyyah Ruhiyyah dan Tarbiyyah Askariyyah. Disini ana ingin menhighlightkan beberapa jenis tarbiyyah.

1. TARBIYYAH RUHIYYAH.
-menjana program berbentuk kerohanian sperti Qiyamulail.
2. TARBIYYAH JASADIYAH.
-mengadakan sukan bersama dengan menjaga akhlak
3. TARBIYYAH ‘AQLIYYAH/ FIKRIYYAH.
-melatih kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah, critical thinking.
-melatih berfikir out of the box, perkara yang tidak mungkin logic, boleh jadi logic.
4. TARBIYYAH JIHADIYYAH.
-memahamkan ahli kepada kesungguhan dalam beramal, berdakwah dan menjadi rujukan masyarakat.
5. TARBIYYAH IMANIYYAH.
-mendidik ahli agar memiliki Iman yang jitu dengan menjauhi segala perkara yang melibatkan bidaah, khurafat, tahyul, syirik dan penentangan terhadap hukum Allah juga memelihara rukun Iman dan memperkukuhkan kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
6. TARBIYYAH AKHLAKIYYAH.
-memelihara akhlak terhadap Allah, Rasul, Al-Quran, As-Sunnah, ibubapa dan mereka yang lebih tua selagi tidak mengarah kepada maksiat.
7. TARBIYYAH ‘ILMIYYAH.
-merekrut ahli dengan segala bentuk bahan ilmu seperti ilmu alat(fiqh, usul fiqh dan lain-lain) juga ilmu dunia.


Saturday, October 3, 2009

Kenapa Aku Hidup di Dunia ini?

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dengan izin Allah dapat lagi ana hidup dan menikmati pelbagai nikmat yang dikurniakan walaupun hidup ini hanya sementara. Semoga kita sama2 mendapat rahmatNya dan syafaat Rasulullah S.A.W.. Baiklah, post kali ini ana ingin menimbulkan persoalan kepada diri sahabat semua kenapa kita dihidupkan di muka bumi ini? Jawapannya ada dalam Al-Quran.

1. Untuk sujud menyembah Allah.
“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (Surah Al-Bayyinah 98:5)

2. Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi.
“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-An’am 6:165)

3. Untuk aku menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan.
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada yang salah (buruk dan keji), dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.” (Ali Imran 3:104)

4. Allah tidak menjadikan aku sia-sia.
“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang nikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak dikembalikan kepada Kami.” (Al-Mu’minun 115)

Jadi, bertaqwalah kitakepada Allah agar mendapat petunjuk dan inayahNya dan menunjukkan kita jalan yang lurus agar dapat kita bertemu denganNya. Al-Khaliq.. Wallahualam..

Friday, October 2, 2009

5 Golongan Ulama Masa Kini..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah kali ni ana ingin berkongsi maklumat dengan sahabat semua berkenaan ulam masa kini.

"Ulama pewaris Nabi-Nabi." Ini adalah salah satu hadis yang terkenal dalam kalangan kita. Adakah anda bercita2 untuk menjadi ulama? Ana teringin juga sebenarnya. Ibu ana selalu menyuruh ana memasang niat menjadi ulama. Yela, zaman sekarang ni semakin kurang ulama. Ini mungkin kerana Allah ingin menghilangkan ilmu didunia dengan mematikan para ulama. Jadi, zaman akan bertukar kepada jahiliyyah kembali.

O.k, berbalik pada topik kita kali ini, ulama terbahagi kepada 5 golongan di zaman sekarang:

Yang pertama:
Ulama yang pada zahirnya nampak baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat semata-mata kerana Allah tetapi mengasingkan diri daripada dunia, permasalahan umat Islam dn tidak mengambil tanggungjawab dalam mempertahankan orang2 Islam. Taghut terus berleluasa. Ringkasnya, mereka hanya pentingkan diri sendiri.

Yang kedua:
Ulama yang nampak setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun begitu mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu ikhlas. Mereka menilai orang yang mencium tangan mereka, menghadiri majlis ilmu nya. Tulisan2 mereka memihak dan memuja orang2 yang tertentu padahal orang yang dipuji adalah orang yang paling kuat menetang Islam dan sering diperalatkan oleh orang ini. Ringkasnya, ulama ini adalah ulama yang hanya ingin menjadi terkenal dan mencari publisiti.

Yang ketiga:
Mereka sangat cintakan agama, menjalankan amar ma'ruf dan nahi munkar tetapi lupa bidang kemasyarakatan. Mereka berlumba2 menunaikan solat bila mendengar azan tetapi masih menjai penyokong dan pengampu si zalim. Ulama ini sering mengikut telunjuk si zalim. Mengeluarkan fatwa dengan mengikut nafsu.

Yang keempat:
Ulama jahat yang mencari makan dengan menggunakan kedudukannya dan memperniagakan syariat Allah. Mereka menghampiri taghut, bersahabat dengan semua yang jahatdan zalim. Islam tercabaroleh mereka. Mereka merasa malu untuk mengatakan bahawa memperjuangkan Islam adalah sesat. Mereka mengkhianati agama, ummah dan lain2 dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.

Yang kelima:
Ulama "Muslihun Harakiyyun". Mereka memahami bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah dari si zalim. Mereka berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariat-Nya disamping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut Islam. Mereka sangat kelihatan dalam bidang politik bagi membebaskan negara dari penjajah dan memerintah dunia dengan Islam. Mereka judga sangat kelihatan dalam memperjuangkan agama dengan menggadaikan harta dan nyawa mereka. Mereka bercita2 untuk mati syahid dalam fisabilillah.

Konklusinya, ramai ulama yang berpura2 warak dan taqwa, tetapi hati mereka jauh sekali dari niat sebenar. Sama2 kita bermuhasabah dengan memilih ulama yang betul. Wallahualam...

Thursday, October 1, 2009

Mati...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat lagi diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu bersama sahabat semua..

kali ini, ana nak kemukakan satu topik yang sering kali dilupai oleh setiap manusia..

Mati merupakan "jodoh" kita.. dimana kita berada malaikat maut pasti menjemput kita. hakikatnya kita lebih mengutamakan menyambut kelahiran bayi.. beli baju bayi, lampin susu... tapi kita lupa yang kita perlu menyiapkan juga diri kita untuk mati...
menyiapkan?? menyiapkan kain kafan ke?? bukan, menyiapkan bekalan untuk mati.. perlu kita ingat bahawa mati itu satu kemestian bagi setiap manusia..
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati."

Cuba kita imbas kembali bagaimana seronok nya GENERASI CINTA MATI mahukan mati..
Siapa Generaci Cinta Mati ni?? mereka lah Para Sahabat. Kenapa mereka cinta mati? Kerana mereka cintakan Allah dan teringin bertemu dengan-Nya. Alangkah indah hidup dengan Rasulullah.
Nabi S.A.W bersabda"Siapa yang cinta untuk bertemu dengan Allah nescaya Allah cinta untuk menemuinya."
Persoalannya adakah benar kita mencintai Allah. Jangan hanya mulut mengaku hakikatnya hati lebih mencintai manusia.
Ada satu kisah dimana Nabi S.A.W diberi pilihan antara menemui Tuhannya atau tinggal di dunia, baginda memilih "Teman Daerah Tinggi" iaitu Allah, yakni dengan melalui proses kematian." Justeru tidak hairanlah Rasulullah bersabda "Hadiah orang mukmin itu ialah mati".

Ana ingin menceritakan kisah para sahabat yang cinta untuk menemui Allah. ketika Saidina Ali r.a ditikam, beliau berkata "Aku beruntung demi Tuhan Kaabah." Jika kita ditempat Ali, adakah kita akan mengeluarkan kata-kata seperti itu? Sewaktu Bilal menghadapi kematian, isterinya berkata "Alangkah sedihnya...", sebaliknya Bilal berkata "Tidak melainkan aku gembira kerana aku akan menemui orang2 yang aku cintai Muhammad S.A.W dan sahabat." Khalid al Walid ketika menulis surat kepada panglima perang Rom dan Parsi akan mengakiri suratnya (sesudah mengajak kepada pendamaian dan Islam) dengan ucapan "Dan kalau tidak, aku akan memanah bersama tentera yang sangat cinta kepada mati sebagaimana kamu cinta kepada dunia."

Sangat mulia perwatakan Rasulullah dan Sahabat.. Adakah kita telah sampai ditahap cinta akan mati? Padahal kita sangat takutkan akan mati. Dan ingatlah sabda Rasulullah "Orang yang cerdik itu ialah orang yang mengingati mati". kenapa? kerana orang yang mengingati mati akan memenuhi sisa hidup mereka dengan amal soleh kepada Allah.

Disini ana ingin kongsi sedikit tips untuk mencapai Husnul Khatimah(kesudahan yang baik):
1.banyakkan sedekah jariah.
2.rajin menghadiri majlis ilmu.
3.berusaha mendidik diri dan anak2 menjadi soleh.
4.meluangkan 20jam sehari untuk beribadat kepada Allah.
5.menjaga anggota daripada melakukan maksiat.
6.tidak menggunakan ilmu untuk menderhakai Allah.
7.pastikan punca pendapatan halal.
8.amalkan doa:
Allahummakhtim lana bi husnil khotimah, wala takhtim 'alaina bis su'il khotimah.

Konklusinya, kita tetap akan mati cuma kita tidak tahu samada bila, dimana dan bagaimana kita akan mati. Dan beruntunglah orang yang mati syahid, kerana mereka tidak mati disisi Allah bahkan bergembira menikmati nikmat yang telah dijanjikan kepada mereka atas apa yang telah dikorbankan; harta dan nyawa mereka- demi menegakkan Islam dimuka bumi ini.. Semoga apa yang ana sampaikan dapat memberi kesedaran kepada diri ana sendiri dan sahabat semua. dan semoga cita-cita kita menjadi Syuhada' tercapai..
AMIN........

Sunday, September 27, 2009

Hari Raye......

Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.. walaupun lambat ana ucapkan..
kat cini nk kongsi pengalaman yang sempat dirakam mase hari raya hari tu..
raye ke2 ana pergi jalan2 rumah kawan ana kat kemaman walaupun tiada lesen motor..
tapi ana bahawa pada raya ke2 polis tiada lagi... hehehehe..
ni sedikit kenangan manis mase raya hari tu..



ni kawan2 ana, dari kri asran, rauf dan tajul..



ni hafiz nasiran, kami panggil..



dari kiri, azira amalina( dah pegi mesir), usop, safwan.



yang ni gambar kami semua...




konvoi moto...
hahahaha..

Wednesday, September 9, 2009

Panji Hitam???

Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah) Sabda Nabi SAW, "Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis." Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & al-Hakim) Sabda Nabi SAW, "Apabila kamu melihat Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah Allah iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim) Abdullah bin Syuraikh berkata, "Bersama-sama munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali." Kata Sayidina Ali KMW, "Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW. Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka. Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, "Wahai manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan."

Friday, September 4, 2009

Bulan Barakah, Kemenangan dan Tarbiyyah.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sudah lama menyepi, kini kembali lagi.. Selawat salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan berjaya..

Istilah iman dan berjaya di sini telah lama di ketahui oleh setiap manusia. Iman bermaksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota.
Orang yang beriman adlah orang Islam, sebaliknya orang Islam tidak semestinya beriman. Berjaya disini adalah kemenangan yang dicapai oleh mu'min dalam kehidupan mereka dimana mereka mengorbankan diri mereka untuk kepentingan agama dan kebahagiaan dihari akhirat. sebagaimana firman Allah dalam surah As-Saf ayat10-13. sila faham dan hayati maksudnya.

"Hai orang2 beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu)kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan segala harta kamu dan jiwa kamu.itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya. Nescaya Allah akan mengampuni daso-dosamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalirdi bawahnya sungai- sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik didalam syurga Adn.itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi)kurnia lain yang kamu sukai iaitu pertolangan dari Allah dan kemenangan yang dekat. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 beriman."
61:10-13

oleh itu, persiapkan diri kta dengan bekalan yang sempurna dari sudut rohani dan jasmani. berbalik kepada tajuk kita kali ini, ana ingin sesekali mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK, Selamat berbuka puasa dan juga bersahur kepada pembaca sekalian. Puasa beerti menahan diri dari melakukan perkara2 yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Menahan diri kita beerti mengawal nafsu. ketika diri sibuk dengan nafsu makan dan tidur adalah terlebih baik jika kita melakukan perkara2 yang berfaedah dan meningkatkan pahala amalan kita di bulan yang mulia ini. Bulan puasa kan setahun sekali. Ana seru kepada diri ana terutamanya dan diri pembaca sekalian untuk menghayati bulan Ramadhan ini.

Daripada pemikiran dan pandangan ana, bulan Ramadhan boleh dikategorikan sebagai Bulan Barakah, Bulan Kemenangan dan Bulan Pentarbiyyahan. sesiapa yang kurang bersetuju dengan pandangan ana boleh kemukakan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dari Allah. Kita adalah umat yang mulia dan bertuah kerana dijanjikan satu malam yang bersamaan dengan 1000 malam iaitu Lailatulqadr. adakah kita pernah bertemu denga malam ini?? pengalaman ana dengan bonda ana, pada satu pagi dalam pukul 2 atau 3, kami cuba keluar dari rumah untuk mencari petanda datangnya Lailatulqadr. kami memandang langit dan melihat satu cahaya yang cantik, bersinar dan seakan-akan pelangi di ufuk barat. alangkah cantiknya cahaya itu bilamana dikelilingi kegelapan pagi ibarat kain hitam yang koyak. kami menunaikan ibadah2 yang sepatutnya untuk memenuhi malam itu kerana kami yakin itulah Lailatulqadr. Keesokkannya bonda ana pergi belajar dan ustazah yang mengajar bonda ana memberitahu bahawa semalam adalah Lailatulqadr. Alhamdulillah gembira rasanya. InsyaAllah bulan ini kita kan bertemu dengan Lailatulqadr lagi..

Bulan ramadhan juga merupakan bulan kemenangan. memang betul kata2 sesetengah orang iaitu bulan Syawal adlah bulan kemenangan umat islam. tapi dari sudut jihad, umat Islam di zaman Rasulullah, Sahabat dan Tabi'in telah mencapai kemenangan dalam peperangan yang telah dilancarkan. sebgaimana Fathul Makkah, perang Badar(kalau x silap ana) dan lain2 peperangan. kejayaan ini dicapai dari faktor keimanan dan ketaqwaan Sahabat juga pertolongan Allah di bulan Ramadhan. Anda boleh baca buku Peperangan Rasulullah S.A.W. yang dikarang oleh Ustaz Riduan.

seterusnya, Bulan Ramadhan ialah bulan Tarbiyyah. Tarbiyyah terbahagi kepada 7 iaitu Ruhiyyah, Jasadiyyah, 'Aqliyyah, Jihadiyyah, Imaniyyah, Akhlakiyyah dan 'Ilmiyyah. ada yang menambah Ijtima'iyyah. dalam kita berpuasa, kita melatih diri kta menahan nafsu(Imaniyyah), memperbanyakkan amal soleh(Ruhiyyah),meningkatkan ilmu pengetahuan('Ilmiyyah), menjaga akhlak(Akhlakiyyah), mengawal minda dan mencetuskan pemikiran yang berguna untuk kebaikan Islam('Aqliyyah), mengejarkan kerja2 yang berfaedah seperti menolong ibubapa(Jasadiyyah) dan berjihad menentang pemimpin zalim bagi pendokong agama Allah(Jihadiyyah). bagi sesetengah golongan, tarbiyyah amat penting untuk diri mereka, tarbiyyah mengajar mereka kehidupan Rasulullah dan Sahabat dan cara untuk menghubungkan rasa cinta kepada Allah..




Secara ringkasnya, marilah kita ambil apa yang wajar kita ambil. Beramal, berIman dan berJihad merupakan cara untuk seseorng itu berjaya duniawi dan ukhrawi.
Akhir kalam, SELAMAT BERPUASA.
Wallahualam...

Wednesday, July 29, 2009

Internal Security Act

Assalamualaikum.
Salam kesyukuran dan salam cinta kepada yang Maha Agong dan kekasihnya, Muhammad Bin Abdullah.. juga selawat salam untuk junjungan besar kita..

Alhamdulillah dapat juga ana menulis sesuatu kali ini, juga yang hangat dibicarakan oleh setiap orang..
kali ini ana ingin melontarkan pandangan mengenai Akta Keselamatan Dalam Negara ataupun ISA yang juga dikenali akta "Ikut Suka Aku". akta ini merupakan akta yang zalim dimana setiap orang awam yang di anggap boleh menjejaskan keselamatan negara akan ditahan dibawah akta ini.. apakah perasaan kalian bilamana anggota polis yang lengkap dengan senjata menyerbu rumah anda, menggeledah, menggari tangan anda dan mengheret anda dihadapan keluarga anda tanpa anda tahu apakah punca dan kenapa anda ditahan.. bila sampai masa tersebut, fikiran anda berputar mencari apakah sebab anda ditahan.. hanya dengan ungkapan, "kamu disyaki mengancam keselamatan negara", itulah sebab nya anda ditahan dan dibawa ke Kem Tahanan Kemunting..

akta ini hanya menjaga keselamatan pemerintah yang mana dianggap "menyelamatkan keselamatan pemerintah" bukan "menyelamatkan keselamatan negara". ini kerana pemerintah yang merasa terancam kedudukan nya boleh menahan sesuka hati tanpa memikirkan keburukan kepada orang lain.. pemimpin dan polis tidak dapat di pisahkan, betul tak?? ana analogikan seperti tuan dan anjing, begitulah samanya hubungan antara mereka.. polis akan bertindak atas arahan pemimpin. apabila disoal kepada polis manakah bukti dan senjata yang menunjukkan seseorang terlibat dalam mengancam keselamatan dalam negara, mereka menjawab "lidah lebih bahaya dari senjata".. itu je ke?? polis pun belajar ilmu agama dengan Imam Ghazali.. Imam Ghazali pernah berkata kepada muridnya "lidah merupakan senjata yang boleh menimbulkan perbalahan antara manusia" (lebih kurang macam tu lah ertinya).. bagus juga polis ni, tapi mereka kurang dalam mendalami ilmu al-Quran, Fiqh dan Sunnah yang boleh menyelamatkan manusia sejagat.. manakah perundangan Islam yang menunjukkan Malaysia sebuah negara Islam sedangkan undang2 dan akta2 yang digunakan berdasarkan undang2 orang kafir..

fikirkan lah sahabat2 ku.. banyak lagi peristiwa2 yang menyedihkan dan dialami oleh tahanan ISA dan keluarga mereka hingga pembelajaran anak2 terabai, ada yang berpindah kerana tekanan yang diberikan oleh masyarakat dan ada yang meminta cerai kerana tidak tahan dicemuh oleh masyarakat..
alhamdulillah, kerana kita bersyukur dapat hidup selesa lagi setakat ini. dan bagaimana jika esok, lusa anda ditangkap kerana mengancam keselamatan negara.. renungkan lah dan bantulah tahanan tersebut yang terseksa dengan seksaan yang dikenakan..
ini adalah site untuk anda baca mengenai ISA:


sama2 lah kita berusaha membebaskan tahanan ISA dan memansuhkan akta tersebut..
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh"
Surah Saf 61:4

Wallahualam...

Friday, July 17, 2009

cuti......

Assalamualaikum..

bismillah dan alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana masih membenarkan ana mengepos post terbaru dan nikmat2 Nya yang telah banyak dikurniaakan terutama nikmat Islam dan Iman..

ape yang ana nak pos kali ni??
ana pun xtau.. tapi kalian baca jela apa yang ana nak sampaikan..
hari ni, sabtu bersamaan 18hb julai 09, ana telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan menduduki exam english level 6(insyaAllah exempted.. sape2 yang bace tolong doakan ek) tapi tu x bermakna semua exam ana dah ambil.
lepas mid-break akan ada exam math 3, chem 2 dan rim.. penat syeikh.. balik rumah nanti kena study betol2 la.. dan 1 lagi ana nak beritahu ialah malam ni ana akan balik rumah.. huhuhuhuhu..
xsabor nak jupe mak ayah.. dah sebulan lebih x balik..
rasa makanan yang dimasak oleh mak ana.. especially nasi goreng ayam..(my favourite..hehehehe..) balik nanti mesti banyak makan.. hahaha.. doh la kuat makan.. hahaha.. kantoi...

dah la.. berbalik pada topik kita hari ni iaitu CUTI..
apa yang selalu orang buat masa cuti??
masa cuti atau masa lapang merupakan salah satu nikmat Allah kepada hambaNya..
jadi jangan sia-sia kan mas cuti anda dengan perkara yang x berfaedah.. kalau lelaki biasa nya lepak, rempit, usha awek, jalan malam2 etc.. kenapa ana kata macam ni kerana ana pun lelaki dan dulu pernah juga membuat perkara macam ni.. masa zaman jahiliyyah ana.. x tahu hukum agama.. sekarang dah ada pengetahuan pasal agama, walaupun sikit, insyaAllah akan hindarkan diri dari segala maksiat.. maklum lah iman x kuat.. perempuan pun sama, jangan biarkan diri anda terjebak kearah gejala sosial.. jadi, in conclusion, sama2 lah kita memperbanyakkan amal soleh, meningkatkan iman kita kepada Allah kerana kita akan kembali kepadaNya.
sebagai mana firman Allah yang bermaksud (Al-Bayyinah, 98:7):

"Sesungguhnya orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk"


akhir kalam, agar apa yang kita lakukan mendapat keredaan Allah.. dan ditempat kan dalam lkalangan orang yang beriman di syurga kelak..

Wallahualam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...