Saturday, February 9, 2013

PHOTOGRAPHY: The Art Of Beautiful

FLOWER "The Art Of Beautiful"

Baiklah, dah lama tak meng"update" blog. Agak sibuk kebelakangan ini. Maklumlah, UIA baru start kuliah dan kelas.. So, banyak perkara perlu diselesaikan pada minggu pertama sem kali ni.

The Art of Beautiful, sebagaimana ungkapan English ni, aku ingin menekankan perihal kecantikan yang ada dalam setiap diri manusia, bukan sahaja Wanita malah Lelaki. Cantik ini subjektif. Ada orang menterjemahkan cantik ini iaitu perwatakan luaran. Ada orang kata cantik ini akhlak. Mana-mana boleh. Cuma kecantikan itu, perlu kita guna dan tunjuk dengan sebaiknya semoga Allah meredhai apa yang dipinjamkan kepada kita.

Rasulullah S.A.W diutuskan dengan membawa akhlak yang mulia dari acuan Al-Quran. Baginda menjadi contoh teladan kepada umat Islam kerana akhlak baginda kepada orang Islam, orang bukan Islam dan makhluk Allah yang lain. Sungguh cantik apa yang ada pada diri Rasulullah. Justeru, kecantikan akhlak merupakan NIKMAT yang utama Allah kurniakan. Tak ramai manusia yang mempunyai akhlak yang sungguh cantik.

Hari ini, manusia dikaburi dengan kemewahan menyebabkan mereka semakin berkeinginan untuk menonjolkan kecantikan luaran mereka. Tabaruj sana sini. Fesyen yang sungguh membuatkan mata-mata manusia terbeliak dengan kecantikan yang ditonjol. Kerana terlebih tabaruj dan menunjuk kecantikan inilah, ramai yang lupa, bahawa semua ini hanyalah pinjaman sementara dari Allah. Yang pasti, ianya akan kembali kepada Sang Pencipta, Allah S.W.T..

FROM: Haiqal Syahid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...