Wednesday, July 21, 2010

cuti yang tidak sia-sia....

Assalamualaikum...
Salam Ribathul Ukhuwah kepada pembaca blog.. lama jugak tidak memberi pendapat dan berkongsi pengalaman kat semua..
Alhamdulillah sepanjang cuti 3 bulan (lebih kurang) byk pengalaman dan aktiviti yang dapat dilaksanakan bersama kawan2 dan belia2 dikampung.
Tujuannya adalah satu iaitu merapatkan ukhuwah. Walaupun kami, pelajar Al-Falah batch 07, jarang bertemu tetapi dengan aktiviti yang dijalankan dapat mengumpulkan semua untuk menjayakan satu misi yang penting iaitu hidup bermatlamat. 3bulan bukan lama... masa yang ada diisi dengan aktiviti luaran, kuliah ilmu, penyampaian ilmu dan bergerak kerja dalam society.
Permulaan cuti, saya pergi ke sekolah untuk meminta izin dari pihak sekolah mengadakan kelas tambahan kepada pelajar form 4. Alhamdulillah berjaya. dan ramai "anak murid" dapat berkenalan dengan "guru" mereka. terima kasih diucapkan kepada adik2 ku 4SN1 dan 4SN2. (maklumlah baru jd cikgu). Subjek yang diajar sangat mencabar tetapi itu lah yang saya lebih mahir berbanding subjek bahasa. Subjek kritikal yang sukar dan membebankan pelajar iaitu fizik, kimia dan add math. dengan kelayakan tak seberapa, alhamdulillah semua berjalan lancar. berapa 'A' yang mereka perolehi tidak membawa makna, bahkan kefahaman dalam subjek sangat penting untuk melanjutkan ke masa depan.

Adik2ku 4SN1....





Penyampaian ilmu juga saya lakukan dirumah pada waktu malam bagi pelajar form5. Subject and objective still the same to enrich the understanding in critical subject.
Selain menyampaikan ilmu, saya juga mendalami ilmu agama bersama ustaz da ustazah. Kitab yang diulas Muhimmah, Risalah Tauhid, Hikam, Minhajul 'Abidin, Fiqh Solat, Riyadhus Salihin dan juga kitab tasauf yang lain. Memandangkan nak menuntut ilmu dipondok tidak berkemampuan pada masa itu, jadi saya hanya menuntut di kampung sahaja. 2 orang tok guru yang telah banyak memberi ilmu iaiti Ustazah Che Ngah dan Ust Suhaimi Tuan Guru Haji Daud.
Penglibatan dalam society sangat membantu saya dalam memberi keyakinan dan melatih diri dalam memimpin dalam satu organisasi. Setelah memegang jawatan sebagai pengerusi alumni, HADAF, banyak perancangan dilakukan untuk menjalinkan ukhuwah dan memberi penjelasan kepada pelajar. Program pertama dijalankan ialah Program Sehari Bersama Pelajar '10, yang mendapat sambutan oleh anak2 muridku... (joe, ikram, wafi, iqbal, muaz, fatin, aisyah, huda, basyirah, fadie, kak yong dan yang lain).




PROGRAM SEHARI BERSAMA PELAJAR 2010..

selepas itu, program bersama mahasiswa kemaman yang mengfokuskan kepada santai dan ukhuwah iaitu Students Adventure Programme 2010. bekerja dengan society sangat meletihkan tetapi hasilnya sangat memberansangkan. setelah melakukan aktiviti society, saya berpeluang ber'enjoy' dengan kawan2. Reunion, picnic di Menderu, bermain bowling di Mesramall dan lain2 lagi.




STUDENTS ADVENTURE PROGRAMME 2010.

REUNION '07...
PICNIC DI MENDERU..
Pada 6hb tamatlah percutian yang sangat bermakna antara aku dan rakan2.. Adik2ku x sabar menunggu kepulanganku, aku merindui kamu... uhuhuhuhu.. Di UIAM gombak, lain pulak ceritanya.. Perjalanan yang jauh dari mahallah salahudin ke kulliyyah engineering membuatkan aku rasa bersemangat untuk menguruskan badan... hahahaha.. berada di UIA, urusan alumni turut dibincangkan bersama pimpinan yang lain.. Wallauhalam.. TQ TO SYOK TERLEBIH CREW....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...