Thursday, August 4, 2011

(NOVEL):Aku SIASAH & Dia TARBIYYAH Part 3.

Tiba2 wanita itu melihat kearahnya. Cepat2 Haq mengalih pandangannya. Buat selamba. Wanita itu memerhatikan Haq.

"Ya Allah, kenapa dia tengok kat aku ni?" hati berbicara.

Haq menghabiskan makanan dengan cepat lalu beredar. Takut lebih bertambah dosanya.

“Aku gerak dulu la. Nak pergi masjid jap.” Haq meminta diri terlebih dahulu.

“La, lajunya kau makan.” Syah berbicara.

“Biarkan dia. Assignment banyak tu. Maklumlah orang busy. Hahaha.” usik Hanif lagi.

Bukunya dijinjing. Haq beredar ke masjid. Dalam masa yang sama, wanita tadi masih melihatnya.

“Parah!” hatinya Haq berbisik.

Dalam perjalanan menuju ke masjid, dia sempat singgah dikedai Waqec yang berada dibawah bangunan Admin. Dia memilih beberapa batang pen dan alat tulis yang lain. Usai membayar, masuk sepasang kekasih berpegang tangan. Haq menggeleng.

“Dah kahwin ke mereka ni?” Haq bersangka baik.

“U pilih je, I tunggu kat luar. Kalau ada apa-apa U panggil I.” Si lelaki bersuara.

“Ok. Sekejap ye.” Dengan manjanya kekasihnya menjawab.

Haq menjeling gelagat mereka hingga berasa kasihan kepada saudaranya itu.

Handphone nya bergetar. Ada SMS dari Ainal, penolongnya dalam alumni. Haq membaca dengan selamba.

“Assalamualaikum. Macam mana progress program baru2 ni?” mesej dari Ainal.

Haq membalas mesej tersebut sehingga dia sampai ke masjid. Haq pernah beberapa kali bertemu dengan Ainal. Dimata Haq, Ainal seorang yang lemah lembut dan kuat tarbiyyahnya. Dia sedia maklum bahawa Ainal merupakan salah seorang pimpinan dalam Majlis Nuqaba dan Tarbiyyah di UM. Pernah beberapa kali dia pergi ke UM atas urusan kerja alumni bersama kawannya juga Bendahari Alumni.

Beberapa kali dia membalas mesej tersebut sehingga lah, dapat satu call dari no yang tidak dikenali.

0132*****9

“Siapa pulak yang call ni.” Hatinya berbisik.

“assalamualaikum. Abang Ikhwan ke ni?” haq bertanya.

Ikhwan merupakan seniornya juga mentor atau ikon kepada Haq. Ikhwan menjawab jawatan sebagai Presiden Ma’ruf Club di UIA juga pernah menjadi Presiden Pelajar Engineering di Pusat Asasi dahulu. Haq memang berbangga dapat berkenalan dengan Ikhwan. Perwatakannya sangat menarik sehingga Haq sendiri meniru cara dia berjalan dan bercakap. Kemana Ikhwan pergi, dia mesti mengajak Haq.

“Waalaikumussalam.” Suara perempuan.

Terkejut Haq. “Siapa pulak ni.”

“Ya, ada apa?” Haq bertanya.

Senyap. Senyap. Senyap.

Haq bertambah pelik. Dia meng’off’kan handphonenya.

Lalu menunaikan solat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha. Dia mengaji sekejap. Menjadi rutin Haq apabila tiada kelas pada pukul 10pagi, dia akan singgah sebentar di masjid. Seperti Muslim lain, dia berdoa beberapa perkara yang dia inginkan dan teringat akan pesan ustaznya “Hakikatnya semua dah tertulis di Luh Mahfuz, segala kerja yang akan dan sedang kita lakukan sudah berada didalam ilmu Allah, tapi dari sudut syariatnya, kita kena tetap berdoa kepada Allah.” Dia teringat pesan ini tatkala dia mengaji kitab Hikam bersama dengan ustaz nya.

Usai beribadat, dia kembali membuat beberapa tugasan yang belum sempat dilakukannya.

Terasa bosan kerana bersendirian, dia cuba mencari kawan-kawannya yang biasa lepak di masjid bersamanya. Punyalah besar masjid UIA hanya beberapa orang sahaja yang iktikaf pada pagi tu. Mungkin pelajar lain sedang ke kelas. Haq cuba bersangka baik.

To be continued.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...