Thursday, September 8, 2011

Novel Denyut Kasih Medik dan Analisa dari bacaan..

Assalamualaikum.
Kali ni nak berkongsi dengan satu buku a.k.a novel yang pasti anda pernah dengar dan pernah baca. Mesti kawan2 sesekolah atau satu kampus dengan saya tak percaya dengan minat saya membaca novel. Hahaha.. Anyway, kadang2 perlu juga ada taman dalam hati. Betul x?? Setakat ni dah 5 buah novel dah dibaca, Jazirah Cinta, Lafaz2 Cinta, Makrifat Cinta, Bumi Cinta dan yang terbaru Denyut Kasih Medik. Apa2 pun, korang sendirilah nilai ye.


[1]. Novel Denyut Kasih Medik karangan Dr. Farhan Hadi istimewa dengan novel lain. Secara ringkasnya, bila baca novel itu kita akan mempelajari beberapa ilmu2 fiqh perubatan, perkara khurafat yang diamalkan masyarakat melayu, fiqh wanita, ilmu perkahwinan dan yang paling penting ILMU DAKWAH YANG BERSESUAIAN DENGAN POSISI KITA DALAM MASYARAKAT.


[2]. Cabaran seorang doktor memang hebat dengan kesibukannya merawat pesakit, berdepan dengan pelbagai kepercayaan dan ragam pesakit juga berdepan dengan sahabat dan orang atasan yang mementingkan dunia sedangkan dakwah dan ganjaran akhirat diabaikan. Walaupun, cabarannya banyak dan berat, tidak melunturkan jiwa seorang pendakwah untuk membawa risalah Islam kepada orang lain samada dia seorang doktor, jurutera, arkitek, guru mahupun angkasawan. Cuma kaedah atau FIQH DAKWAH perlu bertepatan dengan KEADAAN dan MAD'U(orang yang perlu kita dakwah) kita. Ini dari sudut DAKWAH ISLAM, perlu ada dalam diri orang berilmu untuk sama2 membantu masyarakat yang PEKAK dan LEKA dengan duniawi.

[3]. Usia sebegini juga, hati2 remaja sudah ingin berkasih sayang, bercinta dan merancang untuk berkahwin. Tahukah dan sedarkah kita, bahawa perkahwinan itu merupakan satu IBADAT yang tidak hanya menanggung keluarga dari sudut ZAHIR bahkan DIDIKAN AGAMA juga penting untuk menjadikan sebuah keluarga yang penuh dengan barakah. Sebagaimana, firman Allah:


 "Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu juga keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (surah At-Tahrim: 6)

 Ya, kahwin memang bagus untuk kita cegah dari kita dari melakukan perbuatan zina. Didalam kitab Muhimmah, menceritakan kecelakaan bagi suami dalam rumah tangga dan kecelakaan isteri dalam rumah tangga. Sungguh dasyat kerana akad nikah "Aku terima akan nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwin yang tersebut itu." bukan hanya si dia menjadi milik kita bahkan segala dosa2 yang dilakukan oleh isteri akan kita tanggung. Last2, MUFLIS lah kita diakhirat nanti. Oleh itu, sebelum berkahwin, solehkan diri kita untuk mendapatkan seorang muslimah yang solehah. Kemudian, akan lahir anak2 yang soleh dan solehah hasil didikan ibubapa yang sangat mementingkan agama dari dunia.


[4]. Perkara khurafat dalam melayu sangat membimbingkan dengan penggunaan tangkal dan bermacam2 lagi. Amalan ini boleh jatuh kepada hukum syirik kerana mempercayai ada 'benda' selain Allah yang boleh membantu menjaga diri mereka. Sifat 20 yang wajib bagi Allah perlu difahami bukan hanya dihafal. Ini membantu memperteguhkan lagi I'tiqad kita kepada Allah. Dan perlu diingat, jika ditimpa musibah, bersegeralah berdoa kepada Allah kerana Dialah yang berhak memberi kepada kita. Amalan tepung tawar dalam perkahwinan juga seelok-eloknya tidak dibuat dalam perkahwinan.

[5]. Mungkin banyak lagi perkongsian dari sahabat2 yang ingin membantu. Saya hanya merujuk kepada beberapa buku sahaja. Sekadar itu penulisan kali ini, Semoga memberi manfaat, Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...