Friday, September 2, 2011

3 in 1 This Year.

[1]. Assalamualaikum. Tahniah mendapat Ijazah Ramadhan dengan lulus dan berjaya. Syabas buat mereka yang dapat istiqamah dalam ibadat mereka selepas Ramadhan. Merekalah yang benar2 memanfaatkan Ramadhan. Bukan sekadar MENAHAN DIRI dari LAPAR dan DAHAGA sahaja, bahkan MENAHAN DIRI, ANGGOTA DAN HATI dari PERBUATAN YANG MENGURANGKAN PAHALA PUASA. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W:

عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه

[ Berapa ramai orang yang berpuasa , tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga ] sini

[2]. Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. Maaf sepanjang perkenalan dengan sahabat dari AL-FALAH, UIA dan diseluruh pelusuk dunia. Semoga kita dah mendapat PENYUCIAN FITRAH dari sebarang dosa.

[3]. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua Rakyat Malaysia. Jadikan negara kita sebuah negara yang berdemokrasi dan dipimpin oleh pemimpin yang adil dan berjasa. cuba baca sini.

[4]. Kali ni raya sakan. Ramai kawan2 ajak pergi jalan2 raya. Ada yang buat open house. Ada yang ajak pergi rumah kekasih hati (hehehe). Ada yang kereta rosak. Ada juga yang kena hujan. Anyway, raya ni memang best. Objektif Ziarah Raya bagi saya:
  1. Semestinya UKHUWAH akan tertaut lebih erat.
  2. Dapat mengenali KELUARGA sahabat.
  3. Meraikan peranan SAHABAT.
  4. Percambahan IDEA, PENGALAMAN, PENDAPAT dan KISAH HIDUP.
[5]. Tak tau dah nak post apa.. Setakat ni je.. Wallahualam..Ni gambar Tahun lepas yang baru xupload lagi..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...