Sunday, July 12, 2009

TRAVELOG 5 DAI'E


assalamualaikum...

syukur Alhamdulillah kp Allah Tuhan sekalian alam, Raja di hari pembalasan dan Tuhan yang berkuasa keatas semua makhluk termasuk ana sendiri..
selawat salam keatas junjungan besar, kekasih Allah, nabi Muhammad S.A.W..

sudah sekian lama tidak menulis kerana kekosongan idea... hehehe.. tapi tidak mengapa kerana entry kali ni memang menceritakan bagaimana diri ana dan sahabat ana di tarbiyyah oleh situasi..

cerita ini berlaku pada tanggal 11 Julai 2009, hr sabtu baru ini... ana dan sahabat ana yang bernama syuk(persis), ashrafuddin(siraj), hafiz ibrahim(gate) dan asyraf(1st year), total 5 org..
pagi sabtu ana bertolak dari uia pergi ke KONGRES REJUVENASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NEGARA 2009(KO-SPIN 09) yang dianjurkan oleh GAMIS di Shah Alam..
dalam kongres tersebut ana mendapat penjelasan mengapa perlunya kita kepada sistem pendidikan Islam di negara kita.. dan bagaimana kita ingin membentuk sistem pendidikan Islam tersebut..
dlam kongres tersebut 6 kertas kerja telah di bentangkan oleh 5 org pakar akademik dan seorang pegawai polis.
Ini adalah senarai kertas kerja dan pembentang:

1)Tajuk: Pendidikan Masa Kini-Cabaran Membina Jiwa Merdeka
Pembentang: Dato' Dr Siddiq Fadzil
2)Tajuk: Pendidikan Berintegratif Asas Pendidikan Islami
Pembentang: Prof. Dr Sidek Baba
3)Tajuk: Pendidikan Islam Dan Halatuju Pembangunan Ummah-Kajian Indonesia
Pembentang: Prof. Dr Irwan Prayitno
4)Tajuk: Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Satu Penilaian
Pembentang: Dr Abd Halim Tamuri
5)Tajuk: Pensekularan Sistem Pendidikan Islam-Satu Kajian
Pembentang: Prof. Tajul Ariffin
6)Tajuk: Kes Juvana-Trend, Faktor dan Penyelesaiaannya
Pembentang: DSP Ghazali Daud

demikian lah senarai kertas kerja dan pembentang yang cukup mantap dalam penyampaian dan kajian mereka yang mendalam dalam usaha membentuk pendidikan Islam..
sebelum pembentangan dimulakan, majlis terlebih dahulu dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khalid Ibrahim.. sempat juga ana melihat MB Selangor, Presiden GAMIS Ustaz Mohd Dzul Khairi dan Ahli-Ahli GAMIS yang lain..
ini merypakan kongres yang pertama ana pergi..
selepas habis nya kongres pada pukul 6.30pm, ana dan sahabat2 ana pergi jalan2 ke kompleks shah alam. ana tak beli barang pun, just ikut sahabat2 ni.. dalam masa yang sama kami decided nak dengar Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Shah Alam, dekat je kat tempat kongres tadi. forum tersebut dihadiri ramai orang dan penceramah adalah alim ulama yang terkenal di Malaysia Datuk Hassan Ali, Datuk Hassan Al-Hafiz dan Datuk Kamaruddin(Imam masjid negara).. penyampaian mereka sangat bagus dan penuh dengan semangat menyebarkan ilmu kefahaman Islam yang diberi tajuk Wakaf dan tuntutan dalam Islam. byk input yang ana dapat tapi InsyaAllah ana akan post kemudian..
selepas itu, ana dan sahabat2 mengalami satu sesi pentarbiyyahan dimana kami bercadang untuk tidur di masjid tersebut tetapi dihalau oleh pak guard2 masjid. dalam pukul 12am lebih, kami pun meneruskan perjalanan pada malam yang sunyi tapi bising dengan bunyi kereta2 remaja.. kami pun jalan2 pergi ke sekolah syuk, Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, untuk minta kebenaran tidur di dalam kelas atau dimana2 sekalipun tapi Allah ingin mentarbiyyah kami pada malam tu.. kami pergi ke kedai mamak untuk makan dari pkul 1am hingga pukul 3.30am.. kami berangkat kembali ke masjid. dalam perjalanan kami diganggu oleh seekor makhluk iaitu anjing.. hehehehe.. sebenarnya ana takut anjing tapi nasib baik siraj ada kat.(thanks siraj).. jasamu amat ku hargai.. hehehehe..
setibanya kami di masjid, pintu pagar masjid pulak x buka lagi.. kami pun bercadang untuk jalan2 kat kawasan tu.. ramai remaja dan pasangan ber'dating' kat situ.. hafiz ingin nasihat mereka tu, maklum lah DnT.. hehehehe.. ana hairan kenapa mereka sanggup tak tidur semata2 lepak, berdating, ber'drift' dan macam2 lagi la..
ana pernah diuji dengan gangguan yang sangat dahsyat.. ish333..
ana membuat keputusan untuk pergi dari tempat tersebut.. tak tahan lagipun tak baik cuci mata malam2 begini, baik tidur or buat benda lain ke..
dalam pukul 420am kami pun masuk ke dalam masjid. "subuh lambat lagi, tidur dulu" ujar ana..
ana pun tidur.. juga sahabat ana.. azan subuh berkumandang, kami semua pergi la sembahyang..
kami tidur balik kerana keletihan. bayangkan 1 malam x tidur, pergi jalan2 pulak tu.. ish333..
tidur kami diganggu oleh speaker yang dipasang oleh pihak masjid.. "cek cek, 1 2 3.." bunyi speaker.. kami tetap tidur.. then datang seorang lelaki, berbaju biru, bersampin iaitu pak guard.. kami dikejutkan dan meninggalkan masjid tadi dalam pukul 8.45am lebih kurang..
kami meneruskan perjalanan mencari teksi..
dalam perjalanan jumpa pulak org berjogging, senam robik dan melakukan penggambaran..(agak2 la kita masuk x dalam scene 2?? ha, hafiz??) hehehehe..
sampai je kat bus stop, syuk cari teksi.. dapat juga 1 teksi yang membenarkan 5org boleh tumpang kerana kebiasaannya 4 org je boleh tumpang..
ana tidur dalam teksi pulak, siraj dan syuk layan pak cik teksi tu bercerita.. hafiz dan ashraf x tahu buat apa... hehehe.. barangkali tidur juga kot..
kami pun tiba di uia pada pukul 9.50am lebih kurang...
begitulah kisah 5 orang dai'e..


RESOLUSI dari kisah kami ini nak jadi seorang dai'e perlu keluar tengok suasana kat luar dan fikir macam mana cara untuk mengembalikan sahabat2 kita yang lalai di sebabkan teknologi..
begitulah.. walaupun ana x dapat nak tegur, nasihat tapi ana harap kedatangan kami pada malam itu membuka mata hati salah seorang daripada mereka yang tengah seronok melepak dan dilamun cinta..
KESAN dari kisah ini, ana lebih mengenali perilaku sahabat2 baru seperti syuk, siraj dan asyraf..
juga ana telah merasakan bagaimana seorang berdikari dengan dugaan yang diurniakan ke atas diri mereka..

WAALLAHUALAM.......

Saturday, July 4, 2009

Isteriku yang solehah...



Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


Isteri yang solehah menjadi penawar dan penyejuk hati kepada suami.. Lelaki yang baik akan dikurniakan wanita yang baik.. Itulah ungkapan yang aku selalu dengar.. Jadi jangan risau wahai kaum lelaki, jika akhlak dan ibadah mu terpuji, InsyaAllah dia(isteri solehah) menjadi milik mu...

Wallahualam..

Kumpulan Mahasiswa Islam Sekolah.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah atas kurnian Allah yang masih lagi memberi peluang menulis dan berfikir juga hidup dalam Islam dan Iman.. Selawat salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..

Kali ini ana ingin meminta persetujuan, cadangan, pandangan dan keputusan dari pihak sahaba2 sekalian..
perkara yang ingin di suarakan ialah, Kumpulan Mahasiswa Islam Sekolah, yang ingin ditubuhkan atas dasar Islam oleh ana di sekolah lama ana, Sekolah Menengah Agama Al-Falah Kemaman. ini sebagai cadangan sahaja.. keputusan akan di tanya kemudian.. cuma pendapat2 antum semua yang dapat membantu dalam perlaksanaan ini.. dasar yang ingin disampaikan oleh ana ialah Islam secara syumul walaupun ana kurang berpengalaman dalam memimpin sesuatu society. oleh itu ana mungkin akan sama2 memimpin dengan sahabat2 ana di uia juga ex-al falah, dan meminta tunjuk ajar dari antum(sahabat ana yang berada di uia).. untuk sahabat uia yang ingin membantu ana boleh contact ana mapc_eqal90@yahoo.com..
wallahualam..

Friday, July 3, 2009

apa tujuan aku hidup?

assalamualaikum..
alhamdulillah atas kurniaan Allah kepada kita iaitu nikmat Islam, Iman dan nikmat udara, makanan dan sebagainya.
tidak lupa selawat salm keatas junjungan besar kekasih Allah, Muhammad bin Abdullah..

tujuan manusia hidup hanya 1 iaitu saat kembali bertemu dengan Tuhan yang mencipta alam juga diri ini, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa keatas makhluk, Maha Penerima Taubat hamba-Nya.. itulah matlamat hidup seorang muslim.. yang beriman kepada rukun Islam dan rukun Iman..
disaat kita hidup dimuka bumi ini, perbanyakkan mengingati Allah. tatkala lidah kelu, kaku dan mulut tertutup dari menyebut nama Allah, tiada guna kita bertaubat sedangkan masa yang telah di beri sangat lama untuk kembali mengingatinya..
tatkala diri dimasukkan ke dalam kubur, muka dibuka dan diciumkan kearah dinding tembok kubur kita, disitu hanya kita seorang sahaja yang tinggal.
di saat itu tiada kekasih, di saat itu tiada jawatan, di saat itu tiada harta..
hanya diri sendiri ditemani ular, cacing dan kala jengking..
disaat itu beruntunglah orang yang mengingati Allah dan Allah mengingati nya.
merindui Allah dan Allah merinduinya.. mencintai Allah dan Allah mencintainya. dan cinta Allah kepada hambaNya mengatasi sesuatu.
melebihi cinta kita kepada ibubapa kita, melebihi cinta kita kepada kekasih kita..
sahabat2ku,
Allah masih terus bersabar. yang ditunggu ialah hamba pendosa,hamba yang hina. yang hidup berasal dari sebutir sel yang jijik dan berakhir menjadi bangkai sebagai makanan2 haiwan didalam tanah. menanti hambanya memohon taubat. Dia lah yang Maha Baik, yang Maha Mulia, setelah kita diberi kehidupan, diberi jasad, lantas Allah meminjamkan pula kepada kita dunia ini.
meminjamkan matahari,meminjamkan bulan, meminjamkan lautan, meminjamkan daratan berserta isinya, meminjamkan haiwan dan tumbuhan, yang kesemuanya adalah milik Allah. kita tidak menyewanya, tidak pula membelinya, tidak pula berdoa untuk meminjamnya, Allah memberinya sebelum kita meminta.
Sahabat2ku..
sedemikian luasnya rahmat Ilahi dan kasih sayangnya melebihi kasih sayang ibu kita kepada kita, melebihi kasih sayang kekasih kita kepada kita..
Sahabat2ku..
Jangan tahan lidah mu menyebut nama Allah!
Jangan berat menyebut nama Allah!
Dosa apa yang membuat lidah kita berat menyebut nama Allah?!
"Ya Allah, kami berlindung daripada-Mu dari pedihnya siksa kubur, kami berlindung dari pedihnya siksa neraka, pastikan kami selamat dari azab-Mu, Ya Allah, Rabbul 'Alamin..."

hari khamis

assalamualaikum..
Alhamdulillah ke atas anugerah Allah yang percuma tanpa kita meminta dan berdoa untuk mendapatkan nya.. selawat salam kepada Rasul akhir zaman, hamba yang mulia, Muhammad bin Abdullah..

kali juz nk kongsi sedikit pengalaman yang akan dihadapi setiap hari khamis.. agak geram, kecewa dan macam la ada dalam benak hati kecil lagi hina ini..
kisah nya pasal kelas la.. bukan xnak pegi cuma rase letih sangat2. dr pukul 8pg hingga 7ptg.. time rehat pukul 1pm jela.. huhu.. memg tension+frust+lapo+malas petang2+ dan yang same waktu dgn nya..hahaha.. mula2 RIM, pastu MATH3, pastu CHEM2, pastu CHEM LAB1 and last but not least LS..
time kelas LS memg masing2 rase geram r.. masa tu ada je niat nak ponteng(sahabat2 ana sekali..hehehehe), ade yang x datang coz syahid kat atas katil... ish3...
Jadi kena lah pegi.. ingatkan bleh balik awl coz asar x sembahyang lagi..
last2 kat pukul 7 jgak lecturer ni habis...
lepas tu mula la cepat2 balik, sembahyang n bersih diri..
lepas tu, mlm x kire lg, dgn meeting edu engenius la, gate la...
mcm2..
pukul 12 baru bleh rehat.... habis tu study bile??? ha, study jawabnya x study la..
hahaha.. xdela sampai macam tu sekali...
dalam kelas fokus betul2 ape yang lecturer smpaikan....

begini la rutin hidup seorng pelajar engin group 8, anak kpd ibu bapa dan juga Hamba yang hina pada hari KHAMIS ONLY....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...