Saturday, July 4, 2009

Isteriku yang solehah...



Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.

2.Bersikap malu terhadap suami.

3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.

4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.

5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.

6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.

7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.

8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.

9.Sentiasa menghormati keluarga suami .

10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.

11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.

12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.


Isteri yang solehah menjadi penawar dan penyejuk hati kepada suami.. Lelaki yang baik akan dikurniakan wanita yang baik.. Itulah ungkapan yang aku selalu dengar.. Jadi jangan risau wahai kaum lelaki, jika akhlak dan ibadah mu terpuji, InsyaAllah dia(isteri solehah) menjadi milik mu...

Wallahualam..

1 comment:

  1. nice post bro'.....moga bisa jadi pencerahan ...
    i did follow you here...please follow back

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...