Tuesday, May 12, 2009

Hadis Berkaitan Jihad




Riwayat Abu Daud dr Tsauban, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Hampir semua bangsa akan memperebutkan kalian, laksana penyantap yang memperebutkan makanan di sebuah mangkok yang besar. Ada yang bertanya,"Apakah kerana sedikitnya jumlah kami pada saat itu?"Baginda bersabda,"Bahkan kalian saat itu berjumlah banyak, tetapi kalian ibarat buih air bah & Allah akan mencabut rasa takut dari dada msuh kamu & mencampakkan wahn ke dalam hati kalian" Ada sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, apakah wahn tu?" Baginda menjawab,"Cinta dunia & takut mati."


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah:
Rasulullah pernah ditanya, "Amalan apa yang paling utama?" Baginda menjawab "Beriman kepada Allah" kemudian? "Jihad dijalan Allah" lalu? Baginda menjawab "Haji Mabrur."

Dari Tarmidzi & Abu Daud:
"Sebaik-baik jihad adalah kata-kata yang menyeru kepada kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim"


"Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka adalah mata yang berjaga bagi jihad di jalan Allah & mata yang menangis kerana takutkan Allah."


Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikatpada hari mereka keluar dari kuburnya:
  1. Orang-orang yang mati syahid
  2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan
  3. Orang yang berpuasa pada hari Arafah
Sama2 lah kita ambil iktibar dan beramal dgn apa yg tlh disampaikan oleh Rasulullah S.A.W kpd umatnya sejak bekurun lg krn Baginda mahu semua umatnya memasuki syurga dan menegakkan syi'ar Islam walaupun dizalimi, dikeji oleh pemimpin2 yg zalim pd zaman kini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...