Wednesday, May 13, 2009

Tanda-Tanda Hari Kiamat

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

7) Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Hadis-hadis ini adalah merupakan pengkhabaran sebahagian daripada tanda-tanda kiamat yang sudah dan sedang berlaku dalam dunia masyarakat kita.Sama-samalah kita mengambil iktibar dan pedoman daripada hadis-hadis yang telah diriwayatkan daripada Junjungan Mulia Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam.Sesungguhnya Baginda tidaklah bertutur mengikut hawa tetapi semua ini adalah wahyu daripada Allah taala.-editor.

1 comment:

  1. salam..
    skdr bkongsi pendapat

    Penaklukan Baitulmuqaddis.
    spt mana yg sy ketahui stkt ni,
    usaha menakluki antara 3 masjid plg suci bg org Islam ni smkn giat dlaksanakan oleh pihak laknatullah..
    nk bina haiqal sulaiman la..nk cari kesan tinggalan gereja la..
    sgh byk konspirasi karut yg sengaja dciptakan..

    tp sy penah dgr hadis cmni..
    sntiasa akn ad skelompok dr umatku yg berjuang bsama2 kebenaran mncabar dn menentg musuh2 mereka. musuh2 mereka xkn mberi mudarat kpd mereka shingga Allah SWT mndtgkn kptusanNya, mereka ttp bkeadaan sdmikian.maka para shbt btya, dimanakah mereka? jwb Rasulullah,d Baitul Maqdis dn sktrnya.
    riwayat Bukhari.
    bygkn..sdh lbh krg 1430 thn,Rasulullah mengatakan ttg kiamat dan kita hya saksikn slps lbh 1000thn.
    saksikan?!!
    btl ke tndakan kita ni?

    sy juga ttya2 bilakah semua ini akn b'akhir?
    tp janji Allah SWT..
    yg benar pasti akn menang..
    apabila hak mengatasi yg batil..
    itu juga bmakna kiamat smkn dkt.

    zina bmaharajalela
    ah..mls nk komen ttg ni..sedih.
    tp nk meluahkn rasa kesal.
    zina merata2..
    xkira tempat langsung..
    main ikut suka je nk melampiaskn nafsu binatang tu.
    bla dtgnya 14feb,ramai ank2 muda keluar utk clbrate..
    cis..blah la..
    kita tgk 9bln 10 hari slps tu..
    ape yg tjadi?
    mereka akn dpt hasil eksperimen yg dlakukn..
    bga? kalu dorg bga ngan kaedah cuba jaya tu, xkn la nk buang hasil yg dlakukan dlm tempoh tu..
    pya la lama tunggu..tp sia2..
    ha..dosa lg..

    ada 3 ekor iblis yg bjumpa dgn ketua mereka (ketua iblis) utk mbentgkan pencapaian masing2.
    iblis 1. ak bhasil mbuatkan seorg ini murtad dr Islam.
    iblis 2. ak bjaya mbuatkn sepasang suami isteri bercerai berai.
    lantas apa yg dkatakn oleh ketua syaitan tu?
    pncapaian kamu bdua bkn lah spt yg ak harapkan..
    apabila seseorg itu murtad, dia blh bertaubat kpd Allah SWT dan kembali kpd Islam manakala jika suami isteri itu bcerai, mereka blh rujuk semula..ha..kamu pula..apa yg kamu lakukan?
    iblis 3: ak bjaya menghasut stu pasangan kekasih utk melakukan zina..
    lalu ketua iblis ni btepuk tgn sambil mengucapkn syabas..
    tgk..dahsyat wey!
    btl la..kalu seorg prmpuan tu dh tlanjur, mcm mana nk kembali kpd dara smula?
    kn xblh tu..

    Bermaharajalela alat muzik.
    soal Nabi: hai Iblis!apakah puji2an engkau?
    maka sembah iblis: iaitu suara org yg menyanyi2 dan bpantun seloka dan suara sbgai bunyi2 an, kecuali org yg menyanyi, bpantun, berazam memuji2 Allah SWT krna blagu2 mbaca nasyid dan selawatkan Nabi.

    wallahualam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...