Wednesday, September 7, 2011

Briefing TEAMWORK a.k.a UKHUWAH utk pengawas.


Assalamualaikum..
[1]. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana sempat diberi kesempatan berkongsi ilmu dengan adik2 pengawas Sekolah sebentar tadi. Tajuk yang cukup penting untuk sesebuah organisasi dan perlu ada dalam setiap individu dalam membentuk dan menjayakan objektif sesebuah organisasi.


[2].  Dijemput oleh pengawas Sekolah Menengah Agama Al-Falah Kemaman untuk berkongsi ilmu dan mencari sepatah dua pengalaman dari saya. Tajuk "TeamWork" atau "Ukhuwah Islamiyyah".


[3]. Saya mulakan dengan ayat 13 surah Al-Hujurat.


"Wahai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dikalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal."


[4]. Juga satu hadis Nabi yang  bermaksud "Orang mukmin sesama mukmin ibarat sebuah bangunan yang saling mengukuhkan antara satu sama lain."


[5]. Ukhuwah atau teamwork dalam organisasi ialah satu aspek penting dalam mencapai objektif organisasi. Bermula dengan KENAL AHLI2 kemudian PERSEFAHAMAN dan barulah lahirnya KERJASAMA. Bila KERJASAMA dah wujud, visi organisasi akan dapat disepakat dan dicapai oleh setiap lapisan organisasi samada PIMPINAN dan AHLI.

[6]. Ukhuwah ialah ikatan rabbani sesama muslim, memerlukan perasaan kasih dan sayang sesama muslim atas dasar satu aqidah yang suci. Ukhuwah juga satu keperluan dalam diri setiap muslim kerana fitrah manusia ingin berkenalan dan mencintai. Cinta dalam konteks organisasi ialah cinta untuk mencapai matlamat dan mendapat keredhaan Allah dalam gerak kerja yang dilakukan.


[7]. Dalam kajian saya, teamwork juga wujud dalam diri kita dan disekeliling kita.
  1. Pertama dari sudut biologi, badan kita mempunyai sistem pertahanan yang berkerjasama dalam melindungi batang tubuh kita dari ancaman penyakit. Bermula dengan KULIT, kulit akan bertindak dari sudut ancaman fizikal yang kurang memberi mudarat kepada badan kita. Jika kulit tidak mampu, datang SEL DARAH PUTIH yang akan memakan kuman2 penyakit itu. Andai kata, sel darah putih tidak dapat menghalang kuman2 tersebut, akan ada satu lagi tentera terakhir yang menjadi penentu kepada kesihatan badan kita iaitu ANTIBODI. Kesimpulannya dalam konteks organisasi, setiap ahli dan pimpinan bersama-sama membantu dalam satu organisasi sepertimana KULIT, SEL DARAH PUTIH dan ANTIBODI bersama2 "top-up" melindungi badan kita, membantu dalam konteks mencapai matlamat. 
  2. Kedua dari sudut kimia pula, satu atom mempunyai NUCLEUS, PROTON, ELECTRON dan ORBIT. Lebih aktif sesuatu atom, lebih banyak bilangan ELECTRON. Electron yang banyak akan dineutralkan oleh PROTON yang bercas positif manakala ELECTRON bercas negatif. Oleh itu, atom tersebut akan menjadi cas NEUTRAL. Electron yang banyak juga mempunyai satu daya tarikan yang kuat iaitu Van Der Waals Force. Daya ini digunakan untuk mengstabilkan gerak-geri ELECTRON supaya tidak terpesong dari landasan (ORBIT) nya. Ini bermakna daya ini menarik ELECTRON untuk bergerak mengelilingi NUCLEUS dalam orbitnya. Kesimpulannya dalam konteks organisasi, akan wujud kelemahan(ELECTRON) dan kekuatan(PROTON) organisasi dalam usaha mendapat objektif, maka satu usaha(DAYA) dari setiap ahli untuk menambah-baik(meNEUTRALkan) organisasi kita, juga organisasi perlu sentiasa berada dalam landasan(ORBIT) yang betul dan dipandu dengan kaedah yang bersesuaian dengan SYARA'. 

[8]. Dalam organisasi akan ada MUSUH dan istilah PERANG. Perang yang dimaksudkan ialah MENGHALANG MUSUH dalam MENCAPAI KEMENANGAN. Musuh ialah satu benda yang abstrak dan subjektif yang menjadi PENGHALANG keatas KEMENANGAN organisasi. Sebagai contoh, badan pengawas sekolah kena '"berperang" dengan "musuhnya" iaitu ANASIR JAHAT DARI LUAR MAHUPUN DALAM YANG MEROSAKKAN AKHLAK DAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH. Dalam peperangan, akan ada PANGLIMA, PAKAR STRATEGI, PAKAR RUNDING dan TENTERA. Masing2 mempunyai satu matlamat iaitu MENANG. Mereka akan bekerjasama dalam memikirkan strategi, bertindak dan mendengar arahan dari panglima. Jadikan sirah Nabawiyyah sebagai satu wasilah untuk kita menganalisis dan mengambil IBRAH(pengajaran) dalam berorganisasi.


[9]. Organisasi yang TERSUSUN, perbincangan dan kata sepakat dari semua, faham objektif organisasi dan kaedah yang bersesuaian merupakan asas bagi orgaisasi yang besar dan bermatlamat tinggi.

[10]. Sekadar itu, pandangan dan contengan dari saya. Saya bukan USTAZ, MOTIVATOR, KETUA ORGANISASI DAN PAKAR tetapi HANYALAH ORANG YANG INGIN BERKONGSI ILMU DENGAN SEMUA. Sebarang komen dan pandangan amat dialu-alukan bagi membetulkan pengurusan organisasi saya. Wallahualam. Salam Sayang Buat Saudara2 Islam.


[11]. Leader Of Ummah, Leading The Ummah.. Allahuakbar.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...