Wednesday, October 7, 2009

Abu Ubaidah .:Pemegang Amanah Umat Islam:.

Abu Ubaidah, nama yang tidak asing dalam sejarah kegemilangan Islam.. Seorang sahabat yang sangat pemurah, baik akhlaknya dan peramah dengan masyarakat. Beliau disenangi oleh setiap lapisan masyarakat Mekah samada yang tua mahupun kanak2. Satu hari beliau pergi berniaga di pasar berhampiran dengan Kaabah. Semua barang jualan beliau habis dijual, dan beliau singgah bertemu dengan sekelompok kecil kanak-kanak. Bila muncul wajah Abu Ubaidah, kanak2 semua berlari kearah nya. kanak2 bertanya "Pakcik bawa apa untuk kami hari ni?" Macam biasa, sesudah berniaga beliau pergi berjumpa dengan kanak2 untuk memberi sedikit makanan. "Pakcik bawa sedikit buah kurma untuk kamu semua." kata Abu Ubaidah. Kanak2 tersebut gembira dan berebut untuk mendapatkannya. "Jangan berebut, semua akan dapat." ujar Abu Ubaidah. Lihat betapa pemurah dan ramahnya beliau terhadap kanak2. Beliau merupakan sahabat baik Abu Bakar.

sebelum memeluk Islam, dia terdengar Abu Bakar bergaduh dengan isterinya. Ini kerana Abu Bakar telah memeluk agama Islam, sebab itu lah isteri Abu Bakar marah kepadanya. Hingga lah satu hari, dimana dia bertemu dengan Abu Bakar. "Wahai Abu Bakar, sahabat ku, sudah lama kita tak bertemu." kata Abu Ubaidah. "Ya Abu Ubaidah, sudah tentu kita lama tak bertemu, engkau sibuk dengan perniagaan engkau." jawab Abu Bakar. Akhirnya perbualan mereka melarat hingga mengenai Islamnya Abu Bakar. "Boleh kah aku bertemu dengan Muhammad?", tanya Abu Ubaidah. "Sudah tentu, esok kita akan berjumpa dengan nya tapi pada waktu malam." jawab Abu Bakar dengan gembira. Setelah bertemu dengan Rasulullah, Abu Ubaidah tertarik untuk memeluk Islam. Maka Islam lah Abu Ubaidah. Setiap malam dia pulang ke rumah secara sembunyi takut diketahui ayahnya yang seorang penentang kuat Rasulullah.

Sampai satu ketika, ayahnya tahu hingga memulaukan Abu Ubaidah, termasuk ibu dan isterinya. Lalu dia pergi kerumah Rasulullah. Ketika dalam peperangan BADAR, Abu Ubaidah berdepan dengan ayahnya sendiri, hingga dia tidak sanggup untuk menentang ayahnya. "Abu Ubaidah! Aku akan bunuh kamu!!" teriak ayahnya. Abu Ubaidah sembunyikan diri kerana tidak tergamak membunuh ayahnya. Hinggalah ayahnya mati ditangannya sendiri. Dia begitu sedih hingga turun ayat Al-Quran.

"Engkau tidak akan dapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang yang menetang (perintah) Allah dan rasulNya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa2 mereka atau anak2 mereka atau saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia itu) Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan ia akan memasukkan kedalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka pun redha(bersyukur) akan ni'mat pemberianNya. Mereka lah penyokong agama Allah(Hizbullah) Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah itu ialah orang2 yang berjaya." (Al-Mujadalah: 22)

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah dilantik menjadi Gabenor di satu jajahan takluk Khalifah Umar Al-Khattab. Khalifah Umar Al-Khattab teringin untuk pergi kerumah Abu Ubaidah, tetapi Abu Ubaidah merasa berat untuk membenarkan Amirul Mu'minin untuk pergi kerumahnya. "Jangan lah tuan datang kerumah saya kerana tuan akan menangis bila melihatnya." kata Abu Ubaidah. Tetapi, Umar tetap mahu melawatnya. Sebaik Umar sampai kerumah Abu Ubaidah, Umar menangis dan bertanya "Adakah ini rumah kamu wahai Abu Ubaidah?". Abu Ubaidah menjawab "Inilah rumah ku wahai Amirul Mu'minin.". Alangkah sedihnya Umar kerana rumah Abu Ubaidah sangat usang, hanya perlatan perang dan kuda sahaja yang ada. "Kenapa kamu tidak mengambil ghanimah ketika perang? kata Umar. Lalu Abu Ubaidah menjawab "Cukuplah ini untuk aku."



Lihat sahabat betapa zuhud dan sederhananya seorang Gabenor dan Sahabat Rasulullah. Walaupun harta rampasan perang boleh diambil nya tetapi dia lebih suka hidup sederhana. Contohilah sifat dan sikap Abu Ubaidah yang zuhud dan pemurah.
"Setiap umat ada pemegang amanah, dan pemegang amanah umatku adlah Abu Ubaidah." Sabda Rasulullah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...