Sunday, July 17, 2011

BERSIH 2.0: Pengajaran darinya.

[1]. Jumaat baru ni, 15hb July, dpt juga pergi ke Rusila mendengar ceramah pasca BERSIH yg disampaikan oleh Tuan Guru Haji Hadi, Mat Sabu, Salahudin Ayub, Husam Musa dan Mahfudz Omar. Ucapan yang sangat menusuk kalbu dan menaikkan semangat seorang pejuang agama Allah. Merupakan salah satu motivasi jugak apabila beberapa orang pemimpin HAMAS dari Palestin berkunjung ke Rusila bagi menziarahi para2 saudara rapat mereka. Dianggarkan berpuluh ribu orang yang datang pada malam tu, sehingga penuh dataran Tok Guru hingga ke jalan raya. Dengan kutipan derma mencecah RM 43k, sangat bermakna kali ni. Inilah nilai pengorbanan masa dan wang ringgit utk menlaksanakan kerja2 Islam.



[2]. Bukan itu yang saya ingin berkongsi kan pada entri ni, tapi apa yang TERSIRAT di sebalik himpunan BERSIH 2.0 dan Ceramah Pasca BERSIH perlu dikeluarkan utk mendapat perhatian umum.

[3]. Beberapa moral atau pengajaran perlu diambil oleh semua pihak dalam perhimpunan BERSIH baru2 ni. Saya memetik beberapa point dari YB Mahfudz Omar pada malam tu.
  1. PENGLIBATAN ANAK MUDA: dijangkakan hampir 70% dari peserta BERSIH adalah dari kalangan anak muda. Siapakah golongan ini? Mereka lah yang mentransformasikan struktur pentadbiran negara. Merekalah yang menjadi tunggak utama kepada perubahan negara dari sudut politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan perundangan. Mereka juga merupakan intelektual yang mempelajari baik buruk sesuatu keadaan. Boleh dikatakan anak muda terdiri daripada Mahasiswa dan Graduan. Mahasiswa berjuang atas dasar ilmu yang dimilikinya. Jika baik untuk umum, maka mereka akan bersetuju, jika mudarat untuk umum, mereka akan membantah. Itulah mahasiswa, berjuang dengan Ilmu bukan atas dasar semangat. Ini juga menunjukkan bahwa ANAK MUDA sudah menemui siapa yang layak untuk memimpin negara. Penglibatan seramai 70% sangat membimbang beberapa pihak terutama kerajaan. Dan kerajaan harus mengambil inisiatif untuk mendapatkan kembali sokongan dari orang muda.
  2. KEBANGKITAN RAKYAT: sudah tiba masanya rakyat bersuara demi kebaikan umum dan negara. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, perlu mengambil berat soal suara rakyat kerana mereka yang berkuasa dalam menentukan siapa pemimpin mereka dan pemimpin merupakan wakil untuk memimpin rakyat. Baik pemimpin, baik lah rakyat. Internet menjadi sumber utama rakyat mengetahui isu sebenar dalam negara. Media massa dan elektronik semakin tidak dipercayai kerana melebihkan kerajaan, walhal media perlu adil untuk kerajaan dan pembangkang. Dengan internet lah, masyarkat sedar bahwa mereka telah diperkotak-katikkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Justeru, menyebabkan rakyat bangkit untuk menyatakan kebenaran dan melawan kezaliman yang mereka alami.
  3. KEMARAHAN RAKYAT: rakyat telah muak dengan propaganda kerajaan yang semakin menyebabkan hidup mereka terdesak. Kenaikan harga petrol dan barang, pemborosan para pemimpin, rasuah dan jenayah. 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, merupakan satu slogan yang mengongkong rakyat untuk mengikut telunjuk pemimpin.
  4. KETAKUTAN KERAJAAN: BERSIH baru2 ni menunjukkan bahawa kerajaan semakin takut dengan kerajaan dengan sanggup menggunakan polis sebagai BODYGUARD PEMIMPIN, penangkapan mereka yang memakai baju BERSIH, road-block, penggunaan Ordinan Darurat dan banyak lagi. Beberapa video boleh dilihat untuk membuktikan bahawa kerajaan sangat takut. Diluar negara juga turut diadakan perhimpunan BERSIH, seperti LA, Melbourne, Tokyo dan banyak lagi.


  5. EKONOMI PENIAGA: secara tidak langsung, para peniaga sekitar ibu negara bakal memperoleh hasil yang sungguh lumayan. Kerana pada hari tersebut beribu2 orang membanjiri KL. Kenapa ramai yang tutup? Adakah takut pihak berkuasa mengambil tindakan kepada peniaga? Atau peniaga diupah? Hanya Allah dan mereka sahaja yang tahu. Peniaga dimomokkan dengan berita kerugian yang berjuta2. Salah siapa? Siapa yang menyuruh agar kedai ditutup?
  6. PAKATAN RAKYAT: PR mendapat sambutan yang tinggi buat masa sekarang, walaupun dibebankan dengan berbagai isu seperti kes DSAI, isu PAS menuru DAP, keagamaan, soal matlamat perjuangan, keluar parti dan penghinaan kepada pimpinan PR. PR masih mendapat sambutan dari golongan anak muda terutamanya, kerana, PR memperjuangkan suara rakyat. Didalam kemelut pergolakan politik dan ancaman isu2 sensitif, PR masih berjalan dan bergerak dengan gah membawa matlamatnya ke Putrajaya. Lumrah dalam satu organisasi atau jemaah bila berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman dari musuh. Tahniah buat PR.
  7. 1 MALAYSIA: BERSIH merupakan satu perhimpunan yang berjaya dan mencapai slogan yang dilaungkan kerajaan 1 Malaysia. Soal perkauman tidak menjadi masalah kerana orang melayu, cina dan india semua turun dalam menyatakan yang benar. Inilah baru 1 Malaysia.
[4]. Inilah serba sedikit yang saya dapat kongsikan dengan penilaian saya ini. BERSIH tetap BERSIH, LAWAN tetap LAWAN, MENANG dan KALAH adab PERJUANGAN! ALLAHUAKBAR, WALLAHUALAM..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...