Thursday, January 17, 2013

ISU Miss Bawani dan Sharifah Zohra Jabeen

Pandangan saya berkenaan dengan Isu Miss Bawani dan Cik Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam satu forum "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik."

[1]. Selepas menilai video ini, saya berasa terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Cik Sharifah ketika Miss Bawani bertanyakan soalan kepada nya. Sepatutnya, Cik Sharifah membenarkan Miss Bawani habiskan soalan yang ingin diajukan. Namun, mikrofon yang digunakan di'rampas' begitu sahaja sebelum Miss Bawani menghabiskan soalan nya. Tindakan BIADAP ini memberi tamparan hebat kepada KERAJAAN kerana Cik Sharifah membawa imej Presiden SW1M. Sebagai ahli panel forum berkenaan Cik Sharifah perlu bersikap professional dalam menjawab soalan yang diajukan bukan hanya merampas mikrofon secara rambang.

[2]. Saya selaku mahasiswa berasa kurang selesa apabila soalan yang ditanya tidak mendapat respon yang baik, namun lebih teruk dan merendahkan intelektualisma seorang mahasiswa. Kenapa MASALAH HAIWAN yang dijadikan perbandingan terhadapa SOALAN PENDIDIKAN PERCUMA?? Hampir tidak logik dan tiada fakta tentang apa yang dijawab oleh Cik Sharifah. Sungguh memalukan.

[3]. Selaku mahasiswa, saya berasa kecewa dengan tindakan Mahasiswa UUM yang hanya bertepuk tangan setelah Miss Bawani dimalukan ketika bertanya soalan. Kenapa BERTEPUK TANGAN?? Celik lah minda anda selaku mahasiswa yang mempunyai hak untuk mengutarakan idea dan pandangan perlu disokong oleh mahasiswa lain jika idea tersebut benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

[4]. Justeru, saya menekankan beberapa perkara disini:
  1. Hak bersuara tidak perlu disekat. Beri peluang kepada mahasiswa untuk bersuara. Jangan jadikan UNIVERSITI sebuah tempat untuk mengokong pemikiran mahasiswa supaya mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu sahaja. Universiti mesti bebas dalam mengemukakan idea dan mengkritik pandangan kerajaan, pembangkang dan pentadbiran universiti.
  2. Berlaku adillah setiap masa. Tunjukkan nilai-nilai Islam semoga Non-muslim dapat melihat indahnya Islam mengajar umatnya dalam adab dan akhlak.
  3. Bersikap profesional dalam mengendalikan masalah dan berlapang dada.
Dari: Muhamad Haiqal Bin Safie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...