Sunday, January 27, 2013

SIRI 2: Isu Amanat Hadi



[1]. Terdapat 5 persoalan yang masih menjadi tanda tanya tentang isu ini:
  1. Kenapakah "Amanat Hadi" ini ditimbulkan kembali selepas 31 tahun dibumikan?
  2. Kenapa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak diberi peluang untuk menjelaskan hal sebenar?
  3. Adakah benar dalam Islam istilah 'politik suku agama suku' wujud? Sedangkan Islam ini satu gaya hidup yang menekankan pelbagai aspek dalam kehidupan.
  4. Dengan apa/siapakah PAS sedang berdepan pada waktu itu? Adakah PEMIMPIN UMNO? Atau adakah DASAR PERJUANGAN UMNO?
  5. Didalam Bible, ada menyebut "Give God what's God, Give Caesar what's Caesar.", inilah permulaan wujudnya fahaman SEKULAR yang menyatakan politik suku agama suku. Adakah salah untuk PAS memerangi fahaman-fahaman yang menyesatkan seperti SECULARISM, LIBERALISM, PLURALISM  dan sebagainya, demi untuk menyelamatkan AQIDAH umat Islam?
[2]. Jawapan bagi persoalan ini:
  1. Kerana inilah paluan kompang untuk Pilihanraya Umum ke-13 pada tahun ini. Isu ini ditimbulkan oleh mereka untuk melemahkan kekuatan PAS dan Pakatan Rakyat dengan mengetengahkan isu takfir tersebut. Walhal, amanat ini hanya menekankan batas iman dan kufur. Isu amanat Hadi ini juga digunakan untuk 'menyembunyikan' isu Deepak dan pelbagai isu yang menghantui kerajaan UMNO.
  2. Kenapa Tuan Guru langsung tidak diberi peluang untuk menjelaskan? Kerana peranan MEDIA arus perdana sekarang ini tidak adil dalam menunaikan tanggungjawab. Media hanya milik sebelah pihak. Media sepatutnya menjadi orang tengah bagi kerajaan dan pembangkang. Tidak taksub kearah pihak tertentu. Hanya 1 jam sahaja yang diperlukan namun seluruh pihak menggeliat untuk menerima sahutan tersebut.
  3. Islam ialah Ad-Deen, satu gaya hidup yang menyeluruh. Didalamnya terkandung pelbagai cara mengurus ekonomi, perundangan, mentadbir urus negara dan sebagainya. Islam bukan agama 'aku amal apa yang aku nak'. Semua umat Islam kena mengamalkan segala yang terkandung dalam agama Islam. Hatta, suka ataupun tak, wajib mengikutinya.
  4. PAS merupakan musuh kuat UMNO dan sebaliknya. Masing-masing memasuki gelanggang PRU untuk mentadbir negara. Masing-masing membawa agenda dan dasar tersendiri. UMNO dengan dasar bangsa Melayu dan PAS dengan dasar menegakkan agama Islam di Malaysia. Dari dulu sehingga sekarang, dasar setiap parti politik ini tidak sebulu. Sebab itulah, bila diimbas kembali 'amanat' tersebut, secara umumnya, "Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah." Jelas perlembagaan penjajah yang diamalkan oleh UMNO yang menjadi asbab (sebab) kerana apa PAS beria-ria menentang UMNO.
  5. Ungkapan "Give God what's God, Give Caesar what's Caesar.", ditulis dalam Kitab Injil (bukan asal) yang memberi maksud, "Berikan kepada Raja apa hak Raja, dan berikan kepada Tuhan apa hak Tuhan." Apakah HAK Raja? Dan apakah HAK Tuhan? Pertembungan antara PADERI dan raja-raja juga ahli sains (yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan bercanggah dengan paderi-paderi), maka dicipta teori pemisahan antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan Secularism. Al-Quran mengandungi ajaran-ajaran serta peraturan-peraturan yang lengkap dan sempurna merangkumi segala aspek kejadiandan kehidupan manusia. Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu. Maka jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) apabila datang kepada kamu keterangan kebenarannya, maka ketahuilah Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Mereka tidaklah menunggu melainkan apabila datangnya Allah dan para malaikat (pada hari kiamat) dalam naungan awan, lalu diputuskan urusannya (pembicaraan). Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan." (Al-Baqarah: 208-210)
[3]. Suka untuk saya berkongsi serba sedikit "Amanat" pemimpin kerajaan yang 'mungkin' ada yang kata saya ini hanya bercakap bagi sebelah pihak sahaja dan 'mungkin' 'amanat' mereka ini perlu diketahui dan dinilai oleh rakyat Malaysia. Saya ingin pembaca berfikir dan menilai dengan fikiran yang rasional dan intelektual.
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." oleh DS Najib Razak dalam sidang media pada 20 April 1983.
"Dunia lebih selamat dan aman tanpa Osama bin Laden." oleh DS Najib Razak sewaktu mengulas kematian Osama yang ditembak oleh tentera Amerika pada 2 Mei 2011
"Apa yang salah tentang Hari Kekasih? Masyarakat hanya mahu menyatakan kasih mereka kepada orang lain. Bolehkah sambutan selama sehari sahaja boleh menyebabkan moral rakyat Malaysia jatu?" oleh YB Nazri Aziz pada 14 Februari 2012 
"(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikia akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan." Dato Rais Yatim di Hotel Equatorial Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) pada 24 Februari 2005.
"Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia dimaafkan." oleh Dato' Dr. Mashitah binti Ibrahim dalam ruangan 'Anda Musykil, Dr. Masitah Jawab', Harian Metro keluaran 19 Jun 2005.

Sumber: Buku "Amanat Haji Hadi vs Amanat Haji Najib dan Amanat Haji Mahathir", buku "Islam dan Demokrasi" oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...