Tuesday, January 22, 2013

SIRI 1: Isu Amanat Haji Hadi


[1]. Baru-baru ini hangat dengan satu peristiwa iaitu Amanat Hadi. Amanat yang diperkatakan pada 7 April 1981 di Kampung Banggol Peradong Kuala Terengganu. Isu ini menarik pehatian pelbagai pihak, bermula dari pemimpin-pemimpin UMNO, "ulama muda" UMNO, mufti-mufti, JAKIM dan tidak ketinggalan media arus perdana milik kerajaan, TV1, TV3 dan UTUSAN. Tentangan dari pihak kerajaan ditangkis satu persatu oleh pemimpin PAS terutamanya dengan hujah yang memakan diri UMNO sendiri.


[2]. Perlu kita kembali kepada apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada ketika itu yang didakwa sebagai "AMANAT HADI". Apakah kandungan amanat tersebut.

"Saudara-saudara sekalian, percayalah kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN, bukan kerana nama BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka. Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini, kalau kita mati kerana berlawan ini mati kita adalah mati syahid, mati kita adalah mati Islam. Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian, kita tidak payah masuk Hindu, kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku." ~Kampung Banggol Peradong 7 April 1981
[3]. Fakta Amanat Hadi mempunyai 4 perkara yang anda perlu tahu:

  1.  Hanya ucapan biasa yang kemudiannya dipetik dan dijadikan sebagai "Amanat".
  2. Tidak pernah mengkafirkan sesiapa, sekadar menjelaskan batas iman dan kufur.
  3. Tuan Guru Abdul Hadi Awang belum pernah dipanggil untuk memberikan penjelasan.
  4. Pada masa itu, ungkapan "politik suku agama suku" menjadi satu kebiasaan ekoran kejahilan didalam memahami agama.
[4]. Persoalan yang ingin ditimbulkan:
  1. Kenapakah "Amanat Hadi" ini ditimbulkan kembali selepas 31 tahun dibumikan?
  2. Kenapa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tidak diberi peluang untuk menjelaskan hal sebenar?
  3. Adakah benar dalam Islam istilah 'politik suku agama suku' wujud? Sedangkan Islam ini satu gaya hidup yang menekankan pelbagai aspek dalam kehidupan.
  4. Dengan apa/siapakah PAS sedang berdepan pada waktu itu? Adakah PEMIMPIN UMNO? Atau adakah DASAR PERJUANGAN UMNO?
  5. Didalam Bible, ada menyebut "Give God what's God, Give Caesar what's Caesar.", inilah permulaan wujudnya fahaman SEKULAR yang menyatakan politik suku agama suku. Adakah salah untuk PAS memerangi fahaman-fahaman yang menyesatkan seperti SECULARISM, LIBERALISM, PLURALISM  dan sebagainya, demi untuk menyelamatkan AQIDAH umat Islam?
[5]. Teruskan bersama pada Siri ke2. Wallahualam. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya.

FROM: Haiqal Syahid

Sumber: Buku "Amanat Hadi vs Amanat Haji Mahathir & Amanat Haji Najib" oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...